Ciplak kufiyah scarf Palestin rekaan Sarah Musa, pemilik Lima Segi minta maaf. Isu menciplak rekaan bukan baru. Telah banyak berlaku hingga saman menyaman di mahkamah. Namun menciplak di saat warganya sedang bergelut tanah dijajah zionis, dianggap tindakan tidak wajar. Apatah lagi setiap keuntungan jualannya disalurkan kepada tabung bantuan kecemasan di Palestin.
Terbaru di media sosial X, tular dakwaan kufiyah rekaan Sarah Musa yang berdarah kacukan Palestin / Korea menjadi mangsa ciplakan syarikat Lima Segi yang dimiliki oleh seorang influencer tanahair. Dan mengejutkan, kufiyah ini ditiru bulat-bulat baik dari segi rekaan dan juga warna tanpa ada sedikit perbezaan pun.
Kufiyah Scarf rekaan Sarah Musa ini sangat Istimewa kerana bukan saja fabriknya berkualiti tinggi tetapi ia dibuat di sebuah kilang kecil di Turki dan dijahit dengan penuh sayang.
Setiap keuntungan scarf ini disalurkan kepada warga Palestin. Tak hairanlah, dengan kualiti dan rekaan menarik, Yuna antara artis yang membeli kufiyah ini selain ramai yang menyokong pembelian scarf ini demi sebuah perjuangan untuk bangsa Palestin.
Dalam isu ciplak ini, selepas isu ini tular di media sosial, butik perniagaan atas talian Lima Segi meminta maaf dan akan menarik balik kesemua scarf yang dikeluarkan. Malah mereka turut meminta orang ramai menyokong kufiyah scarf milik Sarah Musa.
Di instagramnya, Sarah Musa turut mengulang siar hal ciplak ini di insta stroriesnya selepas dimaklumkan oleh pengikutnya. Jelas ia sesuatu yang tidak normal kerana menciplak adalah hal yang sukar diterima.
Dibesarkan di Ohio oleh ibu berketurunan Korea dan bapa berketurunan Palestin, Sarah Musa menggemparkan kedua ibu bapanya apabila memutuskan untuk memakai tudung pada usia 17 tahun.
Hari ini, pada usia 40 tahun, Sarah Musa mencipta nama sebagai designer dan mencipta jenama fesyen sendiri yang bersifat sederhana dan sesuai dipakai oleh pelanggan tanpa mengira sama ada mereka beragama atau tidak.
Perjalanan kerjayanya sangat menginspirasikan di mana Sarah Musa telah bekerja dengan nama besar dalam industry fesyen termasuk Ralph Lauren, Anna Sui, Carolina Herrera, Club Monaco dan lain lagi.
Dalam satu temuramah dengan AFP suatu masa dahulu, Sarah Musa berkata, dirinya mencipta pakaian yang cantik dan wanita boleh memilih cara memakainya.
Sangat mementingkan kualiti dalam rekaannya, dirinya sangat menekankan bahawa kualiti adalah keutamaannya. Hari ini namanya begitu dikenali. Sarah Musa bukan sahaja mencipta pakaian tetapi juga membina jambatan antara budaya, tradisi, dan inovasi dalam dunia fesyen.
Perjalanannya dari Ohio ke pusat fesyen New York adalah bukti bahawa dengan keberanian dan ketekunan, seseorang boleh mencapai impian besar dan memberi impak yang bermakna kepada dunia.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini, Hilanglah Sumber Doa Mustajab
Kain Kiswah Kaabah, Inilah Maksud Di Sebalik 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis Di Dindingnya