Cikgu Sya nekad saman ibu pelajar RM500,000 berkaitan isu “boo”, maruah saya dipijak-pijak. Sesi persekolahan baru saja bermula minggu lalu dan pastinya bagi pelajar tahun satu yang baru memasuki alam persekolahan, ada ragam masing-masing.
Baru ini tular di media sosial dakwaan seorang ibu bahawa dirinya diboo oleh guru-guru dalam usahanya mencari anak tahun satu yang hilang di sekolah dalam kejadian yang berlaku pada 21 Februari (Jumaat) tepat jam 5.52 petang.
Dalam dakwaannya, ibu pelajar tahun satu itu mendakwa anaknya tiada di perkarangan kawasan menunggu dan tiada di bawah jagaan guru. Namun dirinya turut mendakwa dalam proses pencarian anaknya yang “hilang” itu, para guru telah memberikan isyarat ‘thumbs down’ dan mereka menjerit ‘boooo’.
Hal ini telah menjadi viral di media sosial di mana ramai para netizen mengecam tindakan guru terbabit tanpa mengetahui kebenaran di sebalik kisah sebenar.
Di sebalik kemelut isu ini di media sosial, guru berkenaan, Sya Saad yang mengalami trauma kerana dimalukan nekad menghantar tuntutan saman sebanyak RM500,000 terhadap ibu pelajar berkenaan yang didakwa telah memalukannya. Sokongan turut diperolehnya dari bekas guru, Mohd Fadli Salleh di mana satu pertemuan telah diatur bersama peguam, Mahmud Jumaat.
Dalam perkongsiannya, Sya Saad memaklumkan, hal ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi ibu pelajar berkenaan bertindak sebaliknya.
Mengangap tindakan ibu pelajar itu yang memijak-mijak maruahnya, guru yang baru empat tahun bertugas ini mengakui isu pelajar didakwa hilang oleh ibunya boleh diselesaikan secara baik kerana pada hari kejadian dirinya turut membantu pencarian anaknya dan telah ditemui dalam tempoh lebih kurang 10 minit. Malah memaklumkan tiada ejek mengejek terjadi sebagaimana didakwa oleh ibu pelajar berkenaan.
Namun ibu pelajar berkenaan telah menularkan wajahnya tanpa adab hingga dirinya kecaman netizen di media sosial. Saman ini, jelasnya adalah usaha yang terakhir demi maruahnya yang telah dipijak-pijak.
Dirinya memilih peguam Mahmud Jumaat yang turut berkongsikan pertemuan mereka di media sosial peguam tersebut.
Isu ini turut menarik perhatian bekas guru, Mohd Fadli Salleh yang turut menyuarakan betapa pentingnya guru dilindungi dari terus dibuli di media sosial. Malah dirinya turut berkongsi kronologi sebenar di sebalik dakwaan yang terjadi. Dan turut berkongsi agar isu guru dibuli di media sosial seharusnya dipertahankan dengan baik oleh pihak kesatuan guru
<
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.