Che Ta risau 5.2 juta pengikut mungkin hilang, Che Ta bingung akaun IG digantung kerana melakukan aktiviti agresif.
Bukan mudah mengumpul jumlah pengikut yang besar tetapi artis popular yang kekal cantik di usianya, Rozita Che Wan bingung dan kecewa kerana akaun instagramnya @ rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.
Menurut aktres dan ahli perniagaan popular ni, selepas penggantungan akaun IG miliknya yang mempunyai jumlah pengikut 5.2 juta, dirinya turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.
Kata Rozita atau Che Ta lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.
“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.
“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.
Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.
“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW.
“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama. Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.
Che Ta yang pernah meledak menerusi watak Kiah Pekasam berkata, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.
“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.
“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.
“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Che Ta Boleh Tidak Bersolek, Nafi Hanya Terima Watak ‘Control’ Cantik
Che Ta Kongsi Tip Pilih Handbag
Ulang Tahun Ke-48, Che Ta Sambut Kesyukuran Berbentuk Kuliah Dhuha & Jemput Pendakwah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.