
Isi Kandungan
ToggleRupanya senang nak buat cheese cake yang sedap dan gebu boleh guna empat bahan je. Kalau mak-mak nak buat untuk minum petang, ada potluck atau hari istimewa macam hari jadi anak pun sesuai sangat buat kek ini. Paling penting ia tak rasa hanyir dengan bau telur.
Boleh cuba perkongsian resipi cheese cake gebu dan senang nak buat di daripada Puan Nurul Athira sebagai rujukan;
“Cheesecake done. 4 bahan je confirm jadi. Bolehh try awak-awak. Yang pasti tidak hanyir telur.”
Bahan-Bahan:
250g cream cheese
250g susu pekat
5 biji Telur
1/2 cawan Tepung gandum
Cara Membuat:
1.Asingkan putih telur dan kuning.
2.Mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh).
3.Bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat sampai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul sampai sebati.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan kaup balik sampai sebati.
5. Satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula.
6. Lapikkan baking paper dalam tray. Masukkan adunan dan bakar selama 30minutes api atas bawah 180c. Mengikut oven masing-masing.

Taraaa siappp. Mudahh jer kalau ikut step by step.
Selamat Mencuba!
Posted by Nurul Athira on Thursday, August 29, 2019
MW: Mudah sangat nak buat cheese cake ikut resipi yang dikongsikan ini. Hanya guna empat bahan je. Mak-mak yang suka cheese cake boleh cuba buat sendiri di rumah. Anak-anak pun mesti suka.
Sumber:Nurul Athira
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Ayam Masak Merah Ala Mak-Mak, Favorite Anak Sampai Makan Bertambah

Isi Kandungan
ToggleRasanya semua anak memang suka dengan ayam masak merah atau setengahnya panggil masak sambal. Kalau boleh mahunya mak-mak masak setiap hari semata-mata melihat seleranya anak makan hidangan itu.
Memasak pun tidaklah renyeh mana pun. Cuma yang tak bestnya, mak-mak pula naik jemu memikirkan hidangan itu yang kena dimasak tiap-tiap hari demi memenuhi selera anak-anak.
Boleh saja nak pelbagaikan ayam masak merah ini. Bukan hanya dimakan dengan nasi putih tetapi dipelbagaikan seperti nasi minyak, nasi tomato atau kesesuaian nasi lain. Mak-mak jimat masa, tak perlu lak yang banyak pu. Itu pun dah cukup menyelerakan.
Baiklah, perkongsian daripada Tg Khuzanika cukup menarik dengan memberi resipi ayam masak yang simple, digandingkan pula dengan nasi tomato. Mahunya bertambah-tambah anak makan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Sambal Nasi Kerabu Sedap Dan Tahan Lama, Rupanya Inilah Rahsia Penjual
Ayam Goreng Favorite Anak-Anak, Resipi Anggaran 1 Ekor
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi Mudah Ayam Masak Merah
“Ini adalah lauk kegemaran anak-anak saya. Masakan yang ringkas sahaja dengan nasi tomato”.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
(ayam di gaul dengan garam kunyit dan goreng separuh masak dengan api yang kuat sedikit supaya bahagian luar ayam kelihatan garing.)
10 biji cili merah
cili kering secukupnya
4 biji buah tomato
4 biji bawang besar merah ( yang besar ye)
8 ulas bawang putih
½ cawan sos cili
½ cawan sos tiram
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa
Cara Membuat:
1. Kisar bawang besar dengan bawang putih. Asingkan.
2. Selepas itu, kisar bahan yang lain.
3. Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak sedikit barulah sambalnya nampak cantik.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi.
5. Kemudian, tumis bawang dahulu sehingga naik wangi atau kering airnya.
6. Masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Kacau sebati.
7. Masukkan garam dan asam jawa secukupnya.
8. Masak sehingga naik minyak, barulah masukkan gula.
9. Biar seketika dan kacau lagi.
10. Barulah masukkan sos cili dan sos tiram.
11. Masukkan ayam yang digoreng tadi dengan sedikit air lagi.
12. Kacau dengan api yang perlahan dan biarkan mereneh supaya rempah-remaph dapat meresap ke dalam ayam goreng tadi.
13. Siap.
Sumber: Tg Khuzanika
PETUA
Beberapa petua yang boleh digna pakai sebelum memasak ayam masak merah.
a) Kunyit hidup vs kunyit serbuk
Boleh memilih untuk menggunakan kunyit hidup atau kunyit serbuk. Gunakan sekurang-kurangnya 2 inci atau lebih kunyit hidup yang boleh ditumbuk atau dikisar sehingga menjadi pes. Sebagai tambahan, tambahkan 1/2 sudu besar air ke dalam pes. Kemudian, campurkan ayam bersama pes kunyit dan garam.

b) Tomato puree atau tomato segar
Ia digunakan untuk memberi warna dan kemanisan pada kuah. Boleh gunakan ½ tin tomato puree atau tomato segar.
c) Ayam masak merah tidak pedas
Sekiranya anda tidak mahu kuah yang pedas, jangan guna cili kering dalam masakan anda.
Lain-lain: Pastikan pes cili, halia dan bawang ditumis dengan sempurna sehingga naik bau atau pecah minyak. Sekiranya langkah ini tidak diikuti, pes tidak akan memberi rasa yang terbaik dan ada sedikit rasa yang mentah.
MW: Resipi paling mudah dan simple untuk anak-anak.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Berbuka Sederhana Namun Penuh Nikmat, Nasi Lemak Terangkat Ayam Goreng Melekat

