sekadar-janji

Isteri merangkap seorang ibu ini, Marlia Ramli memberi pesanan kepada para gadis muda di luar sana, bahawa percintaan itu bukan sekadar janji tapi perbuatan yang perlu disegerakan.

Rentetan daripada sebuah perkongsian video ‘empat bulan bercinta, gadis terharu pakwe janji suap makanan sampai tua.’ Kerana, sebagai wanita malah ibu yang berpengalaman, beliau menyampaikan pesan kepada para gadis di luar sana.

Wahai gadis! pasangan adalah mereka yang akan bersama-sama dengan anda, bukan semata mahu menjadi ‘baby sitter’ (pengasuh) anda.

Cinta Itu Bukan Sekadar Janji, Tapi Perbuatan Yang Perlu Segera Dihalalkan

Bukan Sekadar Janji

Kita nak life partner, bukan baby sitter girls! Jangan biasakan diri suka dilayan seperti bayi sentiasa.

Empat purnama tak sama dengan empat tahun berumahtangga. Berhenti berharap sesuatu yang realitinya bakal melukakan.

Ads

Ni lah akak tak berkenan acah-acah berpura bodo demi sebuah jodoh. Percayalah dik, arjuna bijak suka memiliki gadis yang bijak juga.

Jangan teruja dengan pakwe yang janji nak suap makan sehingga tua.

Terujalah dengan pakwe yang siang malam bekerja untuk menghalalkan anda segera.
Katanya : I tak sanggup lagi bernafas hatta seinci tanpa You di sisi.

Terujalah dengan pakwe yang biarpun Bapak kita serupa singa, dia sanggup datang meminta sebuah hubungan bakal direncana.
Katanya : I rela Bapak You baham demi memperisterikan You sebagai Suri.

Ads

Terujalah dengan pakwe yang sedang siapkan sebuah rumah untuk kita diami tanpa perlu risau keselamatan dan aurat kita.
Katanya : Kita tinggal di rumah kecik pun tak pe, janji bangun pagi I dapat tengok muka You.

Terujalah dengan pakwe yang hari ini sedang mempersiapkan diri untuk menjadi imam kita.
Katanya : Masa PKP senang… Kita boleh solat sama-sama gituuu

Terujalah dengan pakwe yang mula buat senarai kira-kira ekonomi keluarga.
Katanya : Lepas kawen mudah I nak rancang sediakan nafkah keperluan You.
Rumahtangga bukan seperti kisah dalam drama petang-petang dik. Realitinya jauh lebih besar berbanding setakat soal suapkan makan.

Belajarlah bahawa: cinta itu BUKAN SEKADAR JANJI namun perbuatan yang perlu segera dihalalkan.

Ads

Salam sayang, you love me? Make it halal for me
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation

Baca sini : Jodoh yang baik bukan datang dengan kelebihan, tapi tidak pergi kerana kekurangan.

Mingguan Wanita : Realiti alam rumah tangga itu nanti lebih mencabar. Dan waktu itulah sebenar-benar ujian cinta untuk pasangan bergelar suami isteri.

Sumber/Foto : Marlia Ramli

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI