
Isi Kandungan
ToggleNak beli Chicken Nugget macam yang dah siap bukan elok sangat, lebih selamat kalau buat sendiri. Nak makan banyak pun tak kisah sebab buat sendiri.
Resepi daripada Puan Nurul Natasya Abidin ini tak renyah sangat sebab sekali buat boleh simpan peti. Nanti nak goreng balut je dengan telur dan tepung. Terus boleh ngap!
Bahan-bahan Buat Chicken Nugget
Ayam bahagian dada – blend
Daun sup – cincang halus
Carrot – cincang halus
Tepung ubi – 2 sudu
Tepung gandum – 5 sudu
Garam
Lada sulah
Cara buat:
Rebus / kukus semua bahan. Bekukan.

Bila nak goreng gaul dengan telur dan salut ( tepung gandum + tepung jagung )
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah & Sedap, Pau Goreng Comel Sos Carbonara Lemak Berkrim!

Isi Kandungan
ToggleBila memikirkan menu minum petang untuk anak-anak dan keluarga, adakalanya naik buntu dibuatnya.Jika selalu kita buat pau goreng berintikan sambal ikan bilis, namun sebenarnya kita boleh pelbagaikan dengan golek doh atas serbuk roti dan letak sos carbonara yang lemak berkrim. Sesuai sangat buat untuk anak-anak, malah kalau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Che Fyqah ini.
Masak apa harini? Itu lah kehidupan seoarang isteri dan ibu. Walaupun bertitle ibu tiri.. tapi tak pernah nak membahagi kasih sayang di antara anak tiri dan kandung. Sentiasa fikirkan untuk kenyangkan perut suami dan anak-anak. Semoga Allah memberi balasan yang baik buat kita.
Ni resepi dia abang kakak adik.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Selepas itu, satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
2.Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu-gitu je. Bila dah rata sikit, letak marjerin.
3.Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.
4.Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat-bulatkan.
5.Kemudian celup dalam telur dan golek-golek dalam serbuk roti.
6.Selepas itu, perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan.
Siap.
Inti dia pakai Sos Carbonara saje. Tumis bawang holand dan bawang putih, cincang sosej dan tumis dengan lada hitam. Campur kiub ayam sikit, letak air sikit. Agak-agak dah pekat baru tutup api. Nak letak inti apa-apa pun boleh.
Beli Sos Carbonara murah Di Sini :https://invol.co/cl5r3h4
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini :
Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Garing Di Luar Gebu Di Dalam!
Lebihan Sambal Bilis Nasi Lemak Boleh Buat Pau Goreng, Gerenti Sedap & Boleh Disejukbeku

Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini
Mingguan Wanita : Menarik resipi Pau Goreng Comel dengan Sos Carbonara yang Lemak Berkrim ini. Boleh cuba buat nanti, anak-anak mesti suka.
Sumber: Che Fyqah
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT WANITA : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Punyalah Jimat Masa Masak Guna Pressure Cooker, Ini Yang Mak-Mak Perlu Tahu Cara Guna Yang Betul

Isi Kandungan
TogglePressure Cooker atau Periuk Tekanan antara peralatan memasak di dapur yang menjadi idaman kebanyakan mak-mak. Manakan tidak penggunaan periuk ini cukup memudahkan urusan memasak pelbagai jenis masakan untuk hidangan anak-anak dan keluarga tersayang.
Antara Kelebihannya:
Jimat Masa
Punyalah banyak masa mak-mak yang dapat dijimatkan dengan menggunakan periuk ini kerana ia mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, jika selama ini merebus daging sehingga empuk di periuk biasa, memerlukan masa 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Namun jika pertama kali menggunakan periuk tekanan ini, mak-mak perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. Ini kerana tekanan udara dan wap panas daripada periuk boleh mengundang bahaya dan akibatkan kecederaan pada diri jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.
Jenis & Harga:
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker) yang mak-mak perlu ambil tahu:
1.Bagi menggunaan periuk tekanan elektrik, perlu baca manual penggunaan kerana kebanyakan model datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan.
2.Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
3.Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
4.Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5.Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan.
6.Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!

