Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tidak bersetuju apabila golongan isteri hanya menyalahkan orang ketiga sekiranya berlaku kecurangan dalam rumah tangga mereka. Che Ta berpendapat bahawa golongan suami juga perlu dipersalahkan dalam perkara itu kerana sama-sama ‘naik kepala’.
Che Ta juga mengakui bahawa dia tidak suka apabila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pula hanya salahkan perempuan itu. Katanya dalam hal tersebut, kedua-duanya salah.
“Suami mereka tidaklah baik sangat tetapi kenapa perlu terlalu marah kepada wanita tersebut?” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya suaminya, Zain Saidin terbabit dalam isu tersebut.
“Suami yang gatal sebab jika kedua-duanya tidak sama naik, hubungan tersebut tidak akan menjadi.
Sementara itu, bintang drama Suri Katriana itu tidak bersetuju dengan tindakan kaum isteri yang suka berkongsi kemelut rumah tangga dalam media sosial.
Baginya, perkara tersebut diibaratkan membuka pekung di dada sendiri terutama perihal rumah tangga.
“Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri.
Tidak menghala isu ini kepada mana-mana pihak, dia cuma berharap mana-mana individu berfikir panjang sebelum meluahkan sebarang hal sensitif dalam media sosial kerana bimbang mencetuskan hal lain.
“Sebagai isteri, berdosa buka aib suami kepada umum, jika marah atau hendak berpisah, terus ke pejabat agama.
“Boleh jika nak lepaskan rasa marah, tulis semua dalam media sosial kemudian padam.
“Jika luahkan dan tuju kepada seseorang, belum tentu dia baca. Tanpa sedar, luahan yang dilakukan timbulkan fitnah kepada orang lain pula.
“Kalau marah suami, kenapa hendak beri 50 juta orang tengok, marahlah dia terus,” ujarnya lagi.
Sumber: Kosmo Online via Pesona Pengantin Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan Instagram Zain Saidin
Baca artikel berkaitan: Che Ta Risau 5.2 Juta Pengikut Mungkin Hilang, Bingung Akaun IG Digantung Kerana Melakukan Aktiviti Agresif
Che Ta Boleh Tidak Bersolek, Nafi Hanya Terima Watak ‘Control’ Cantik