Nak beli Chicken Nugget macam yang dah siap bukan elok sangat, lebih selamat kalau buat sendiri. Nak makan banyak pun tak kisah sebab buat sendiri.
Resepi daripada Puan Nurul Natasya Abidin ini tak renyah sangat sebab sekali buat boleh simpan peti. Nanti nak goreng balut je dengan telur dan tepung. Terus boleh ngap!
Ayam bahagian dada – blend
Daun sup – cincang halus
Carrot – cincang halus
Tepung ubi – 2 sudu
Tepung gandum – 5 sudu
Garam
Lada sulah
Rebus / kukus semua bahan. Bekukan.
Bila nak goreng gaul dengan telur dan salut ( tepung gandum + tepung jagung )