Menu berbuka sederhana namun penuh nikmat. Mak-mak untuk Ramadan hari kesembilan jom masakNasi Lemak Terangkat Ayam Goreng Melakat.
Sedapnya kalau dapat makan Nasi Lemak dengan Sambal dan Ayam Goreng Rangup panas-panas terasa kesegarannya. Sudah pasti ahli keluarga tak sabar nak menjamah menu istimewa buka puasa petang ini.
Menu Berbuka Sederhana
Memang puas lebih-lebih lagi kalau mak-mak yang masak sendiri. Apatah lagi dengan resipi nasi lemak menarik dan sambal luar biasa yang disediakan. Menu berbuka hari ini sederhana namun penuh nikmat! Selamat mencuba ya mak-mak.
Bahan-Bahan Ayam :
½ ekor ayam
1 biji telur
1 mangkuk kecil tepung ayam goreng Bestari
Bahan-Bahan Nasi Lemak :
3 cawan beras beras
1 kotak santan
4 helai daun pandan
Sedikit halia
3 cawan air
Bahan-Bahan Sambal :
Cili kering
Sedikit belacan
Bawang merah
1 genggam ikan bilis
4 sudu cili sos
2 sudu sos tiram
Bahan-Bahan:
2 genggam ikan bilis (digoreng garing)
1 mangkuk kacang tanah (digoreng)
5 biji telur (direbus)
Cara Memasak Ayam Goreng:
1.Gaulkan ayam bersama telur dan tepung ayam goreng Bestari
- Kemudian celupkan ayam tadi ke dalam tepung ayam goreng Bestari.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Cara Memasak Nasi Lemak :
1.Basuh beras hingga bersih.
2.Letakkan halia dan santan serta daun pandan.
3.Masukkan air dan kacau.
4.Kemudian masak nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik.
Cara Memasak Sambal :
1.Panaskan minyak dan tumis cili yang telah dikisar bersama bawang merah, ikan bilis dan belacan.

2.Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram kemudian garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Sebatikan.
3.Masak sambal guna api kecil hingga sambal likat kemudian masukkan ikan bilis yang sudah digoreng.
- Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
- Hidangkan nasi lemak bersama ayam goreng, telur rebus, ikan bilis dan juga kacang goreng.
Baca Disini : Sambal Berkilat Naik Selera! Ayam Malu-Malu Masak Merah Kegemaran Seisi Keluarga
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Spageti Buttermilk Chicken Popcorn’ Jamuan Sekolah Anak, Menu Senang 1 Jam Siap!

Isi Kandungan
ToggleMudah je nak buat Spageti Buttermilk Chicken Popcorn untuk jamuan sekolah anak. Malah senang sangat 1 jam mak-mak dah boleh siapkan. Sesuai sangat menu ni untuk jamuan anak-anak, kita boleh ‘adjust’ kepedasan ikut selera anak-anak.
Boleh cuba resipi Spageti buttermilk chicken popcorn mudah seperti yang dikongsikan oleh Hurun’Iin Malik ini.
Sekolah kebangsaan dah setel, kena pikir menu jamuan sekolah agama pula kan. Nah ain buat menu ni senang siap dalam 1 jam je. 6 pagi start masak, pukul 7 dah siap-siap pack, anak dah boleh bawa ke sekolah. Alhamdulillah.
Spageti buttermilk chicken popcorn
Bahan-Bahan:
1 paket spageti Angel Hair
1 tin susu cair
10 ulas bawang putih
Cili padi (ikut kepedasan)
2-3 tangkai Daun kari
5 sudu besar butter
6 sudu besar tepung gandum
Air masak
Popcorn chicken (goreng guna airfryer)
Cara Membuat:
1.Rebus spageti hingga lembut.(Ain suka guna jenis angelhair sebab lebih halus dan senang nak makan).
2.Sementara tu biar je popcorn chicken dalam airfryer, masak sampai garing. (Ain guna brand saudi gold).
3.Tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga wangi.
4.Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
4.Masukkan 1 tin susu cair.
5.Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
6.Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi then baru taburkan chicken popcorn di atas supaya tak lembik.
7.Akhir sekali tutup bekas kemas-kemas dah siap untuk dibawa ke sekolah.
Info Ekstra!
Mesti Baca:Strawberry Peanut Butter Sandwich, Menu Paling Laris Masa Potluck Sekolah Anak!

Artikel Menarik:Sos Spaghetti Frozen Standby Untuk Ramadan, Tahan 6 Bulan Tinggal Tumis Daging Cincang!
Baca Lagi Di Sini:Ikut Resipi Ni Dapat Buat World Class PASTA CARBONARA Dekat Rumah!
Mingguan Wanita:Bagi mak-mak yang tiada ada nak sediakan apa untuk jamuan anak atau ‘potluck’ dekat ofis ke, boleh cuba menu yang dikongsikan ini. Memang mudah, senang 1 jam siap!
Sumber: Hurun’Iin Malik
Tak perlu malu bergelar janda.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Macam ni nak masak Spageti Aglio Olio.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI