‘Cloud Bread’ Gebu Gebas, Resipi Viral TikTok Guna 3 Bahan!

Share

Sekarang ni katanya Roti Awan atau ‘Cloud Bread’ yang nampak gebu gebas ni sedang viral di ‘Tik Tok’. Menariknya resipi ni cukup mudah dan senang nak buat hanya guna 3 bahan. Rasanya manis dan walaupun namanya ‘roti’ tapi tekturnya gebu macam pavlova dan ada rasa lebih kurang macam marshmallow.

Baca Lagi Di Sini:
Buat Sendiri Rotiboy Di Rumah, Tak Payah Beli Dekat Kedai
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!

Nak tahu lebih lanjut macam mana resipi ‘Cloud Bread’ ni boleh ikut cara yang dikongsikan oleh MiRä MödëRnö
ini sebagai panduan;

“Hari ni try buat ‘Cloud Bread’ saya tak tau siapa punya resepi asal. Sebab mudah sangat caranya saya pun teringin nak buat. Saya sertakan sekali gambar dan resepi pada sesiapa yang sudi boleh la try nanti ye”

Bahan-Bahan:

1/4 cawan gula (tak suka manis boleh kurangkan gula)
2 sudu kecil tepung jagung
3 biji putih telur

Cara Membuat:

1. Pukul Telur dengan mixer sampai kembang/ kental.

2. Kemudian masukkan tepung jagung dan gula, mix lagi sampai sebati.

3. Letak pewarna (jika suka) saya letak warna biru sebab awan mendung kat sini.hihi. Kalau tak nak letak, warna asalnya warna putih.Saya letak juga almond slice untuk hiasan.

4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.

Siap!!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak rasa sendiri macam mana ‘cloud bread’ ni, boleh buat sendiri di rumah. Mudah je, guna 3 bahan. Anak-anak pun mesti suka nanti.

Sumber: MiRä MödëRnö

Published by
Suhaidah Abd Wahab