Cinta bertaut melalui facebook, isteri akui jatuh cinta saat terpandang kali pertama. Zahirnya, ramai akan membuat pilihan terbaik saat memilih pasangan namun lahiriahnya masih ramai memilih berdasarkan “kata hati”.
Dan detik paling indah adalah saat ditemukan dengan orang dicintai. Jika hati menyukai, walau apa pun kekurangan pasangan, kita akan bahagia melayari alam rumahtangga itu.
Cinta Bertaut Melalui Facebook
Jodoh telah mempertemukan Nor Aika Masor, 28 tahun dengan cinta hatinya, Muhammad Jafri Daun, 32 tahun.
Bahkan pertemuan cinta suami isteri ini juga sedikit kelainan di mana Aika mula tertarik dengan suami selepas melihatnya di facebook pada penghujung Disember 2019. Bukan kerana kekurangan anggota suaminya tetapi saat melihat wajah suami, hatinya terus tertaut.
“Dari facebook kami mula berkenalan. Setiap postnya saya komen dan beri kata-kata. Lama-kelamaan kami mula berhubung dan dari situ seakan ada kasih sayang yang timbul antara kami berdua.
“Walau ada kekurangan dirinya kerana dilahirkan dengan masalah di bahagian tangan dan kaki, tapi saya tak pandang semua itu. Saya rasa sayang padanya. Bila kami semakin serius berkawan, saya kata padanya kalau betul datanglah merisik. Alhamdulillah, bulan Jun 2020 dirinya datang merisik dan September itu kami disatukan,” kata Aika ketika dihubungi.
Ads
Isteri Akui Jatuh Cinta Saat Terpandang Kali Pertama
Kata isteri bahagia ini, di sebalik kesempurnaan dirinya dan kekurangan suami, dia tidak pernah meletakkan satu halangan dalam perhubungan kerana tulus mencintai suaminya.
“Keluarga saya juga tak kata apa, apa yang baik buat saya, mereka akan terima dengan baik juga,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Jawa, Bachok sementara suaminya berasal dari Machang.
Tambahnya, suami banyak membantunya. “Dia boleh bawa kereta sendiri, banyak bantu saya buat kerja rumah tak ada kekurangan apa pun pada dirinya,” katanya lagi.
Menyara keluarga dengan berniaga burger di hadapan rumah, pasangan ini mula dikenali selepas suaminya memuat naik gambar dan membuat permintaan di page Edit Apa Hari Ini untuk melihat dirinya mempunyai tangan.
Ads
Dan ternyata, permintaan pasangan ini mendapat respon positif dari masyarakat semua yang siap mendoakan mereka kekal till Jannah. Bahkan gambar suaminya kelihatan segak dengan anggota yang sempurna
Kata Aika, permintaan suaminya itu u sekadar suka-suka di mana suaminya mahu melihat bagaimana mempunyai anggota tangan. Dan jelas, ia sangat sempurna kejadian selepas di sunting warga net yang baik hati.
Apa yang pasti, semoga keduanya bahagia till Jannah.
Melihat gambar-gambar cantik ‘wanita’ ini, sungguh tak sangka ia merupakan wajah seorang lelaki. ‘Wanita’ ini kelihatan cukup sempurna memiliki wajah ‘doll face’. Manakan tidak, berwajah putih gebu, comel, kulitnya halus, bermata bundar dan bersinar serta mempunyai tubuh badan yang langsing bak model antarabangsa, pasti membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan kecantikannya.
Lelaki Paling Cantik Thailand
Pemilik gambar ini bernama Yoshi Rinrada.Berasal dari Thailand dan dilahirkan sebagai seorang lelaki. Baru-baru ini, gambar-gambar Yoshi mulai tular di laman sosial dan terkenal kerana mendapat gelaran menjadi salah seorang lelaki paling cantik di negara tersebut.Yoshi juga sering tampil didalam klip video serta pernah berlakon didalam beberapa drama.Malah turut mempunyai follower hampir 1 juta di Instagram!
