rancang jantina anak

Bukan sekali dua berusaha nak dapatkan anak perempuan. Bermacam usaha dicuba tapi rezekinya masih lagi anak lelaki. Ada tu berderet sampai 9 orang pun, rezekinya anak lelaki. Masuk yang ke-10 barulah Allah hadirkan anak perempuan.

Cikgu kimia, Taibah Nurwahidah Mohamad ini berkongsi teori memahamkan sifat kromosom X dan Y serta bagaimana pemakanan, tempoh bersama dan faktor kesuburan boleh menentukan jantina bayi yang anda inginkan.

Post kali ni akan share ilmu yang tak seberapa bagi sesiapa yang merancang sama ada nak baby boy atau baby girl untuk next pregnancy.

Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak ke-2 kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni.

Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-siakan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.

Ingat Lagi Tak Subjek Biologi Di Sekolah Dulu?

Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.

Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik, perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.

Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu.

X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju.

IKLAN

Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sinilah saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (cikgu kimialah katakan)

Tip Boleh Cuba ‘Rancang Jantina Bayi Perempuan’

1) Pemakanan

Jika mahukan baby boy,suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood) manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.

Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.

Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.

Selain tu, suami juga kena lebih makan masam, yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.

IKLAN

Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu; susu, cheese dan butter.

Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Elakkan makan masam dan isteri elakkan makanan tenusu.

2) Tempoh Bersama

Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tau waktu subur.

Cara Pertama

Senang je, pergi farmasi beli Ovulation Test. Bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.

IKLAN

Cara Kedua

Hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna app period. Kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia. Waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke-16 itulah hari subur

Ok kenapa penting nak tau waktu subur. Tadikan dah cerita pasal tempoh hayat X dan Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X maka jadilah XX (girl).

Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan maka jadila XY (boy)

Ikut Logik Sains

Ok itu saja tip yang saya dan suami gunakan. Banyak sebenarnya tip lain kalau google tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Kan dah kabo tadi saya cikgu sainskan.

Nak Anak Perempuan.. Doa Senjata Utama

Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa minta sungguh-sungguh pada Allah.

Semoga tip ini dapat memberi manfaat pada yang membaca!

Sumber/Foto: Taibah Nurwahidah Mohamad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI