Cikgu, Dalam TV Budak Ke Sekolah Dengan Bas, Kenapa Kami Kena Naik Lori..

Share

Hari Merdeka lalu, MW ada berkongsi catatan perjalanan guru sekolah SK Lenjang, Kuala Lipis Pahang yang menghantar pelajarnya pulang ke rumah di Kampung Tungau. Kali ini guru muda ini, mendedahkan pula para pelajar yang terdiri dari kalangan anak orang asli yang tinggal jauh menggunakan perkhidmatan ‘bas’ yang sebenarnya lori.

Anak-anak muridnya tak panggil lori yang mengangkut mereka ke sekolah itu sebagai lori. Sebaliknya digelar mereka bas. Apa pun namanya, setiap seawal 6 pagi inilah kenderaan yang akan mereka naiki untuk ke sekolah.

Sekolah mereka jauh, lebih jauh dari Kampung Tungau yang 45 minit berjalan kaki untuk sampai ke sekolah. Namun, kongsi guru mereka, Ameer Firdaus inilah satu-satunya pilihan kenderaan yang mereka ada, yang paling praktikal untuk destinasi kampung anak-anak ini.

Ah.. sayu pula kisah anak-anak ini.

 

Dari mula perjalanan aku ke sini pukul 5.45 pagi, slow-slow membonceng motor di jalan merah berlubang-lubang. Aku sampai di “Kampung Sob” ni pukul 6.10pagi. Kat sini dah ada yang menunggu “bas”.
Acah-acah Reporter on duty.

Selamat Pulang Ke Rumah Sayang

Sebelum aku merakam footage perjalanan anak-anak aku balik ke Kampung Tungau tempoh hari, aku telah pun berkesempatan merakam footage anak-anak aku pergi ke sekolah menaiki “bas”.

Dan yang sebenarnya ini adalah gambar dari scenes-scenes video yang aku ambil. Sama juga dengan footage anak-anak murid aku yang balik ke Kampung Tungau tu (dah sebulan lebih kumpul footage macam ni).

Kembali pada cerita kita.

Jadi pada suatu hari tu, aku deal ngan pengawal keselamatan sekolah untuk follow aku meninjau anak-anak ni menaiki “bas” . Maka pada pukul 5.45 pagi tersebut, pergilah aku membonceng bersama-sama dia.

Sambil membonceng ni, meh aku ceritakan serba sedikit.

Selain dari berjalan kaki di denai-denai hati, semak samun dan hutan tebal tersebut, anak-anak yang lain di sini (yang lebih jauh) juga ada cara yang lain untuk datang ke sekolah iaitu dengan menaiki “bas”.

Iyaaa..bas…di mana “bas” ini berfungsi mengangkut murid-murid yang jauh (tak tinggal di asrama) / rumahnya di tepi jalan / rumahnya jaaauh di dalam semak sana dan dia berjalan dulu sehingga sampai di tepi jalan untuk tunggu “bas” tersebut.

Jadi, sebenarnya Kampung Tungau tempoh hari tu dekat je tau. Sebab kampung Tungau dan beberapa buah kampung lagi tu adalah kampung yang berada di sekitar SK Lenjang ni.

“Bas”

Aku menganggap itu bas. Walaupun ia sebenarnya lori. Jadi izinkan aku bahasakan lori tu sebagai “bas” dalam cerita ni.

 

Yeay! Sampai ke sekolah dah. Jom turun. Lepas ni nak beratur makan RMT. Masa ni pukul 6.40pagi. Aku pun balik ke kuartes, solat subuh, dan siap-siap nak ke sekolah.
Belajar elok-elok sayang

Dalam TV Kami Nampak Budak Sekolah Naik Bas

Cikgu, dalam TV kami nampak budak sekolah naik bas, kenapa kami kena naik lori?”

Dengan senyuman aku membalas, “Sebab… Jalan kat sini tak sesuai untuk bas lalu, awak tahu kan jalan kita teruk. Bas tak tahan lasak, lori tahan lasak dan susah nak rosak kan.”

Dan aku teruskan perbualan sambil menanam sifat supaya lebih bersyukur dengan adanya lori tu yang dapat membawa mereka pergi dan balik dari sekolah. Mungkin pertanyaan yang sebegitu sebagai luahan rasa mereka untuk merasa sama seperti kanak-kanak yang lain (sedih).

Mmmmm, mereka akan bangun pukul 5.30 pagi, siap-siap dan pergi tunggu “bas” mereka. Sebab bas akan mula bergerak ke stesen2 dari seawal 6.00 pagi lagi.

Mula bergerak mengambil murid di stesen pertama di Kampung Rakoh, dan seterusnya stesen berikutnya sehingga sampai di sekolah pada pukul +-6.45 pagi.

Hujan dan kemarau.

Yang berjalan di denai, semak samun, hutan tu untuk datang ke sekolah. Ataupun yang naik lori ni sekalipun, mereka still datang.

Kalau musim hujan, comot la diorang dengan baju yang basah-basah dan berselut. Kalau musim kemarau, berdebulah dekat pakaian dan beg diorang ni.

Kadang kalau musim hujan tu dioran diorang memang tinggalkan pakaian sekolah or kasut diorang. Sebab kalau bawa dalam beg pun tetap basah.

 

Aku dengan pengawal keselamatan membonceng motorsikal. Follow “bas” sampai ke sekolah.

Dan Aku faham, Aku Mula Faham Keadaan Tu

Apa yang aku nak adalah diorang datang ke sekolah. Di mana dia tahu yang dia tu perlu kenal sekolah, kawan-kawan baru di sekolah, ada cikgu di sekolah, dan cuba untuk belajar walaupun diorang ni jenis susah sangat dalam pelajaran.

Tapi cikgu akan cuba yang terbaik dan terima kasih sebab sudi belajar dengan cikgu.

Jadi dalam keadaan macam mereka ni, apa pula alasan kita yang bersenang lenang ni untuk tidak mahu ke sekolah.

Seawal 6 Pagi Anak-anak Ini Setia Menanti ‘Bas’ Sekolah Mereka, Yang Sebenarnya LORI

 

Awal pagi yang sangat sejuk. Yang paling kiri tu mak dia yang dah hidupkan unggun api supaya dapat menghangatkan anak-anak semasa menunggu “bas”. Tak de sweater tak de pape. Tapi dia sayang anak-anak dia dengan adanya. Aku nampak kasih sayang tu.

 

“bas” dah sampai.

 

Beratur nak menaiki “bas”.

 

Yang paling kanan tu nama dia Faizal. Tu lah driver “bas”. Kalau ada murid-murid kecil-kecil macam tahun 1 or tahun 2 tu dia akan angkatkan naik ke dalam “bas”.

 

“Bas” sedang bergerak pergi ke stesen berikutnya.

 

Di setesen berikutnya. Faizal (driver) sedang mengangkat murid tahun 2 masuk ke dalam “bas”.

 

Mak-mak yang menghantar anak menaiki “bas” setia menanti sehingga bas bergerak dan tidak kelihatan.
Baai amek (amek=mak)

 

Murid: Baai cikgu. Kami pulang dulu (dengan nada riang).
Aku: Baii.. Esok datang sekolah lagi tau (mata aku berkaca)
Selamat pulang ke rumah sayang.

 

Sumber/Foto : Ameer Firdaus

Published by
Netty Ah Hiyer