Memang ada benarnya bagi peminat ‘Chicken Floss’ atau serunding ayam jika beli siap di kedai bakeri harganya boleh mencecah RM40 sekilo. Lebih jimat dan puas hati jika mak-mak dapat buat sendiri. Terjamin halal dan bersih.
Chicken Floss kalau beli siap di kedai bakery 1kg saja dah nak RM40. Buat sendiri puas hati dapat banyak dah tentu terjamin kebersihannya.
2 ketul isi dada ayam
5 tangkai cili kering
5 biji cili padi
10 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar gula
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk jintan
100 ml santan
1. Rebus isi ayam sejukkan dan carik-carikkan.
2. Kisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam) dan masukkan semua sekali ke dalam bread maker tetap kan pada menu serunding/bakar.
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!
Mesti Baca:Resipi Mudah SERUNDING PETAI Sedap, Masak Sampai Kering!
Baca Lagi Di Sini:SERUNDING HALIA Sumpah Sedap, Buat Makan Kudap-Kudapan Rasa Garing Pedas Menyengat!
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat ‘chicken floss’ atau serunding ayam sendiri di rumah. Memang lebih jimat malah terjamin halal dan kebersihannya. Boleh cuba nanti.
Sumber: Raja Azura
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.