Seorang isteri seharusnya menjadi pasangan jiwa yang begitu istimewa di hati suami. Ketika isteri bergelora dengan masalahnya, suami sepatutnya ada di sisi menenangkan mereka. Barulah isteri kuat dan tak gundah hatinya. Begitulah simbolik cinta yang dipasakkan pada sebuah cincin perkahwinan. Ia membawa makna yang besar buat pasangan suami isteri.
Apabila berlaku bencana kehilangan, tentulah kesannya cukup dirasai. Terutama isteri yang tanpa sengaja menghilangkan permata yang cukup berharga itu. Kesedihannya boleh membawa berminggu-minggu lamanya. Tindakan suami Puan Rajiah Nasir (Adlil Rajiah), Hafify Zulhaimy Hashim membuktikan betapa istimewanya seorang wanita bergelar isteri dalam sanubarinya. Ikuti perkongsian manis ini.
Few months ago— I lost my wedding ring.
Kaum-kaum bini faham lah macam mana rasa bila hilang cincin kawen. Macam hilang anak kot.
7 tahun pakai kat jari, and suddenly it’s no longer there. Rasa ralat sangat.
Rasa empty yang payah nak describe.
It was super hard to accept, and I cried like a baby for a week!
Bukan mengenangkan cincin tu atau harganya sangat. Tapi the sentimental values and memories yang seolah-olah hilang bersama cincin tu. 7 tahun punya kenangan wei.
Banyak sangat cerita dia.
I cried when telling my husband about the loss. He was disappointed, of course.
Tapi kata dia–
“Takpe lah. Dah bukan rezeki kita lagi. Lagipun it’s just a ring. And you’re still my wife. Takde apa yang berubah pun.”
Indeed.
Takde apa yang berubah.
Ads
Tapi tulah. Dah nama pun pompuan. Memang dramatic cemtu lah sampai ke tua.
Sejak kehilangan tu, berkali-kali saya minta maaf pada suami (for being careless and losing the ring) walaupun dia sebenarnya okay je.
Dan berkali-kali juga saya berharap keajaiban akan berlaku dan cincin tu akan jadi milik saya semula.
Sampai setiap hari bangun tidur mesti terdetik dalam hati— harap2 doa aku semalam akan termakbul hari ni.
Minggu demi minggu berlalu, still takde apa-apa berlaku.
Hati semakin boleh terima bahawa cincin dah takde kat jari. Walaupun kadang-kadang bila ambik wudhu macam ternampak-nampak je cincin tu kat jari. Pastu bila basuh pinggan asyik nak terpegang jari manis untuk betulkan cincin (dah jadi habit).
Dan setiap kali tu lah tetiba rasa sebak semula.
Itu baru hilang cincin.
Tak boleh bayangkan orang yang hilang insan tersayang. Mungkin terbayang-bayang orang tu lalu-lalu dalam rumah, orang tu duduk kat dalam bilik, kat meja makan, dalam kereta, etc. Pergh.
Ads
Semoga Allah terus beri kekuatan.
Yang aku ni baru hilang cincin je pun dah boleh nangis teresak-esak kat sinki basuh pinggan.
Tapi sepanjang kehilangan cincin tu, I realize, sikit pun tak beri apa-apa perubahan pada suami saya.
He is still as loving as ever. He still helps me in the kitchen every day. He still helps me doing house chores and cleaning the bathrooms. He still kisses my cheeks before he goes to work. He still surprises me with special treats once a while. He still massages my feet when i lie down. He still holds my hand while driving. He still wraps my waist while walking in the mall. He is still the same person I married 7 years ago!
Lepas beberapa bulan kehilangan cincin kawen tu, baru saya faham maksud suami saya —
“It’s just a ring, and you’re still my wife. Takde apa yang berubah pun.”
It really is. Takde apa yang berubah.
Walaupun cincin yang jadi simbolik ikatan cinta itu dah takde, tapi cinta itu masih ada.
Ads
Malah lebih kuat daripada hari pertama cincin itu disarungkan ke jari saya.
This loss not only taught me to be more cautious, but it made realized that— love is not in the wedding ring.
It’s in the heart. It should be manifested through deeds and attitudes.
And romantic isn’t merely about buying rings or expensive gifts. It’s about the thoughtfulness, showing unconditional love and affection. There’s no romantic in the ring. It’s in the gestures.
Alhamdulillah, I learned my lesson.
And today— my husband surprised me with a new ring.
Saya happy dan bersyukur, of course. But not because of the ring anymore. Because of the true meaning of love and romance my husband taught me.
He said —
“Ini cuma hiasan kat jari. Tak melambangkan apa-apa pun. Our marriage should be symbolized by ourselves. Peluang beli cincin ni ada banyak. Tapi peluang untuk “kita” cuma sekali. Asalkan kita jaga hubungan ni dengan baik, insyaAllah everything else will fall into place. Papa harap cincin baru ni boleh buat Mama happy semula.”
Anddddddd I cried a river again. So apa beza hilang cincin dengan dapat cincin baru kalau dua-dua pun buat kau nangis? ?