Percaya Diri Perempuan
Apabila ditanya jika beliau ingin melakukan pembedahan jantina, beliau hanya berkata ia bergantung ke mana haluan hidup akan membawanya suatu hari nanti. Yoshi berkata beliau yakin bahawa dirinya adalah seorang perempuan kerana membesar dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak perempuan sejak kecil.
Siapa sangka dengan wajah secantik ini, Yoshi sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berubah menjadi perempuan yang mampu memberi ‘saingan’ dibandingkan dengan perempuan ‘asli’ di negaranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ajal jodoh merupakan ketentuan tuhan. Kemelut rumahtangga selebriti Diana Danielle, 32, dan Farid Kamil, 42, menemui noktahnya apabila pasangan ini sah bercerai talak satu pada jam 3.22 petang tadi, setelah 11 tahun melalui usia perkahwinan.
Lafaz Talak Secara Dalam Talian
Prosiding dilakukan secara dalam talian (online) iaitu menerusi aplikasi Google Meet dalam dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini berikutan Farid tidak hadir di mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca Covid-19.
Lafaz cerai secara dalam talian ini turut didengari oleh Hakim Syarie Shukran Yusof. Shukran mulanya bertanya Diana sama ada dia suci hari ini dan setuju kes diteruskan dalam talian.
Apabila Diana menyatakan persetujuan, aplikasi talian dibuka dan Hakim kemudian bertanya kepada Farid pula untuk persetujuan. Pertanyaan ini dijawab oleh Farid dengan persetujuan untuk bercerai.
“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” katanya.
Diana kelihatan tenang mendengar lafaz cerai ini. Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Diana (defendan) menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian selain sijil nikah dibatalkan.
Terdahulu, Diana sebelum ini mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, antara alasannya untuk bercerai dengan Farid.
Diana Failkan Permohonan Cerai
Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Dalam prosiding sebelum ini, Jawatankuasa Pendamai (JKP) menyatakan menemui pendamaian, Farid tetap dengan pendirian enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Laporan JKP turut menyatakan Diana selaku plaintif nekad untuk bercerai kerana mendakwa sudah tiada persefahaman manakala Farid tetap dengan pendirian enggan berpisah kerana masih menyayangi keluarga.
Semasa prosiding, Farid diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Diana diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader.
Pada prosiding lalu, hakim syarie sama telah menasihatkan Farid dan Diana untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Mingguan Wanita: 11 tahun usia perkahwinan berakhir dengan penceraian. Semoga pasangan ini dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik demi kepentingan anak-anak.
KUANTAN: “Mak kena tikam, mak kena tikam,” itu jeritan Mohd Aqil Nasrul, kepada abangnya, Mohd Abid, bagi memberitahu kejadian ibunya, Norhasilah Ismail yang maut ditikam di Kampung Hijrah, Penor, Kuantan dekat sini.
Mohd Abid,8, berkata dia baru pulang dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama ayahnya, Nasrul Mansor, 32, dan dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil yang berusia empat tahun dari sebuah bilik di tingkat atas.
“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarkan…adik juga menjerit mak ditikam, saya terus naik ke atas dan membuka pintu biliknya yang dikunci. “Saya kemudiannya turun semula ke bawah dan memberitahu ayah yang naik dan menemui mayat ibu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya menerimapanggilan daripada seorang kakitangan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak berhampiran lokasi kejadian dan memberitahu kejadian berkenaan. Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi bersama Mohd Aqil selepas menghantar anaknya ke sekolah manakala suaminya pula keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting sejak awal pagi.
“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki yang berada dalam rumah, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.”Anak mangsa tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah, dia ditemui oleh abangnya yang berusia lapan tahun.”Kita sedang menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan ada cubaan samun, kita akan minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan. Katanya, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri. “Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana membunuh dan jenazah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Sumber: Berita Harian
(Foto: Farizul Hafiz Awang)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.