Kecantikan

Coach Ini Dedah 10 Makanan Tinggi Kandungan Garam, Jadi Punca Diet Selalu Kecundang

Share

Rupanya antara punca diet selalu kecundang adalah pengambilan kandungan garam yang di tinggi dalam pemakanan seharian.Patutlah, puas berdiet tapi berat badan tetap sama dan tak berkurang pun malah jadi punca ‘gemuk air’, tekanan darah meningkat, selulit dan ‘flabby’ pada bahagian-bahagian tertentu. Perkara ini didedahkan oleh jurulatih kecergasan, coach Fatin Najwa sendiri.

JOM CHECK MAKANAN TINGGI GARAM!!!

Anda perlu baca dan hadam semua ni jika sekarang sedang diet nak turun berat, TAPI…..

  • Tak nak makan nasi dan hari-HARI makan bihun sup, bihun tomyam, sup sayur.. yang beli di kedai.
  • Makan ayam bakar hari-hari tapi perap dengan kicap dan sos tiram.
  • Makan ikan bakar tapi dok cicah sos kicap cili api.
  • Makan bihun goreng je takut nak makan nasi sebab bihun tak banyak kalori, nasi banyak kalori.
  • Masih susah nak tinggalkan nasi lemak, roti canai, nasi goreng untuk sarapan.

Punca “Gemuk Air”

Punca diet selalu kecundang ialah sebab dalam sedar tak sedar rupanya banyak ambil makanan tinggi garam ni. Penting ke untuk nak turun berat ni? SANGAT PENTING! Kalau nak tahu, garam adalah antara punca utama water retention atau “gemuk air”. Bestfriend dia ialah gula. Gemuk air bukan berpunca dari banyak minum air ye. Tapi banyak makan makanan tinggi garam dan gula.

Ia mengakibatkan selalu rasa lapar dan craving, cepat rasa letih dan senang sakit kepala dan jika diambil berlebihan untuk jangkamasa yang lama mengakibatkan tekanan darah tinggi dan boleh membawa kepada banyak penyakit dalam badan.

Selain itu, pengambilan garam berlebihan juga menyebabkan tekanan darah meningkat, mengakibatkan selulit yang sangat dibenci oleh kaum wanita ni dan menyebabkan flabby di bahagian-bahagian badan.

Jom ubah penggunaan semua bahan ni dalam masakan kepada herbs seperti blackpepper, paprika, coriander seeds, cumin dan macam-macam lagi yang lebih sihat dan tiada garam berlebihan mahupun bahan perasa tambahan.

Kalau anda nak tau, saya dulu pun tak pandai masak healthy food yang pelbagai. Tapi setelah melalui lebih 30 musim sesi coaching dan setiap musim akan ada je peserta coaching yang creative dan dapat gelaran “masterchef masakan sihat”, lama-lama jadi tau masak macam-macam healthy food dan diet harian jadi tak boring! Tq to my beloved coachee in team #getfitnowonline

Top 10 makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi

Saya nak share top 10 makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Dan apa contoh makanan yang menggunakan bahan-bahan ni dalam masakan.

Moga perkongsian ni bermanfaat untuk anda semua. Tag ahli keluarga dan kawan-kawan untuk sebarkan info berguna ni

Sumber:coachfatinnajwa

Facebook: Online Coaching Fatin Najwa

Published by
Suhaidah Abd Wahab