Cinta Terhalang Ketika Remaja, Warga Emas Kahwin Selepas 60 Tahun Terpisah!

Share

Cinta Terhalang Ketika Remaja, Warga Emas Kahwin Selepas 60 Tahun Terpisah! Penangan kenangan cinta pertama sepasang kekasih warga emas akhirnya melangsungkan perkahwinan selepas enam dekad hubungan cinta mereka dihalang ibu bapa kerana mahu berkahwin ketika masih remaja, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Mak Ayah Halang Perkahwinan

Lee Allbrighton, yang pada ketika itu berusia 19 tahun melamar kekasihnya yang berusia 18 tahun, Jeanette Steer pada 1963 dan merancang ingin berpindah ke Australia.

Allbrighton kemudian mengembara ke Australia terlebih dahulu dan menanti ketibaan Steer. Bagaimanapun, harapan mereka musnah apabila perkara itu diketahui oleh ibu bapa Steer.

Suami isteri tersebut melarang anak mereka berkahwin dengan pasangannya dan mengarahkan Steer kekal berada di rumah di Isle of Wight, Britain. Pasangan remaja yang patah hati itu kemudian membawa haluan masing-masing.

Kahwin Depan Anak Cucu

Allbrighton kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita Australia dan mempunyai tiga anak manakala Steer kekal menetap di Britain sebelum berkahwin dan dikurniakan dua anak.

Setelah perkahwinan Allbrighton berakhir dengan perceraian pada 2015, dia mula menjejaki teman wanita zaman remajanya itu dengan kembali ke Britain sebelum akhirnya bertemu dengan Steer.

Steer yang masih bersuami pada ketika itu kembali berhubung dengan Allbrighton dua tahun kemudian selepas suaminya meninggal dunia akibat kanser.

Pasangan itu kemudian menyambung percintaan mereka dan berkahwin bulan lepas ketika berusia 79 dan 78 tahun di hadapan anak, cucu dan cicit mereka.

Mesti Baca:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:Pasangan Kekasih Warga Emas Berkahwin, Selepas Bertunang Selama 48 Tahun!
Artikel Menarik:Hanya 10 Hari Layari Bahtera Perkahwinan, Warga Emas Redha Jodoh Tak Panjang

Mingguan Wanita: Penangan cinta pertama. Kalau dah jodoh, walaupun berpuluh tahun berpisah, akhirnya berkahwin juga. Selamat berbahagia buat pasangan warga emas ini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Kosmo, Daily Mail

Published by
Suhaidah Abd Wahab