Cikgu Ini Kongsi Cara Mengajar PdPR, Guna Voice Chat TELEGRAM, Meriah Kelas!

Share

Antara masalah yang berkemungkinan dialami sewaktu sesi PdPR adalah melibat penggunaan data yang tinggi. Apabila kuota sudah penuh, tak dapatlah nak ikuti kelas online. Guru ini, Mohd Azhar memberi solusi kepada guru-guru lain untuk mengajar PdPR menggunakan Voice Chat Telegram.

Ini kerana, pelaksanaan pengajaran menerusi voice chat telegram melibatkan penggunaan data yang rendah baik kepada guru mahupun alat komunikasi pelajar. Hadamkan tipnya.

PdPR Menerusi Ciri Voice Chat Telegram (Tutorial)

Apabila saya menceritakan PdPR yang saya laksanakan bersama-sama dengan murid-murid kelas saya menggunakan ciri voice chat pada telegram, ramai menyangka saya menggunakan voice message dalam telegram.

Sebenarnya, PdPR menerusi ciri voice chat dalam telegram ini adalah secara “live session”.

Apa yang saya dapati adalah penglibatan murid kali ini adalah lebih tinggi. Mungkin murid sedia tahu bahawa penggunaan ciri ini melibatkan penggunaan data yang rendah.

Ramai murid telah biasa dengan ciri voice chat dalam aplikasi discord. Pada saya ciri ini dilihat dapat menjadikan penggunaan buku teks & modul dimaksimumkan untuk meningkatkan pemahaman murid mengenai topik berkaitan.

Saya mengajar Sains (sekolah luar bandar).. tapi matematik mungkin tidak sesuai. Guru yang nak cuba boleh ikuti langkah-langkah mudah ni.

Ini Langkah-langkahnya

1: Klik pada ruang nama group Telegram (pasti cikgu adalah ADMIN bagi group telegram tersebut)

2: Klik pada menu 3 dots

3: Pilih Voice Chat

4: Tekan Start

5: Murid yang ONLINE akan JOIN tapi guru masih boleh Invite murid yang belum join.

6: Mulakan PDPR (Tekan unmute untuk mulakan pengajaran)

Sepanjang berlangsungnya PdPR, cikgu pilih la seorang murid untuk membaca petikan dalam buku diikuti dengan penerangan oleh cikgu pula (ala-ala talaqqi kitab gitu).. InsyaAllah meriah kelas..

Semoga bermanfaat.

Sumber/Foto : Mohd Azhar

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer