Cinta sahaja tak cukup, “Pilih & berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kamu”. Benar tu, terimalah buruk baik pasangan kita seadanya.
Ini kerana perkahwinan itu sebenarnya menyatukan dua insan yang serba kekurangan dan tak kan pernah terlepas daripada menempuh dan melalui pelbagai fasa ujian.
Sememangnya kita semua tidak sempurna, baik suami atau isteri, sama-sama tidak sempurna dalam menuju sebuah perkahwinan yang bahagia.
Hidup ini ujian dan Allah datangkan ujian kepada setiap hambanya dalam pelbagai bentuk.
Sememangnya dalam rumah tangga banyak onak duri yang perlu diharungi bersama. Ikuti perkongsian bermanfaat yang dicoretkan oleh saudara Syafiq Ridhwan menerusi perkongsiannya di Facebook.
“Cinta sahaja tak cukup.
“Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa.
“Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi.
“Kadang-kadang terlepas cakap. Kadang-kadang termarah dan dimarahi. Kadang-kadang berasa geram.
“Kadang-kadang rasa diabaikan. Kadang-kadang berselisih faham itu perkara biasa.
“Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara.
“Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali.
“Duit, masa, pengorbanan. kesihatan, semua ini akan datang menguji.
“Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat. Dan percayalah.
“Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci,” kongsi Syafiq Ridhwan yang ternyata boleh menjadi manfaat buat pasangan di luar sana.
Baca Disini : Trend Suami Isteri Tunjuk Romantis, Aksi Manja & Eksklusif TAK PAYAHLAH NAK VIRALKAN
“Sempat Muat Naik Status WhatsApp.’ Kereta Hilang Kawalan, Suami Isteri Terkorban
Mingguan Wanita : Kehidupan sebagai suami isteri sememangnya penuh ranjau dan duri.
Sumber : Facebook Syafiq Ridhwan
Sumber Foto : Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Berisi selepas kahwin?