Cikgu Ghani Sempat Minta Isteri, Sedekah 1500 Kampit Beras Sebelum Meninggal

Share

Sebelum ini, Mingguan Wanita pernah menyiarkan beberapa tulisan Abdul Ghani Haron yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ghani ini. Ahad lalu, jam 5.30 petang Cikgu Ghani menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Che Su Desa, 63 dan dua anaknya dalam ambulans hospital.

Baca sini : Fahamkan hakikat rezeki itu ditangan tuhan.

Bekas guru ini sering membuat kerja-kerja amal semasa hayatnya. Sejak 19 Disember lalu, arwah dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman pada tiub yang dipasang dekat tubuh untuk dialisis.

Selepas menjalani pembedahan membuka tiub dialisis, bacaan tekanan darah arwah mulai menurun, membuatkan ahli keluarga memutuskan untuk membawanya pulang. Dalam perjalanan pulang dengan ambulans ke rumah itulah, Cikgu Ghani menghembuskan nafas terakhirnya.

 

 

Minta Sediakan 1500 Kampit Beras

Kata isteri arwah, Che Su sebelum meninggal dunia, pada tengah harinya, suaminya sempat berpesan kepadanya dan anak untuk menyediakan 1,500 kampit beras lima kilogram. Tujuannya mahu disedekahkan kepada orang ramai esok.

Sememangnya itulah niat arwah sejak sekian lama. Semasa hayatnya ada, itulah yang dibicarakan kepada isterinya. Mahu sedekahkan 1,500 kampit beras pada hari jenazahnya dibawa ke masjid.

Bagaimana pun, isteri berasa musykil dengan permintaan itu. Memandangkan kita takkan tahu bila tarikh diri sendiri meninggal dunia.

Bagi memenuhi permintaan terakhir arwah, 1,500 kampit beras lima kilogram diagihkan kepada orang ramai bermula 6.30 pagi dan habis dalam tempoh kurang daripada sejam.

 

 

Isteri Dan Anak Berniat Teruskan Kerja Amal Suami

Biarpun Cikgu Ghani sudah tiada, isteri dan anak-anaknya tetap bertekad mahu meneruskan kerja-kerja amal yang pernah dilakukan oleh arwah. Selagi masih diberi kepercayaan, itulah yang akan mereka lakukan.

Cuma, tidaklah sekerap sebagaimana ketika hayat arwah masih ada.

Katanya lagi, wakaf air bertapis yang ada di rumah mereka tetap diteruskan sehingga bila-bila. Kerana itulah permintaan arwah suaminya.

Malah, Cikgu Ghani juga berpesan agar sebahagian pencennya dimasukkan ke tabung sedekah jariah agar dapat digunakan untuk tujuan amal.

Jenazah Cikgu Ghani dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Barakah, Tikam Baru.

Baca sini : Ini padahnya suami bohongi isteri, walau cuma nak makan sedap sendirian.

 

 

MW : Al Fatihah.. semoga Allahyarham Abdul Ghani Haron ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Harian Metro , ABD GHANI HARON

Published by
NETTY AH HIYER