Berita

Chef Anis Nabilah Sifatkan Kenyataan Pemenang Masterchef Indonesia Tidak Beradab “Saya Dibesarkan Dengan Makan Nasi Kandar”

Share

Chef Anis Nabilah sifatkan kenyataan pemenang Masterchef Indonesia tidak beradab dan tidak profesional. Isu Nasi Kandar negara ini seperti berpasir dan tidak asli sememangnya memang tidak dapat diterima.

Sewaktu ditemui ketika majlis pembukaan cawangan baru illy Cafe di NU Sentral, pemilik nama sebenar Anis Nabilah Umaruddin atau lebih popular dengan panggilan Chef Anis menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemenang Masterchef Indonesia yang mendakwa rasa Nasi Kandar negara ini seperti berpasir dan tidak asli adalah tidak beradab serta tidak profesional.

Chef Anis Nabilah Sifatkan Kenyataan Pemenang Masterchef Indonesia Tidak Beradab

Anis yang menceburi dunia masakan sejak usianya 21 tahun dan sudah pergi ke serata dunia tidak pernah menghina makanan.

“Tidak dinafikan dia pandai memasak. Pada saya, rasa ini sangat subjektif. Saya sudah pergi serata dunia dan mencuba pelbagai jenis makanan termasuk menu pelik.

“Sekali pun saya tak pernah menghina makanan sama ada di hadapan atau belakang orang. Apatah lagi ketika ingin memberikan komen di televisyen atau media sosial.

“Kita kena hormat terutama sekali makanan tradisional negara lain. Sebagai manusia yang ada adab, kita tidak akan berkata buruk tentang tradisi orang lain. Mungkin dia kurang adab. Jadi, tak perlulah kita beri perhatian,” kongsi Anis.

Terkejut! Anis Dibesarkan Makan Nasi Kandar

Tegas Anis lagi, orang ramai janganlah memberikan perhatian pada individu tersebut.

“Keluarga ibu saya berasal dari Pulau Pinang. Jadi, saya memang dibesarkan dengan makan nasi kandar. Saya nampak ramai yang marah bila berita tersebut tersebar. Saya juga terkejut.

“Pada saya, ia tidak sopan. Namun, lebih baik kita tidak berikan perhatian. Bila ramai yang kongsi dan berikan komen, lebih banyak kuasa yang kita berikan kepada individu tersebut,” sambung Anis yang menceburkan diri dalam dunia masakan sejak usianya 21 tahun.

Tak Pernah Lihat Chef Terkemuka Dunia Beri Komen Jelik

Pada masa yang sama Anis juga tidak pernah melihat chef-chef terkemuka dunia memberikan komen-komen jelik terhadap makanan tradisi sesebuah negara.

“Saya tak tahu kenapa dia buat kenyataan tersebut.

“Sebagai seorang profesional, kita tidak akan keluarkan kenyataan seperti itu.

“Malah, chef terhebat dunia pun tidak akan bercakap sebegitu.

Kalau tak sedap, mereka akan kata makanan tersebut mungkin tidak sesuai dengan tekak.

“Mungkin pemilihan kata-katanya agak teruk atau mungkin dia tidak profesional,” akhiri Anis.

Baca Disini : Chef Anis Nabilah ‘Anak Emas’ Dalam Keluarga

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

IKLAN