‘Chicken Perattal’ Bukan Kari, Masakan Ayam Stail India Selatan Sedap Pekat. Sesekali ingin cuba kelainan masakan ayam boleh resipi Ayam Perattal atau ‘Chicken Perattal’ ini. Kalau masak ‘Chicken Perattal’ ni, memang sedap, wangi semerbak baunya memang membuka selera.
Boleh cuba resipi ‘Chicken Perattal’ yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam ini.
Ni saya nak share resepi simple tapi sedap. Chicken perattal. Mana tau dapat idea nak masak untuk petang ni kan.
Chicken Perattal bukan kari ye, salah satu masakan ayam stail India Selatan.
Bahan-Bahan:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika suka @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili BABAS
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari
Cara Membuat:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kelapa. Kalau tak ada boleh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap untuk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.
Ads
3. Tambahkan juga daun kari dan juga bahan kisar tadi.
4. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.
5. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
6. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
7. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.
8. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
Ads
9. Saya tak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).
10. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.
11. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas-panas boleh, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat semua boleh.
Ads
Ada orang tanya serbuk cili brand apa sebab colour cantik.Serbuk cili tu saya guna brand babas ye.
Sedapnya terbayang daging bakar dicicah dengan sos pedas yang cukup padu. Perapan sempurna secukup rasa. Guna daging bahagian ‘harimau menangis’ ni memang paling lembut dan sedap. Ramai yang jual daging ni tapi agak mahal harganya. Lebih puas hati sebenarnya bila kita buat sendiri.
“Kali pertama masak Daging Harimau Menangis versi sendiri. Bahan sama je guna untuk daging dan sos pencicah. Sos tu padu okay..(puji diri sendiri)”
“Cuba la buat. Daging tu sis masak pakai pan je. Kalau nak bakar pun boleh. Jangan overcook daging tau.”
PERAP DAGING :
Daging lembu
Sos tiram
Gula kabung (nisey padi)Kalau takde boleh guna gula melaka @ gula pasir
Lada hitam
Bawang putih
Sedikit minyak masak
SOS PENCICAH:
Bawang putih
Bawang merah
Gula kabung (nisey padi)
Cili hijau+merah
Sos tiram
Nampla
Perahan limau nipis
Daun ketumbar
Daging masak jgn overcook tau nanti keras.
Masak medium je sedap
Info Ekstra!
Daging ‘Harimau Menangis’ (Sirloin)
Terdapat satu bahagian yang duduk berdekatan dengan Daging Batang Pinang. Bahagian yang terletak di celah peha atas lembu ini dipanggil Bottom Sirloin atau Daging Harimau Menangis. Ianya merupakan bahagian daging yang paling lembut sekali. Harganya agak mahal kerana permintaan yang tinggi.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Mudahnya Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman, Bawang Banyak Lagi Sedap
Kek Coklat Cheese Sedap Lembap Adunan Sikit, Guna Loyang Kecil 4 Inci. Ada masa memang kita teringin nak makan kek coklat cheese lembap macam ni. Nak buat banyak, takut tak habis, jadi kena buat sukatan yang sikit baru sesuai. Mudah habis.
Boleh cuba resipi kek Coklat Cheese yang dikongsikan oleh Puan Iedaa Jahaya ini sebagai panduan;
“Rasa nak makan sangat, buat la sikit loyang kecik 4 inci. Lembab & sedap.
Kek Coklat Cheese
Bahan-Bahan:
60g butter
70g coklat masakan
1bji telur
1sdk esen vanilla
1/2cawan gula
1/2cawan tepung kek
1sdb serbuk koko
Coklat cincang
Cara Membuat:
1.Cairkan butter dan coklat masakan dalam microwave pun blh atau nak double boiler pun boleh.Kacau hingga nampak berkilat..ketepikan dulu.
2.Mix telur, esen vanila dan gula hingga putih dan gebu dan tuang coklat cair tadi. Pukul sekejap sehingga sebati.
3. Kemudian ayak masukkan tepung kek dan serbuk koko. Mix sekejap bagi sebati. Kemudian asingkan 1/2 sudu besar untuk corak bahagian atas nanti.
4. Masuk coklat cincang sikit dalam adunan (tak nak letak pun boleh). Selebihnya kaup balik.
5.Oles loyang dengan sedikit minyak. Lapik baking paper dan tuang adunan dalam loyang..ketepikan dulu.
1. Mix semuanya hingga sebati dan tiada ketulan cheese yang tertinggal
2. Tuang atas adunan coklat tadi.
3. Pipe atau titis adunan cokket atas lapisan cheese. Guna lidi untuk corakkan atas kek.
4. Kemudian guna oven suhu 170 dan bakar hingga masak.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat kek coklat cheese ikut untuk adunan sikit. Mudah sangat! Bila teringin nak makan boleh buat, tak perlu risau tak habis makan.
Bagi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Sos Pencicah sedap, rasa dan rupanya sebiji macam beli dekat kedai boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nu Ha ini.
Sos pencicah ni memang sesuai dinikmati dengan keropok ikan, keropok lekor, celup tepung, cucur udang, cekodok bilis dan sebagainya. Memang puas hati hasilnya dan lebih jimat bila buat sendiri.Malah terjamin kebersihan serta paling penting tanpa bahan pengawet.
Resepi Sos Pencicah
Bahan-Bahan:
3 sudu besar cili kering kisar
1cawan air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula pasir
1 keping nise kerek
Garam
1/4 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil tepung jagung/ubi
*jika suka pencicah lebih gelap warnanya, gantikan gula pasir dengan 1sudu besar gula merah.
Cara Membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk kecuali tepung jagung. Bancuh sebati.
2.Buka api sederhana. Kacau sampai mendidih.
3.Masukkan bancuhan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai likat. Tutup api.
Rupa sos dan rasanya sebijik macam beli yang dijual dah. Boleh cuba jual juga. Selamat mencuba ye.
Mingguan Wanita: Boleh cuba buat sendiri sos pencicah ni dekat rumah. Sesuai cicah dengan keropok, keropok lekor, celup tepung, cucur udang dan macam-macam lagi lah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...