Tahun 2018 nanti, tahun 6 tak lagi ambil UPSR. Tapi mereka bakal ambil peperiksaan PPSR. Apa pula kaitannya dengan anak yang gemuk? Lagilah ramai ibu bapa mulai risau. Tengok penerangan pun dah boleh buat biji mata berpinar-pinar.
Ini penjelasan mudah faham yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Semoga mak-mak dapat kurangkan kebimbangan yang bersarang dalam hati tu.
Cikgu, PPSR Tu Apa?
Risau la akak, anak akak Tahun 6 tahun depan. Kenapa kerap benar silibus bertukar? Macam mana ni cikgu nak hadapi? Kesian anak-anak kami jadi tikus makmal. Asyik jadi bahan eksperimen sahaja.
Baik. Kau orang tenang-tenang sahaja. Yang nak exam, anak kau. Bukan kau. Lagipun cikgu Korea kau ni takkan biarkan kau orang dalam dilema. Aku jelaskan satu-persatu.
Benda ni, kami dah ‘run’ lama dah. Sejak KSSR diperkenalkan pada 2011. Tahun ini, KSSR Semakan pula diperkenalkan. Silibus baru yang padat dan tinggi arasnya.
Namun, baru tahun ini kerajaan perkenalkan pada umum. Baru tahun ini result keputusan UPSR bukan sekadar sekeping slip semata-mata, bahkan ada satu fail pencapaian murid bersama-sama.
Tahun ini kita dah mula sebenarnya, namun secara tidak rasmi. Secara rasminya tahun depan.
Kesian Anak Kami Cikgu..
Silbus baru lagi. Anak kami jadi eksperimen lagi. Kesian anak kami, cikgu.
Tidak. Silibus tidak bertukar. Masih kekal silibus terbaru, KSSR Semakan yang murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 guna tahun ini. Silibus itu akan dibawa ke tahun dua dan tingkatan dua tahun depan.
UPSR macam mana cikgu? Ada ke mansuh? Kalau ada formatnya macam mana?
Ads
Format Peperiksaan UPSR tak berubah pun. Cuma keputusan UPSR tu bukan slip UPSR sahaja. Ia merangkumi semua penilaian. PPSR ini gabungan penilaian PBD, Psikometerik, PAJSK dan PP (UPSR).
Daripada keputusan PPSR nanti, senang ibubapa dan guru-guru nak lihat kecenderungan anak-anak kita nanti.
Secara tak langsung, bilamana ada ujian pajsk, psikometrik dan semua ni , guru boleh lihat kcenderungan murid dalam skill mana. Bila kenal kecenderungan, mudah ibu bapa dan guru mengasah bakat sedia ada mereka.
Cikgu Anak Saya Gemuk?
Kalau anak saya tidak aktif sukan akan mempengaruhi result dia ke cikgu? Katakan anak saya gemuk mempengaruhi juga ke?
Betul. Walau anak kau dapat 6A dalam komponen Upsr, tapi keputusan PAJSK, Psikometrik dan PBD tak seberapa, aktiviti Koko pula selalu tak hadir, tak banyak sumbangan diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri, Ujian SEGAK tak buat, tahap kecergasan tak memuaskan, semua itu akan mempengaruhi keputusan PPSR. PBD (pentaksiran bilik darjah) adalah pentaksiran untuk semua mata pelajaran yang diambil oleh murid. Bukan hanya subjek UPSR sahaja.
Ads
Faham ke tak ni? Senafas aku tulis tu.
Cikgu, cikgu! Ni buat saya risau ni. Anak saya gemuk. Rendah la markah dia nanti.
Kau bawalah anak-anak bersenam setiap hujung minggu. Jaga pola pemakanan dia dengan lebih teratur. Kan bagus tu. Satu keluarga sihat sebab anak nak ambil PPSR.
Tapi cikgu, anak saya ni ada penyakit. Tak boleh kena panas, tak boleh bergerak. Dan tak boleh berpeluh. Macam mana cikgu? Kesian la dia, nanti markah dia rendah.
Pulak dah. Macam-macam betul anak kau ni. Baik, dengar sini.
Aktif ni bukan sahaja dari segi sukan bola sepak, ragbi atau olahraga. Dari segi aktiviti ko-akademik pun termasuk juga. Contohnya permainan catur, setem dan felatelli, kesenian dan kebudayaan (pantun, dikir barat, nasyid, boria ), seni visual, sahiba dan lain-lain.
