Rezeki suami isteri! Itulah yang boleh digambarkan hasil usahasama suami isteri membuahkan hasil yang terbaik. Dua selebriti popular tanah air, Puteri Sarah dan Nad Zainal telah menerima Anugerah Khas di Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 6 Julai lalu.
Menurut Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.
Anugerah itu diberikan apabila melihat impak positif diterima oleh syarikat MommyHanna mengenai produknya melalui akaun media masing-masing. Konten yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri ini telah menjadi tular dan berjaya meraih jutaan tontonan dalam masa yang sama dapat membantu perkembangan minda dan pendidikan kepada kanak-kanak.
Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka,”ujarnya.
“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.
“Puteri Sarah juga sama seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.
Kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.
“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Pelancaran beg sekolah berteknologi tinggi dan mesra kanak-kanak
Demi memastikan jenama MommyHanna terus bertahan dalam peredaran masa kini, Hana Shahadan turut mengumumkan pelancaran reka bentuk baharu beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book
’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.“Semasa majlis tersebut kita lancarkan 6 reka bentuk terkini beg MommyHanna. Beg-beg itu kami buat penambah baikan daripada segi ketebalan span supaya budak-budak lebih rasa ringan semasa bawa beg. Kita juga ada tambah tali dekat dada. Kita letakkan teknologi yang lebih bagus pada beg tersebut untuk membantu anak-anak kita supaya dapat merasakan beg mereka lebih ringan untuk ke sekolah.
“Kita juga ada beg beroda yang lebih selamat. Selain menghasilkan teknologi baharu untuk penambah baikan beg, kita letakkan juga ‘safety issue’ di beg tersebut seperti pantulan untuk budak-budak yang pergi sekolah awal pagi. Beg tersebut adalah kolaborasi dengan edisi-edisi terhad daripada MommyHana.
Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
Terdahulu, Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli termasuk dihadiri beberapa selebriti serta pempengaruh media soaial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, Auntie Purple dan ramai lagi. Manakala, pelawak daripada kumpulan Bochey iaitu Achey dan Fad bertindak selaku hos acara.
MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.