Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta cukup terkenal dengan personalitinya yang suka berhias.
Gemar penampilan yang cantik dan dan suka berdandan itulah yang sering dikaitkan dengan figura yang juga isteri serta ibu kepada tiga cahaya mata ini. Pada usia menjengah 47 tahun, wanita ini berjaya mengekalkan kejelitaannya.
Che Ta Sarung Busana Pengantin Rekaan Man Kajang
Walaupun beza usia 12 tahun Che Ta dan suaminya Zain Saidin, 36 namun pasangan ini berjaya mengekalkan bahtera perkahwinan mereka. Baru-baru ini telah genap usia perkahwinan mereka tujuh tahun.
Dan pasangan ini juga cukup beruntung dikurniakan seorag cahaya mata perempuan yang cukup comel diberi nama Aaisyah Dhia Rana. Perkahwinan terdahulu Che Ta memiliki dua anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Terbaharu menerusi entri di akaun Instagram, Che Ta dan Zain Saidin telah memperagakan busana pengantin konsep tradisional rekaan pereka, Man Kajang.
Che Ta Bersanggul Lintang & Zain Persis Pahlawan Dahulu Kala
Ads
Difahamkan, pasangan pelakon terbabit berpenampilan sedemikian sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
Malah ibu kepada 3 orang cahaya mata ini kelihatan anggun anggun menyarungkan busana tradisional kombinasi fabrik songket dan bersanggul lintang. Manakala suaminya, segak persis pahlawan apabila lengkap berbaju Melayu, bertanjak dan berkeris.
Malah Che Ta juga menyatakan akan bergambar dengan suaminya setiap tahun apabila tiba tarikh ulang tahun perkahwinan mereka. Khabarnya pasangan ini telah meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinannya di Langkawi, Kedah, dalam suasana kenduri.
Menyentuh tentang majlis ulang tahun perkahwinan mereka, pelakon ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ ini menerangkan bajetnya untuk meraikan majlis bersejarah mereka tidak besar.
Ads
“Bajet saya untuk majlis kenduri persandingan itu tidaklah besar sebab, pakaian dapat tajaan daripada Man Kajang. Begitu juga dengan fotografer. Cuma, kos tertumpu pada sewa villa dan hidangan makanan.
“Tetamu pun tak ramai, cuma ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang ada kelapangan masa mereka menyertai percutian singkat itu. Tak lama pun, saya sekeluarga bercuti di Langkawi, dakam tiga hari,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Dengan keadaan dunia yang berhadapan dengan Pandemaik Covid-19, ibu anggun ini akui kesempatan meraikan ulang tahun perkahwinan di Langkawi sudah memadai.
MW: Semoga perkahwinan Che Ta dan Zain berkekalan hingga ke jannah.
Percayalah, pes tom yam boleh jadi punca utama rasa kuah tom yam anda masak sedap atau tidak dan sebab itulah anda patut godek resepi yang Puan Fatiha Hanani Ismail kongsikan. Lagi teruja, pes tom yam dia buat sendiri, jom cuba buat sebotol untuk mudahkan masak setiap hari…
Bahan-bahan:
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.
Untuk masak tom yam…
1. Ambil dalam 2 senduk pes tom yam, tumis kejap… tuang air dalam 2 cawan.
2. Letak akar ketumbar dah mendidih masukkan ayam dalam 4-5 ketul potong kecil-kecil sampai ayam masak.
3. Masukkan serai, daun limau, limau,sayur-sayur, garam, serbuk perasa dan sedikit susu pekat.. Rasa ikut tekak masing-masing ya.
4. Selamat memasak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dilahirkan serba sempurna fizikal namun nasib malang menimpa seorang bayi yang baru berusia empat hari apabila terpaksa menjadi kudung setelah kakinya terpaksa dipotong akibat kecuaian jururawat.
Kejadian yang berlaku di China, sekumpulan doktor bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai.
Kaki Melecur Teruk
Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit.
Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi. Kecuaian yang dilakukan apabila jururawat tersebut menyangka alat pengering tersebut telah ditutup sebelum meninggalkan bilik tersebut.
Kulit Merekah & Berdarah
Doktor bedah di hospital berkenaan menjelaskan, kulit bayi itu mulai merekah dan berdarah.
“Jika perkara itu dapat dielakkan bayi berkenaan mungkin hanya mengalami luka ringan,” katanya.
Nenek kepada bayi malang tersebut pula berkata;
“Bayi ini telah menjadi cacat hanya dalam masa 4 hari selepas kelahirannya. Bagaimanakah dia akan menghadapi masa depan?”
Allahu, meskipun ia merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan, minta dijauhkan kecuaian ini daripada berlaku buat kita. Semoga, para petugas dibidang perubatan lebih berhati-hati dan cermat dalam menjalankan tugas, kerana ia melibatkan nyawa.
Semalam, Datuk Fazley Yaakob, 40, dan isterinya, Datin Azrene Soraya Ahmad Aziz berkongsi beberapa muat naik luahan rasa mengenai anggota keluarga isterinya yang menyalahgunakan kuasa ketika memegang tampuk pemerintahan negara. Luahan itu menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat di media sosial dan rata-rata, terkejut dengan perkongsian itu.
Menerusi posting terbaru, Fazley ada memuatkan penghargaan buat isteri tersayang Azreen yang dipanggil ‘Adik’ diatas pengorbanannya selama ini serta sanggup mengharungi susah senang bersama. Malah lebih istimewa Fazley juga mendoakan agar isterinya dikurniakan dengan ganjaran syurga serta terus tabah dalam kehidupan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Thank you Adik sayang, @azrene_ahmad sentiasa berdiri teguh di belakang abang, walau pun abang teruk di cerca, dimaki dan dihina dari awal kita berkahwin. “Syurga isteri di bawah telapak kaki suami”.. maka abang doakan syurgalah tempatmu nyawaku. Segala pengorbanan adik buat abang dan anak-anak, jasa adik pada arwah bapak dan uwan, bakti adik pada ibu @rsd.umi , serta kasih sayang adik yang tak putus putus pada ibu kandung adik sendiri malahan sentiasa mendoakan beliau di dalam solat. Tabahlah isteri ku, Allah maha adil Maha mendengar! Bertahanlah nyawaku ❤️
Sementara itu memetik laporan Harian Metro penyanyi dan cef selebriti, Fazley menjelaskan mengenai muat naik yang dikongsikannya dan isterinya, Azrene di Instagram mereka semalam tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.
“Apa yang saya dan isteri saya kongsikan di Instagram kami semalam, bukanlah untuk membuka aib sesiapa”.
“Sebaliknya ia adalah untuk menjawab persoalan yang bertubi-tubi diajukan kepada kami sepanjang 13 tahun saya berumah tangga dengan isteri,” katanya.
Fazley, menerusi video yang dimuat naik ke Instagramnya juga berterima kasih kepada mereka yang membaca kenyataanya dan isteri.
“Terima kasih kepada semua yang membaca ‘post’ saya dan isteri di media sosial.
“Saya ambil peluang ini untuk mendoakan kesejahteraan kita semua dan negara kita, Malaysia yang baru. Kita semua sudah bersuara,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini telah 13 tahun mendirikan rumahtangga, dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu 3 anak lelaki Ahmad Fariedz Shah (Payish)10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash),9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush),7 dan seorang anak perempuan Alayna Selma 7 bulan.
Semoga Fazley dan isteri tabah menghadapi dugaan yang diberikan. Semoga segalanya berakhir dengan baik-baik sahaja.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.