Chef Ini Kongsi Petua Basuh, Potong & Lembutkan Daging Dengan Cepat, Kena Ikut Cara Ini!

Share

Daging antara rencah yang paling selalu digunakan dalam masakan.Macam-macam menu boleh dibuat dengan daging,seperti rendang, kari, stew,daging bakar dan sebagainya.Namun begitu, jika salah cara cucian dan potongan daging tersebut, ia boleh menyebabkan daging kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk.Sekaligus boleh mempengaruhi rasa masakan.

Sebenarnya, ada petua dan cara mudah untuk mak-mak mencuci dan potong daging bagi mengilangkan bau hamis serta membuatkan daging tersebut lembut dengan lebih cepat.Ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh Chef Khairul Hakimin Muhammad

ni.

Bahan-Bahan:

Tepung Gandum
Asam Keping
Penapis
Besen

Cara Membuat:

1.Dah siap potong daging,letakkan dalam besen dan letakkan tepung gandum. Biasanya anggaran dalam 2kg daging bersamaan 1 senduk tepung.

2.Kemudian,masukkan air sampai penuh dan gaul-gaulkan ia. Kemudian, masukkan asam keping dalam 3-5 keping. Biarkan dalam 15-20 minit.

3.Sesudah itu, tuang semuanya dalam penapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.

4.Akhir sekali, dah siap bilas, toskan. Siap!

Selamat Mencuba!

Info Ekstra!

1.Selain daging, cuci ayam pun boleh menggunakan cara ini, bagi mengelakkan bau hanyir dan mudah menghilangkan lendir-lendir yang melekat pada ayam.

2. Potong daging dengan cara berlawanan dengan urat. Bukannya potong ikut urat. Silap potong akan bawa padah, memang liat ya ampun.

3. Basuh daging dengan bersih. Eloknya guna tepung gandum, asam limau atau asam keping. Bilas dengan betul-betul bersih. Mana yang tak basuh dengan betul biasanya daging juga susah nak empuk.

4. Apabila memasak daging, elakkan letak bahan asam atau masin terlalu awal, ia akan melambatkan daging empuk. Jadi lewatkan masuk asam jawa dan garam.

5. Petua nak lembutkan daging dengan cepat, pertamanya guna periuk tekanan. Haha. Kedua, perap dengan nanas atau betik yang dikisar selama lebih kurang 30 minit. Atau ketiga, rebus sampai pengsan.

6. Enjoylah memasak. Kalau semua nak cepat, susah. Kalau benar nak masak terus empuk, eloklah kau rebus banyak-banyak, kemudian kau frozenkan. Apabila dah nak masak, baru kau keluarkan.

Begitulah. Aku tak ada petua nak letak sudu, sudip, semua. Kami geng orang kampung dan enjoy selalu lama-lama di dapur. Yang penting makanan kami masak dengan baik, sedap dan disukai ramai.

Cewah.

Selamat Mencuba!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Published by
Suhaidah Abd Wahab