Setiap hari guru-guru berdepan dengan ragam murid yang pelbagai. Ada yang menggembirakan hati, tak kurang juga buat cikgu keletihan dan penat. Namun tanggungjawab cikgu galas dengan jiwa yang besar. Kerana cikgu ini mahu melihat murid-murid berjaya masa depannya.
Kejadian ‘terjumpa duit seringgit’ ini Cikgu Hussayn (Hussin Bin Ismail) abadikan dalam catatan indah untuk pelajarnya itu.
Alhamdulilllah.. ada juga ruang waktu saya menulis tentang kisah anak comel yang ossem ini. Rasa rugi kalau tidak berkongsi dan diabadikan dalam album Kisah Murid Ossem (KMO).
Berikut adalah situasi semasa saya mencari kelas relief di tingkat satu beberapa hari yg lepas. Semasa berjalan, tiba-tiba terserempak dengan anak-anak comel ini. Ada 3 orang semuanya cuma 2 orang yang mahu bergambar.
Murid : “Cikgu! nah ambil duit ni.”
Guru : “Alaa.. duit macam ni nak buat apa, bukan laku pun.”
Murid : “Kami jumpa dekat tangga tadi. Takpe cikgu ambil la.”
Guru : “Tak nak lah! Cikgu nak buat apa dengan duit macam tu.”
Murid : “Cikgu ambillah.. anggap je ini rezeki cikgu hari ini.”
Guru : “Hahaha.. (ketawa) mari sini pegang duit tu, cikgu nak ambil gambar awak.”
Murid : (tersenyum simpul)
Pandai pula anak-anak ini dengan spontan kata itu rezeki saya hari ini. Alahai sayang.. Korang betul-betul buat cikgu kejang perut. Sikit sangat rezeki cikgu yang korang jumpa ye.
Lain kali usahalah lebih sikit cari rezeki yang banyak untuk cikgu, baru cikgu bersemangat nak terima. Apapun terima kasih kerana sudi hiburkan hati cikgu dengan keletah dan senyuman manis kalian.
Sedar tak sedar setelah selama 10 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, kini saya dapat rasakan kemanisan sebenar menjadi seorang guru.
Melihat anak-anak ini ceria, hati terhibur. Mengetahui mereka bersedih, hati gelisah, Dapat membantu mereka, hati bahagia dan apabila melihat kejayaan mereka pula, hati pasti berbunga ceria.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini. Anugerahkan juga perasaan ini pada guru-guru lain yang belum merasainya agar mereka juga dapat merasakan nikmat dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik.
Terima kasih juga pada ibu ayah yang menghantar anak-anak yang menjadi penghibur hati kami guru-guru di sekolah. Tanpa murid siapalah guru. Tqvm & UiLove!
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
وَأَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللهِ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ، أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْناً، أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوْعًا وَ لَأَنْ أَمْشِيْ مَعَ أَخٍ فِي حَاجَةٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا المَسْجِدِ ، ( يَعْنِي مَسْجِدُ النَبَوِي ) شَهْرًا
“…Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia, dan pekerjaan yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan seorang muslim, atau menjauhkan kesusahan darinya, atau membayarkan hutangnya, atau menghilangkan laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’ktikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan…” (HR. Thabrani)
Sumber/Foto : Cikgu Hussayn