Chef Pastri Kongsi Resipi ‘Salted Peach Donut’, Makan Panas-Panas Terasa Lemak Masin Butter Cair!

Share

Akhir-akhir ni memang menjadi sebutan ramai buah peach seakan bentuk donut. Rasanya lebih manis dan ‘juicy’ berbanding buah peach biasa serta lebih tinggi nutrisi.

Namun demikian atas kreativiti, Chef Che Azawimie Che Zahari berjaya mengolah resipi donut yang sedap menjadi seakan buah peach pula. Memang sedap, terasa lemak masin butter cair dan manis gula apabila dinikmati panas-panas.

Berikut perkongsian resipi ‘Salted Peach Donut’ oleh Chef Pastri Che Azawimie Che Zahari sebagai rujukan mak-mak yang ingin cuba sendiri di rumah.

Sana sini viral pasal buah donut peach kan. Rege pun boleh tahan tapi sempat la saya merasa 3 kali beli.

Disebabkan ramai yang cakap mahai, tak mampu beli, so saya buat la satu resepi yang semua orang suka. Tipu la kalau cakap tak suka kan. Kejap je licin.. Terasa lemak-lemak masin + manis-manis gula.

SALTED PEACH DOUGHNUTS

Bahan-Bahan:

1Kg Tepung Gandum
700ML Susu UHT
2 Sudu Besar Shortening
1 Biji Telur
1 Sudu Besar Gula Kastor
2 Sudu Besar Yis
1/2 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Besar Pes Perisa Tebu
1 Sudu Kecil Pewarna Kuning Telur
1 Sudu Kecil Prd Red Velvet
1 Blok Salted Butter (Potong kecil-kecil untuk buat inti)
*Susu Susu Tepung
*Gula Kastor

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali butter.

2. Selepas semua di uli, akhir sekali masukkan pewarna red velvet.

3. Rehatkan doh.
4. Timbang doh 30gm. Bulat-bulatkan dan masukkan salted butter sebagai inti.

5. Rehatkan doh. Kemudian tekap untuk nampak bentuk buah peach.

6. Tekan doh dengan hujung jari, rehatkan doh supaya kembang.

7. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.

8. Toskan. Tunggu sehinga suam dan gaulkan ke dalam gula tadi.

  • Sedia dimakan. Jika adunan lembik, cuma tambah tepung dan uli lagi.
  • Nak makan kena makan panas-panas tau, baru terasa lemak-lemak masin butter yang cair tu.

Semoga Bermanfaat!
Selamat Mencuba.

Mesti Baca: DONUT PEACH Lebih Wangi, Manis, Juicy & Rendah ‘Acidity’ Berbanding Peach Biasa!
Baca Lagi Di Sini:15 Minit Selepas Makan Donut Peach Viral, Wanita Hampir Hilang Nyawa Dikejarkan Ke Unit Kecemasan!

Mingguan Wanita: Sungguh kreatif sungguh buat donut, nampak macam buah peach sebenar. Boleh cuba resipi ni, terasa lemak masin menteganya.

Sumber: Che Azawimie Che Zahari

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab