CHILI OIL Asli China Wangi Beraroma, Kacau Minyak Panas Berperingkat 3 Kali! ‘Chili Oil’ atau minyak cili memang sedap jika kita tambah dalam bubur, sup ayam mahupun cicah untuk dumpling sebagai penambah rasa dalam makanan. Ada caranya untuk membuat ‘Chili Oil’ yang sedap. Lebih-lebih lagi resipi asli dari negara asalnya China.
Chili oil by cikju. Resepi asai dari poket Pocket Doraemon. Katanya resepi chili oil asli china. Tapi ada ubah sikit-sikit bahan. Sebab ada yang homemade punya bahan cikju buat sendiri.
Resepi ni cikju bahagi dua adunan. Sebab tak mahu banyak sangat.
60gram Cili serbuk babas
40 gram Chili kisar/flakes/ground (yang ni cikju buat sendiri sebab yang ready made selalu banyak sangat biji)
25gram Kacang goreng hancur (yang ni pun cikju buat sendiri)
20 gram bijan putih (ini cikju sangai dulu. Resepi asal tak pasti sangai ke tidak)
gula
garam
Minyak masak (yang ni cikju agak-agak. Dalam resepi 100gram untuk gaul dengan cili tapi cikju suka pandai-pandai ja )
300gram minyak masak (ini cikju main agak sebab tak perasan resepi asal ada bagitau)
setengah ikat daun ketumbar
4 ulasbawang putih
1 biji bawang merah
dua batang/jambak daun bawang
4 keping bay leaf/daun salam
3-4 kuntum bunga lawang
1. Dalam satu bekas. Campur cili serbuk, cili kisar, gula, garam.
2. Masukkan minyak masak dan kacau-kacau hingga sebati dan basah.
3. Masukkan bijan putih dan kacang goreng hancur.
4. Dalam kuali lain panaskan minyak. Campur bahan bahan minyak beraroma. Kacau sampai layu. Dah layu tapis bahan bahan dan amik minyak sahaja.
Ok siap!
Ok bai ! Selamat mencuba.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:CARA BETUL Buat Garlic Chili Oil, Barulah Tak Hangit & Tahan Lama!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Mudah Rice Paper Dumplings SEDAP, Kukus Atau Goreng Pun Boleh!
Artikel Menarik:PETUA Berkesan Lumur Tangan Dengan MINYAK, Terus Hilang Pijar Cili!
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat ‘Chili Oil’ wangi beraroma resipi asli dari China. Boleh cuba nanti. Sedap makan dengan dumpling, bubur, sup dan sebagainya.
Sumber:Ju Zue
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.