Terima kasih Pa for this new ring. Walaupun bukan senang nak cari cincin untuk bini yang jari manis nya sama saiz dengan ibu jari kaki.
Rumah tangga terlalu bahagia tanpa sebarang ujian pasti hanya berlaku dalam drama atau filem fantasi sahaja. Realitinya, untuk mencapai usia perkahwinan sepuluh tahun, sudah pasti anda melalui pelbagai asam garam rumah tangga. Salah satunya bagaimana mahu meredakan hati pasangan yang tengah panas.
Begitu juga dengan bertikam lidah dan salah faham. Pujuk-memujuk, meninggi suara hingga tahap menengking juga sudah pasti berjuta kali dilalui anda dan pasangan.
Sebenarnya, dalam masalah ini persefahaman amat penting. Perkahwinan bukan sekadar berkongsi bantal dan lengan, tetapi perkahwinan adalah perkongsian hidup dan mati.
Bagaimana mengawal amarah dalam hubungan suami isteri, pasti sukar! Bawa bertenang, mungkin langkah ini dapat membantu anda!
Cara Lembutkan Hati Suami/Isteri Yang Panas
1. Jangan Duduk Tempat Yang Sama
Pergaduhan berpunca daripada pelbagai perkara, namun anda harus bijak menanganinya. Sekiranya anda sedang duduk ketika marah, cuba ubah posisi berdiri atau sebaliknya. Cara ini akan membuatkan anda lebih relaks dan tenang.
2. Berhenti Membebel Dan Cari Salah
Langkah ini dikatakan sangat efektif jika anda tidak dapat mengawal amarah kepada pasangan anda. Diamkan diri di saat anda marah akan membuatkan anda berfikir seketika sebelum melontar kata-kata pedas berapi. Maklumlah ketika marah, kita tidak mampu mengawal emosi dan minda.
3. Ambil Wudhuk
Api adalah simbolik bagi rasa amarah, jadi hanya air sembahyang mampu mengurangkan rasa marah. Anda juga akan berasa tenang setelah air kena pada wajah dan seluruh tubuh dan nak pujuk diri, ajak si dia solat jemaah sama-sama. Jangan lupa selit doa yang manis-manis selepas solat. In shaa Allah, hati akan tenang!
4. Ambil Masa Dan Ruang
Apabila anda tidak mampu mengawal rasa marah di depan suami, cuba beredar dan jarakkan sikit diri anda dengan suami. Bawa diri ke bilik dan ambil masa untuk “cool down” . Jangan pula anda beredar sambil menghentak kaki dan menghempas pintu, pasti kemarahan suami bakal meledak.
5. Ingat Saat Manis, Flashback Waktu Akad Nikah
Ketika marah menguasai diri, cuba kenang jasa pasangan pada anda selama ini. Cuba rendahkan ego anda dan ingatlah tujuan sebenar kita dan si dia bersama, bukan sekadar suka-suka sebaliknya untuk suka dan duka.
Sebenarnya tak susah nak bahagiakan hubungan suami isteri, kita sendiri yang kena mainkan peranan macam mana nak nak lembutkan hati pasangan, nak handle pasangan yang merajuk tetiba. Ingat, jangan biarkan sebab dari situasi makan hati atau merajuklah BARAH dalam hubungan akan wujud!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biarpun bergelar ibu tunggal dan dalam masa yang sama membesarkan anak-anak, wanita cekal ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap mak dan ayahnya yang terlantar sakit. Apatah lagi kedua mak dan ayahnya merupakan orang kelainan upaya(OKU) fizikal.
Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Selain anak-anak, mak dan ayahnya bergantung harap pada Intan Zulina Osman. Namun dirinya tidak pernah mengeluh malah tetap cekal melunaskan tanggungjawabnya sebagai “anak” kepada orang tuanya dan ibu kepada “anak-anaknya”.
Akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan kehidupan mereka sekeluarga agak terjejas apabila dirinya tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.
Menjadi Tempat Bergantung Harap
“Ibu saya akan mengetuk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika mereka perlukan sesuatu,” kata Intan Zulina Osman, 34 tahun.
Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, menjadi rutin hariannya sejak 18 tahun lalu menguruskan kedua ibu bapanya Siti Zabedah Saidin, 74, dan Osman Jusoh, 80, yang juga orang kurang upaya fizikal terlantar.
Katanya, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hilang pekerjaan itu.
“Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.
“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, Kubang Pasu, hari ini.
Intan atau lebih mesra dipanggil Kak Chik berkata, dia sangat bersyukur mempunyai anak-anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.
Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.
Bercerita lanjut, Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak-anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya ketika Ramadan.
Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.
“Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan. Wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.
“Anak-anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM. Duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.
Bagi orang ramai yang ingin membantu Intan Zulina, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon 011-26437074.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga ibu tunggal ini tabah menghadapi ujian dan dikurniakan kekuatan dalam menempuhi liku-liku hidup. Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini dapatlah kiranya menghubungi nombor di atas. Hulurkan bantuan, ringankan beban.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hadiahkan talak pada isteri, binyi kejam kan? Aku rasa mungkin ramai wanita yan mungkin marah dan menyalahkan aku bila membaca kisahku ini. Kata aku tidak tahan dugaan. Tak kisahlah. Hakikatnya diri ini yang tanggung.
Sebagai seorang lelaki bergelar suami, tentu saja aku bertanggungjawab untuk mendidik wanita yang telah ku sunting menjadi suri hidup. Tapi andai aku tak mampu lagi memikul tanggungjawab itu, biarlah aku lepaskan dia dengan cara baik.
Aku Diperkenalkan Rakan
Aku dan bekas isteri, M, berjumpa atas saranan rakan. Kebetulan rakan baikku itu, K, mempunyai kekasih, J, yang merupakan rakan rapat M. Memandangkan aku jenis lelaki yang agak pemalu dan tak pandai ‘mengayat’ perempuan, M beria-ria tolong carikan awek untukku. Waktu itu, aku sedar sebenarnya K ada niat lain. Lagi memudahkan dia keluar dengan J kalau kami double date kerana aku berkereta sejak di universiti.
Tapi aku tak kisah kerana aku juga boleh keluar lepaskan stres belajar. Tak sangka, M menunjukkan minat kepadaku sejak pertemuan pertama. Lebih-lebih lagi dia tahu aku berkereta. Maklumlah, zaman belajar bukan ramai sangat pelajar berkereta.
Aku pula dihadiahkan kereta oleh mak dan ayah kerana memudahkan aku balik, yang hanya memakan masa lebih kurang dua jam dari kolej. Aku anak tunggal mak dan ayah yang hanya brniaga kedai runcit di kampung Tapi kehidupan kami lebih daripada mencukupi untuk hidup sederhana. Aku ada mengusahakan sebuah ladang ternakan lembu dan sebab itu aku sering kali balik. Kasihan pada ayah yang uruskan.
Tetap Hadiahkan M Duit shopping Walau Susah
M bukan wanita jahat. Dia lemah lembut dan berbudi bahasa dengan orang tua. Pandai pula memasak. Bila bawa berjumpa orang tuaku, tentu saja mereka berkenan. Akhirnya, setelah kami sama-sama tamat belajar kami disatukan.
Waktu itu aku menguruskan ladang lembu milik mak dan ayah. M pula bekerja di sebuah syarikat swasta. Sebagai suami, aku tak pernah sentuh wang gaji M. Segala belanja rumah tangga aku yang uruskan. Bahkan duit untuk dia shopping barangan mahal juga aku yang bagi, selain nafkah bulanan. Pendek kata, wang gajinya hanya disimpan. Kalau ikutkan, aku tak perlu beri duit lain untuk dia shopping memandangkan nafkah wajib dan segala keperluannya sudah kupenuhi. Tapi, aku tak kisah.
Bisnes Aku Menurun…
Bekerja sendiri ada turun naikkan. Pernah aku minta M bantu mana yang patut tapi dia buat tak tahu. M ini orangnya bercita rasa tinggi. Semua barangnya mesti berjenama. Kalau minta dia berjimat, dia akan tarik muka. Katanya malu kalau pakai barang murah ke pejabat sedangkan aku lihat kawan-kawannya biasa-biasa saja. Tidaklah semua berjenama dari kepala hingga ke kaki.
Setiap tahun perkahwinan dan hari jadinya, dia akan ajak aku ke kedai emas untuk membeli hadiah untuknya. Walau pun aku kata tak begitu ada peruntukan saat itu, tapi dia tetap berkeras. Tak nak gaduh, aku ikutkan saja walau pun terpaksa korek simpanan.
Cuba Pinjam Duit M
Sehinggalah akhirnya masuk tahun keempat kami kahwin, aku mengalami masalah kewangan berkaitan dengan ladang ternakanku itu dan meminta untuk meminjam wang daripada M kerana aku dah tiada duit tabungan. Tapi M dengan tegas tak nak bantu. Katanya baik jual saja segala lembu dan cari kerja makan gaji.
Aku pula keberatan kerana itu minatku dan tentu ayah sedih kerana dah lama diusahakan. Aku malu dengan mak dan ayah kerana M tak mahu bantu sedangkan kami tahu dia berduit. Sampaikan dia keluarkan kata-kata, dia sanggup hilang suami daripada hilang duit.
Tekad Hadiahkan Talak Untuk M
Aku sangat terpukul dengan kata-katanya itu. Ini baru sedikit minta pertolongan dia pun dia dah tak sanggup. Bagaimana kalau hidup aku benar-benar susah nanti?
Aku tekad, aku lepaskan dia dengan baik. Ya, akhirnya aku hadiahkan talak buat wanita yang pernah ku sayangi itu. Aku perlukan wanita yang sentiasa menyokong saat aku susah. Bukan hanya inginkan aku saat aku senang saja. Mungkin sebab itu juga kami belum dikurniakan cahaya mata kerana rupanya jodoh kami tak panjang.
Semoga M tidak terus bersikap begitu. Kita tak tahu nasib kita akan datang. Lagi pun, wang ringgit bukan boleh dibawa mati…