Ads
Jika murid tidak mampu untuk bersukan yang lasak, minta mereka fokus pada aktiviti ko-akademik. Kalau itu pun mereka tak mampu, terimalah keputusan yang sedikit rendah.
Didik Anak Dari Rumah Lagi
Dah itu keupayaan anak-anak kita. Terimalah dengan rela. Asah lagi bakat mereka yang boleh kita asah. Sentiasa suruh mereka ke depan dalam setiap pertandingan dan program sekolah.
Didik anak dari rumah lagi. Pupuk kecenderungan mereka. Jangan harap semua benda cikgu nak bagi tumpuan pada anak kau orang. Senang bila kat sekolah nanti cikgu tahu dah apa kelebihan anak-anak kita.
Jadi, apa kesimpulan cikgu?
Tak payah nak simpul-simpul sangat lah. Berbelit nanti. Terus terang aku kata, PPSR ini satu penilaian yang lebih telus dan menyeluruh. Satu penambahbaikan yang bagus dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terima kasih cikgu atas penerangan panjang lebar cikgu. Eh jap cikgu. DLP ni binatang apa pula? Kenapa semua pakat risau dengan DLP ni cikgu?
Sudah. Sudah. Penat dah aku menulis ni. Aku lapar nasi dah ni. Lain kali pula aku tulis pasal DLP tu.
Kau ingat aku tulis ini percuma? Belanja ah pizza ke, kepsi ke kalau terserempak. Takkan itu pun aku nak kena cakap. Hmmm, geram pula aku.
Nak bagi kau faham, aku yang tanya, aku yang jawab. Kahkahkah.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai nak kaya ternganga, sifu saham didakwa tipu pelaburan tidak wujud. Bila berbicara soal duit, ramai yang teruja. Apatah lagi jika bertemu dengan orang-orang yang menunjukkan “kekayaan” dan berharap akan menjadi sekaya mereka.
Tak hairanlah ramai yang mahu melabur kerana menyangka akan cepat kaya tanpa menyedari bahawa adakalanya pelaburan itu tidak wujud. Dalam erti kata lain, wujudnya scammer dalam pelaburan saham.
Didedahkan oleh seorang aktivis Aliff Ahmad, sebentar tadi di fb, dirinya berkongsi seorang sifu saham telah ditangkap, direman dan didakwa di mahkamah atas kesalahan pelaburan tidak wujud.
Kongsinya :- “Itulah, aku dah cakap,
“Asal sifu saham itu scammer melainkn dibuktikan sebaliknya..”
Aku nak tanya apa khabar anak-anak murid dia hari ini?
Luar biasa baik? Kongsinya.
Berhubung dengan tangkapan yang pasti mengejutkan “anak murid” yang pernah berguru dengan sifu saham ini, satu kenyataan rasmi telah dibuat oleh CEO Hi Wealth, Radzi Tajuddin mengenai Naguib Saahari telah ditamatkan sebagai tenaga pengajar serta merta selepas didakwa di mahkamah Khamis lalu.
KENYATAAN MEDIA HI WEALTH BERKENAAN NAJIB @ NAGUIB SAAHARI
Najib @ Naguib Saahari telah didakwa di Mahkamah Selayang pada jam 10 pagi, Khamis 22 September 2022 di bawah Kanun Keseksaan.
Antara pertuduhan yang dibacakan kepada Najib @Naguib Saahari adalah berhubung tindakan OKT memperdaya beberapa individu untuk menyertai pelaburan yang tidak wujud.
Pihak Hi Wealth telah berkerjasama dengan pihak polis dan tindakan sivil juga telah diambil untuk memastikan kesemua pihak yang mengalami kerugian dipampas dan kemudiannya pihak yang perlu bertanggungjawab akan dihadapkan ke Mahkamah.
Pihak Hi Wealth dengan ini menegaskan tidak mempunyai apa-apa entiti kebersamaan dengan OKT dan segala hubungan sebagai rakan stragetik dan/atau semata-mata tenaga pengajar adalah ini ditamatkan serta merta.
