Cikgu Nancy Bercantik-cantik Dalam Google Meet, Mahu Murid Sama-sama Seronok Belajar

Sebelum ini MW pernah siarkan kisah inspirasi Cikgu Nancy yang sanggup mengenakan busana Sari dalam Google Meet. Walaupun cuma seorang saja pelajarnya sambut Deepavali. Demi nak hadirkan rasa seronok masuk kelas, Cikgu Nancy tetap bercantik-cantik dalam kelas online yang lain.

Rasa seronok itu bukan hanya untuk pelajar belajar, malah bangkitkan perasaan seronok untuknya mengajar juga. Kata Cikgu Nancy kepada Mingguan Wanita,

Kelas dalam talian sangat BOSAN. Jadi, saya nak mereka sentiasa seronok dan menunggu untuk masuk Google Meet. Dalam masa sama, saya nak menimbulkan suasana keseronokan masa Google Meet.

Saya nak saya dan anak-anak murid seronok dan bersemangat untuk belajar.”

Walau seorang saja pelajar sambut Deepavali, Cikgu Nancy pakai Sari dalam Google Meet.

Akuinya cara ini juga memberi semangat dan motivasi kepada dirinya sendiri. “Saya usaha untuk enjoy journey mengajar dari rumah secara dalam talian. Hakikatnya, mengajar dalam talian jauh lebih penat daripada bersemuka.”

Bukan cikgu Nancy saja yang merasai perasaan sebegitu. Malah, tak dinafikan rata-rata guru juga sedang menghadapi emosi yang sama. Begitu juga mak ayah, malah pelajar tak mudah sebenarnya nak melalui proses pembelajaran dalam talian ini.

Ads

Namun, ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19, inilah pengorbanan yang terpaksa rakyat Malaysia laburkan. Demi anak bangsanya terus berdaya saing.

Cikgu Nancy Bercantik-cantik Dalam Google Meet, Mahu Murid Sama-sama Seronok Belajar

Baju Cantik-cantik Dari Koleksi Peribadi Cikgu Nancy

Busana-busana cantik yang Cikgu Nancy kenakan; sari, baju tradisional kaum Iban dan terkini, busana Dusun Tatana adalah daripada koleksinya sendiri.

Ini koleksi baju saya sendiri. Daripada pakai sekali saja, terperap dalam almari. Baik saya pakai untuk kelas online.”

Ads

Bukan saja pakaian Cikgu Nancy yang berbeza, lokasi kelas onlinenya juga berubah-ubah kedudukannya di dalam kediamannya. Begitu juga dengan alas meja mengajar, yang dihias sesuai dengan tema.

Ternyata, guru ini sangat kreatif dalam memberikan sesuatu input baru kepada para pelajarnya. Malah, akuinya sebelum ini.. kehadiran penuh pelajar juga berjaya diperoleh ketika kelas online nya itu.

Gaya Mengajar Google Meet Berbusana Tradisional Kaum Iban

Google meet Sem 1 dah selesai. Seterusnya pula kelas untuk Sem 3. Saya berusaha untuk enjoy journey “Work From Home” kali ini. Semalam anak-anak murid saya ramai yang minta saya “Ngepan Iban”, jadi hari ini cikgu mereka tunaikan permintaan mereka.

Ads

Semoga segala usaha guru-guru di dunia ini diberkati sentiasa.”

Gaya Dengan Busana Dusun Tatana

Google meet hari ini 24 Nov 2020.
Seawal pagi cikgu mereka dah bersedia untuk memulakan kelas Sem 1 (7.00-9.00am) dan akan bersambung Sem 3 (9.00-11.00am). Bukan mudah mengajar secara online, tapi kita usaha untuk menikmati dan enjoy setiap detik itu.

Saya memakai busana Dusun Tatana, Kuala Penyu pagi ini khas untuk sahabat saya yang berada di Sabah dan Labuan.”.

MW : Tahniah! usaha Cikgu Nancy ini sememangnya akan menyuntik inspirasi kepada guru-guru yang lain.

Sumber/Foto : Nancy Maria

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI