Cikgu Fadli Kongsi perjuangan mula berhasil, KPM semak semula silibus tak masuk akal. Begitu banyak perjuangan dilalui oleh ibu bapa dalam memastikan silibus pendidikan sesuai dengan usia dan perkembangan anak-anak. Namun apa yang dapat dilihat dan sentiasa dihidangkan di media sosial, ada ibu ayah yang “kembali ke sekolah” kerana membantu anak menyiapkan kerja-kerja sekolah yang soalannya terlalu aras tinggi.
Cikgu Fadli antara yang sering menyuarakan isu mengenai silibus Pendidikan yang terlalu aras tinggi dan tidak sesuia dengan kemampuan murid. Namun dalam hantaran terbaru di fbnya, Cikgu Fadli mengucapkan syukur kerana perjuangan semua pihak mengenai silibus aras tinggi ini mula membuahkan hasil apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan mulai hari ini 25 Ogos 2023 sehingga 15 September 2023 sedang melaksanakan satu Tinjauan Perlaksanaan Kurikulum Persekolalahan 2027 secara dalam talian untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.
Dalam kenyataan yang sama, seramai 1600 orang terdiri dari guru, pensyarah, ibu bapa, badan bukan kerajaan (Ngo) dan industri telah dilibatkan dalam 21 sesi urus dan perlaksanaan Konvensyen Kurikulum telah dipanggil dalam usaha Kementerian Pendidikan dalam membangunkan kurikulum Pendidikan yang Baharu dengan mengambil kira pandangan pakar, pemegang taruh dan masyarakat umum. Malah dalam kenyataan yang sama, mana-mana subtopik yang terlalu berat dan tak selari dengan keperluan semasa murid akan dinilai semula.
Dalam kenyataan di fbnya, Cikgu Fadli menulis perjuangannya walau pernah dikenakan surat tunjuk sebab, sampai kena panggil pegawai aduan, tata tertib hingga hampir kena buang akhirnya diambil peduli.
Akhirnya, ada kenyataan rasmi dari KPM tentang silibus yang tak sesuai dengan aras murid-murid.
Bertahun-tahun kita semua konsisten suarakan hal ini, sampai kena surat tunjuk sebab, sampai kena panggil pegawai aduan, tatatertib, hampir kena buang, dan akhirnya suara kita diambil peduli.
Akhirnya mereka akui ada kudis yang disorok hingga menjadi barah. Semoga ada perubahan silibus yang lebih sesuai dengan usia dan tahap anak-anak kita.
Terima kasih semua yang istiqomah perjuangkan isu ini sampai mereka memberi maklum balas jua akhirnya.
Dengan kenyataan rasmi KPM ini, sedikit demi sedikit sistem pendidikan kita dipacu ke arah yang lebih baik.
Dan semoga sistem pendidikan kita akan lebih cemerlang selepas ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Matematik Jadi Subjek Paling Dibenci Kerana Terlalu Susah, Cikgu Fadli Dedah 25% Pelajar Gagal Dalam SPM
“Tolong Jangan Labelkan Mereka Sebagai Lembab!” Cikgu Dedah Ciri-Ciri Anak Disleksia
Pesan Cikgu Fadli, Mak Ayah Jangan Masuk Campur, Anak Gaduh Sekejap Tak Simpan Dendam
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
.