Moga sesiapa yang telah melabur dan kehilangan duit bersabar kerana kalau ia bukan rezeki, mungkin ia satu ujian Allah untuk memperbaiki diri sendiri.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak boleh buat sendiri rak buku di rumah dengan bajet yang sangat rendah tapi hasilnya cukup puas hati.Yang penting kena kreatif. Siapa sangka hanya menggunakan bakul yang boleh dibeli di kedai Eko pada harga RM2 seunit ini boleh hasilkan rak pelbagai guna. Menariknya bukan sahaja boleh dijadikan rak buku, malah boleh dijadikan rak untuk menyimpan baju bayi, mainan anak-anak, barangan menjahit dan sebagainya.
Berikut perkongsian oleh Puan Siti Fairuz Samsul sebagai rujukan;
“Terjebak DIY jadikan rak buku.Semua sebab join group diy barang eco dan mr.diy memang macam-macam idea boleh dapat dari group tu.Terima kasih pada yang sudi share, kredit pada tuan post idea anda saya guna pakai dan jimat.”
“Bakul tu beli dekat kedai rm2 je.Total RM18 termasuk tali nak ikat tu, tali pun ade baki boleh guna untuk rak yang lain. Terima kasih Encik Suami tolong ikatkan.”
“Macam-macam boleh simpan, buku, mainan anak-anak, barang jahit, baju-baju baby ke, atau apa-apa je la barang yang kita nak simpan dan yang ada anak-anak bulus tu, pun boleh jadi tempat tidur kucing-kucing.”
Bahan-Bahan: (Kos RM18)
Bakul (RM2 x 8 unit)
Cable tie (tali pengikat) RM2
Cara Membuat:
1.Cantumkan bakul secara bertindih seperti dalam gambar.
2.Gunakan Cable tie untuk mengikat bakul-bakul tersebut.
3.Susun secara bertindih bakul-bakul tersebut seperti dalam gambar.
4.Siap! Bolehlah susunkan buku-buku, majalah atau apa sahaja barangan yang diinginkan.
Mudah je kan cara buat rak bajet ini. Macam-macam barangan boleh disimpan dengan lebih kemas dan paling penting kosnya pun murah je dan menjimatkan!
Dua tiga hari ini kecoh dengan berita kematian warga emas selepas menikmati hidangan laksa. Sampai ada mak-mak pakat-pakat nak pantang makan laksa. Kenapa pula laksa dipersalahkan?
Dalam posting facebook Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setah, Kedah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor menjelaskan perkaitan laksa dan kematian.
“Dua orang mati selepas makan LAKSA. Apa kaitan antara laksa dan kematian? Inilah yang pernah saya tulis mengenai kaitan di antara punca dan akibat (“causal relationship”).”
“Bila berlaku kes kematian akibat makan laksa, adakah semua orang kena PANTANG MAKAN LAKSA? Jawapannya TIDAK sebab punca kematian bukan laksa tetapi pencemar yang ada di dalam laksa.”
Pencemar ini telah menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makananlah yang menjadi punca kematian.
“Di antara pencemar yang boleh menyebabkan kematian adalah bakteria, virus, toksin, sebatian kimia (racun serangga dan lain lain) dan logam berat.”
Kesimpulannya, punca masalah adalah PENCEMAR dan akibatnya KEMATIAN. Laksa tidak bersalah jika ianya tidak tercemar. Orang lain tidak perlu pantang makan laksa.
Bakteria Dari Jenis Ganas Akan Cepat Merebak
Dalam posting yang lain pula beliau menjelaskan agar penyakit bawaan makanan ini jangan diambil ringan. Sebab makanan keperluan harian manusia.
“Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.”
“Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.”
“Sukar untuk mengesan pembawa sebab mereka tidak ada gejala tetapi mereka melepaskan bakteria di dalam najis dan air kencing.”
Elak Jadi Keracunan Makanan, Doktor Pesan Buat 13 Perkara Ini
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh :
√ Jangan makan di luar.
√ Inilah masanya kita pakat masak di rumah dan makan di rumah.
√ Beli bahan-bahan mentah secukupnya.
√ Pastikan membasuh makanan sebaik-baiknya dengan air yang dirawat.
√ Elakkan makanan separuh masak.
√ Simpan makanan mentah pada suhu 0-4 darjah selsius.
√ Jangan campur makanan yang sudah masak dan mentah.
√ Nyahbeku makanan mentah dengan sempurna.
√ Masak makanan dengan sempurna.
√ Masak air hingga mendidih.
√ Jika ada gejala keracunan makanan cepat-cepat jumpa doktor.
√ Minum air dalam botol lebih selamat.
√ Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.