Cik Abang! Kahwin Ni Bukan Testing-testing, Suka-suka Ambil Selamba Lepas

Share

Susah gamaknya, nak bersabar dengan isteri sendiri. Lagi-lagi yang merasakan kahwin ni satu percubaan. Suka-suka nak nikah, bila dah tak suka kau cerai.

Sedih tau, baca realiti rumahtangga yang Bonda Nor kongsikan ni. Isteri-isteri muda yang diceraikan ini mengadu. Tanpa sebab, suami ‘melepaskan’ dirinya. Bukannya isteri itu tak reti jaga penampilan, malah cantik-cantik pula isteri tu.

Taulah kuasa talak tu di tangan suami, tapi jangan salah gunakan kelebihan yang tuhan beri tu.

Cik Abang! Kahwin Ni Bukan Testing-testing

Haih. Panas je hati baca mesej ni pagi tadi. Again and again. Bukan sekali dua saya jumpa wanita yang diceraikan tanpa tahu sebab musababnya.


Yang peliknya tu, lebih kurang sama je kes mereka. Baru je setahun dua kahwin dah jadi janda. Yang lebih peliknya, ramai wanita yang diceraikan ni cantik-cantik belaka. Dan setakat saya kenal, baik-baik pula adab dan agama mereka.

Tapi itulah, berderau darah bila mereka datang mengadu sudah diceraikan. Alasan yang diberi bekas suami – tidak serasi.

Betul! Bukan satu dua kes macam ni. Ramai! Itu yang saya pelik tu. Cerai tanpa sebab ni sejenis penyakit menular ke apa?

Allah.
Kahwin ni bukan testing-testing, cik abang! Suka hati kau je nak try, lepas tu boleh selamba je nak say goodbye.

 

Orang Kat Luar Punya Struggle Pertahankan Rumahtangga

Once kau dah setuju nak ambil sorang perempuan jadi isteri, kau kena tuluskan hati untuk terima dia seadanya. Yang baik pada dia, syukuri. Yang tak baik, bimbing. Ajar dia baik-baik. Itu memang tugas kau!

Takkan baru setahun dua kahwin dah mengaku kalah, lepas tu terus ambil jalan mudah.
Maaf. Kita tak serasi. Cukuplah sampai sini. Saya ceraikan awak talak satu.”

Eh, kau apa hal? Apa cerita ni? Ingat cerita nikah kahwin ni main-main?
Orang kat luar sana ada yang struggle giler kumpul duit nak kahwin. Kau dah dapat, tak tahu nak jaga. Sesuka hati je nak jadikan bini kau janda!

Orang kat luar sana struggle giler pertahankan rumahtangga walaupun teruji dengan jatuh cinta lagi, teruji dengan duit tak cukup, teruji dengan kerenah ipar duai dan segala macam mak nenek ujian, but still mereka menolak untuk bercerai.

Kau? Atas alasan tak jelas, boleh pula senang-senang jatuhkan talak!

Wahai Suami.. Belajarlah Jadi Matang

Allah.. sudahlah. Belajar jadi seorang yang matang. Jangan buat keputusan ketika sedang marah atau sedih. Rasa marah, rasa sedih hanya bersifat sementara. Perasaan tu yang patut berakhir. Bukan rumahtangga kau!

Hidup bukan semata-mata melayan emosi. Kita semua ada tanggungjawab yang perlu dilunasi. Teruji dengan perasaan itu ini, sabarkan diri dulu. Walau sesakit mana pun hati kita, jangan terburu-buru. Fikir dulu. Istikharah. Tanya Allah! Jangan ikutkan kau punya logik akal atau emosi saja!

Ingat! Bahagia itu bukan letaknya pada cinta semata-mata. Ia juga ada pada usaha untuk membuat orang lain bahagia.

Eh.. kau tak rasa bersalah ke buat orang yang sayang kau jadi janda? Kau tak rasa bodoh melayankan ego?

Move On.. Jangan Merayu Pada Yang Tak Mahu

Buat para wanita yang teruji diceraikan suami dengan cara yang tidak adil seperti ini, saya doakan moga beroleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Move on. Tak perlu dirayu pada yang tak mahu. Jangan terhegeh-hegeh macam perempuan tak laku. Kadang ada sesetengah lelaki ni makin dirayu, makin melangit egonya. Buang masa saja layan mereka!

Ayuh move on. Bina semula hidup. Tingkatkan kredibiliti dan harga diri sendiri. Fokus kerja. Cari duit. Sibukkan diri. Tabur bakti. Be somebody. Hah, masa tu nanti, entah-entah si dia yang tak tahu hargai itu pulak yang gigit jari. Lepas tu tetiba datang merayu-rayu nak kembali. Euwww..

Sumber/Foto : Bonda Nor, drama 30 Pesanan Suara

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer