CHILI OIL Asli China Wangi Beraroma, Kacau Minyak Panas Berperingkat 3 Kali! ‘Chili Oil’ atau minyak cili memang sedap jika kita tambah dalam bubur, sup ayam mahupun cicah untuk dumpling sebagai penambah rasa dalam makanan. Ada caranya untuk membuat ‘Chili Oil’ yang sedap. Lebih-lebih lagi resipi asli dari negara asalnya China.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ju Zue ini sebagai panduan. Memang sedap, pekat, likat, pedas dan wangi beroma secukup rasa.
Chili oil by cikju. Resepi asai dari poket Pocket Doraemon. Katanya resepi chili oil asli china. Tapi ada ubah sikit-sikit bahan. Sebab ada yang homemade punya bahan cikju buat sendiri.
Resepi ni cikju bahagi dua adunan. Sebab tak mahu banyak sangat.
Bahan-Bahan (Cili):
60gram Cili serbuk babas
40 gram Chili kisar/flakes/ground (yang ni cikju buat sendiri sebab yang ready made selalu banyak sangat biji)
25gram Kacang goreng hancur (yang ni pun cikju buat sendiri)
20 gram bijan putih (ini cikju sangai dulu. Resepi asal tak pasti sangai ke tidak)
gula
garam
Minyak masak (yang ni cikju agak-agak. Dalam resepi 100gram untuk gaul dengan cili tapi cikju suka pandai-pandai ja )
Bahan Minyak Beraroma:
300gram minyak masak (ini cikju main agak sebab tak perasan resepi asal ada bagitau)
setengah ikat daun ketumbar
4 ulasbawang putih
1 biji bawang merah
dua batang/jambak daun bawang
4 keping bay leaf/daun salam
3-4 kuntum bunga lawang
Cara Membuat:
1. Dalam satu bekas. Campur cili serbuk, cili kisar, gula, garam.
Ads
2. Masukkan minyak masak dan kacau-kacau hingga sebati dan basah.
3. Masukkan bijan putih dan kacang goreng hancur.
4. Dalam kuali lain panaskan minyak. Campur bahan bahan minyak beraroma. Kacau sampai layu. Dah layu tapis bahan bahan dan amik minyak sahaja.
Ads
5. Campurkan 1-2 senduk minyak panas dalam bekas campuran cili tadi. Kacau kacau kacau. Kemudian campur lagi 1-2 senduk kali kedua. Dan kacau kacau kacau. Masukkan lagi baki minyak dan kacau kacau kacau sampai sebati. (Resepi asai suh kacau tiga kali. Dia suh ikut saja jadi kita pun ikut saja la)
Ok siap!
Minyak dalam chili oil cikju main agak je sebab first time buat. Dan tak perasan resepi asal ada bagitau jumlah minyak yang kena buh waktu nak masak tu.. Dah buat baru perasan. Jadi dalam resepi atas cikju letak jumlah betul dari resepi asal untuk memudahkan hampa buat.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat ‘Chili Oil’ wangi beraroma resipi asli dari China. Boleh cuba nanti. Sedap makan dengan dumpling, bubur, sup dan sebagainya.
Ikan talang masin masak asam antara sajian menu kampung yang menjadi kesukaan ramai. Ada masa-masanya kita teringin nak makan sajian yang ada rasa masam-masam, barulah terbuka selera.
Kalau buntu tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak sajian ini. Pasti makan berselera, nak-nak kalau anda sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Menu ikan talang masin masak asam ini cukup ringkas. Bahan pun tidak banyak selain tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.
RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland
2 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
2 biji tomato
½ mangkuk air asam jawa
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula
Lauk Kampung Sedap Macam Ni Tangguh Dulu Diet
CARA MEMBUAT:
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Penggemar hotteok boleh cuba resepi hotteok cheese pedas yang dikongsikan Julie Zaini ini. Apa itu hottek? Ia merupakan lempeng manis Korea.
Biasanya intinya kacang merah. Bagi memenuhi citarasa tempatan, olahan resepi cheese pedas ini boleh dinikmati keenakannya. Cara nak membuatnya juga mudah.
Kongsi Julie, “Malam tadi buat Hotteok (kalau sebutan dalam bahasa korea “Hottok” bukan Hot Te Ok) . Isi intinya kalau resepi asal boleh letak japche, kekacang campuran,inti kacang merah dan macam-macam lagi, ikutlah kreativiti anda.
Tapi Mibu letak filling cheesedale lepas tu derhaka masa masak tu sprinkle parlsey, cili flake dan all purpose spice sebab nak nampak luar tu macam lawa dan pedas-pedas sikit.
Lepas tu cicah dengan mustard ke,cili sos atau thousand island.
Campur semua ikut turutan bahan tau, gaul-gaul uli rata-rata kemudian perap sehingga kembang 2x ganda.
Ambil sedikit minyak sapu rata-rata pada tapak tangan untuk elak adunan melekat-melekat kat jari.
Adunan sedikit lembik masa nak canai/bahagi doh.
1 doh tu bahagi la kepada 8 atau 10 bahagian, bulat-bulatkan dan leper-leper isi inti (macam nak buat pau tu ler) Permukaan memang akan berminyak, taburkanlah parley, cili flake dan all purpose spice siap-siap.
Panaskan pan api kecil aje ye, letaklah Butter ( Mibu guna Garlic Spread Butter ) sikit lepas tu masaklah, leper-leperkan adunan supaya di leper macam roti bom tu.
Perghhhhh… Teh Beng Vanilla ini punya bau dan rasanya memang kena taste! Boleh ketagih sampai nak minum setiap hari. Lagi bagus, anda boleh jual sebab rasanya luar biasa. Haaa… kalau nak buat bisnes boleh jual dengan harga Rm3 gelas biasa. Tak cuba tak tahu tapi inilah resepi istimewa daripada Puan Rusmida Rusdi...
Bahan-bahan:
Teh lipton – 5 uncang
Perasa Vanilla – setengah penutup
Air masak – 4 cawan besar
Susu cair – Suku tin
Susu pekat – 6 sudu
Gula – 1 sudu
Perisa jagung – 1 sudu
Tambahan:
Halia untuk kurangkan angin dalam bodi
Beledor hitam ( Agar-agar )
Ais Krim vanilla
Cara buat:
– Panaskan air. Masukkan uncang teh.
– Biar sehingga warna bertukar pekat.
– Masukkan susu cair dengan susu manis.
– Kemudian masuk perisa vanila.
– Masukkan gula last.
– Biarkan mendidih.
– Kacau rata.
– Warna dan rasa puas hati tutup api.
Nota:
Mak-mak boleh buat bisnes kalau anda suka!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...