7.Jika daging masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Peringatan Penting!
Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Penggunaan periuk ini ketika memasak memang cukup mudah jika tahu cara betul menggunakannya.Namun, sentiasalah beritahu kepada anak-anak dan keluarga tentang cara betul penggunaan periuk tekanan ini. Pantaulah cara mereka menggunakannya, apatah lagi jika tak biasa menggunakan periuk ini kerana ia boleh mengundang bahaya dan mendatangkan kecederaan pada diri.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Baca Juga disini: Dugaan Sebulan Sebelum Kahwin, Wajah Wanita Ini Melecur Akibat Pressure Cooker Meletup
Sumber: Wikicara
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Masa, Boleh Cuba Teknik Masak & Simpan Lauk Frozen Ini, Tahan Sampai 3 Bulan!

Isi Kandungan
ToggleTiada masak nak masak hari-hari? Ada suri yang bekerja dari jam 8 pagi sampai 6 petang. Di rumah ada anak-anak, suami malah mak ayah yang berusia perlu dimasakkan setiap hari. Terkejar-kejar masa nak sediakan juadah makan malam.
Belum campur emosi penat dan masa yang terhad nak beli bahan basah. Ini perkongsian daripada Cik Puan S Kamalinda Lynn, cara nak menjimatkan masa memasak. Dengan cara menyiapkan terlebih dahulu lauk-pauk dan difrozenkan.
Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!
Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengah hari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nah, kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.
Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pula senaraikan lauk untuk saya siapkan (I ok jer)
Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni.. haih!
Kelebihannya
* Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu ‘bersilat’ kat dapur hari-hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.
* Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.
* Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.
~ayam black pepper~kari tongkol~lemak cili api ayam~lemak cili api telur~pindang selar~asam pedas jenahak~paprik ayam~sambal sotong~ sambal telur rebus~masak kicap ayam~tomyam seafood sayur~taucu lemak jenahak~
Panduan Penyediaan & Memanaskan Lauk-pauk Frozen
Saya hanya sediakan seperti masak biasa sahaja. Tetapi saya cuma masak serentak sekali pelbagai jenis
1. Rancang menu untuk dimasak
2. Beli bahan masakan mengikut kesesuaian menu
3. Oleh kerana masakan Melayu menggunakan bahan asas yang lebih kurang sama maka, lebih memudahkan proses masakan tersebut. Contoh bahan asas tumis ialah bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup. Maka, penyediaan ini boleh dilakukan serentak.
4. Masak juadah seperti biasa namun penggunaan sayur adalah terbatas. Saya hanya guna sayur lobak merah dan bunga kobis sahaja itupun masukkan di waktu hampir siap supaya nanti bila proses reheat tak lembik sangat.
Lauk pauk boleh masak macam biasa, kecuali sayur half cooked.

5. Simpan dalam bekas yang sesuai, lebih baik letakkan label supaya tahu jenis masakan apa untuk setiap bekas. Dah beku nanti memang tak boleh cam. Letak tarikh juga.
6. Cara panaskan saya memang suruh ibu panaskan atas api atau kukus sahaja. Keluarkan dari bekas plastik dan panaskan dalam kuali atau bekas pengukus.
7. 1 bekas, 1 lauk memang makan untuk sekali makan sahaja. Jadi portionnya memang kecil. Untuk lauk tengah hari, 2 orang makan sahaja.
Nota
Simpan Di peti beku (freezer). Maksimum boleh tahan sampai 3 bulan, Tapi biasanya saya 1-2 minggu dah habis.
Baca Sini : 7 Jenis Idea Pes Homemade Jimatkan Masa Suri
Sumber/Foto: S Kamalinda Lynn (MAHN) via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI