Ramai golongan wanita suka jadikan beg tangan sebagai koleksi dan pelengkap gaya diri. Namun tak ramai yang tahu memilih beg tangan yang sesuai serta cara penjagaan beg tangan tersebut.
Pelakon Rozita Che Wan, 45 atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta memang terkenal mempunyai deretan koleksi beg tangan mewah pelbagai jenama. Apa yang mencuri tumpuan, ikon fesyen ini suka memadankannya dengan beg tangan yang cukup bersesuaian dengan personaliti dan setiap acara yang dihadirinya. Memang nampak cukup sempurna!
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini ada berkongsi tip pemilihan beg tangan serta pantang larang yang tak patut dilakukan pada beg tangan yang dimiliki berdasarkan pengalaman Che Ta sendiri.
Menurut perkongsian ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini, pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis sangat penting.Pilihlah beg tangan yang sedikit elegan dan berkulit lebih lembut jika menghadiri majlis perkahwinan, majlis harijadi atau keluar berjalan-jalan.Warna-warna yang sesuai seperti hitam, hijau, warna nude. Namun apa yang penting, biarlah ia bersesuaian mengikut tema, baju dan majlis yang dihadiri.
Hitam, nude dan coklat adalah warna universal yang paling senang untuk dipadankan dengan pelbagai baju.Namun kata Che Ta, seandainya nak kelainan, sesekali boleh pilih warna-warna seperti hijau, pink atau warna-warna terang untuk nampak lebih meriah.
Selain rupa bentuk beg, bentuk badan si pemakai juga perlu diambil kira.Kata Che Ta, kalau beg tangan cantik tapi tak bersesuaian dengan bentuk badan, gaya pasti tidak menawan.
Jika memiliki ketinggian kurang 6 kaki, seeloknya pakai beg tangan yang tidak terlalu besar. Besar sedikit tak apa, tapi jangan ‘oversize’. Mereka yang tinggi pula, janganlah bawa beg tangan yang terlalu kecil. Maksudnya, pilihlah beg tangan yang bersesuaian dengan ketinggian dan saiz yang dimiliki.
Aspek harga pun perlu diambil kira. Dalam nak bergaya, berpada-padalah.Bergaya biar ikut kemampuan.
Kata Che Ta, memang seronok kalau boleh memang nak pakai yang berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama bbaru yang tak terkenal namun memiliki kualiti sangat bagus.
Bagi Che Ta sendiri,”Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal”. Apa yang penting pilihlah yang berkualiti. Masa nak beli tu tengok cara jahitan, material yang digunakan dan juga baca testimoni atau ulasan mengenai jenama/model beg tangan tersebut.
Menurut Che Ta lagi, rekaan beg tangan adalah faktor yang paling utama sebenarnya sebelum kita membeli.Sebab benda pertama yang kita nampak adalah rekaan beg itu sendiri.Jadi sangat penting, pilih rekaan beg tangan yang trendy, moden dan evergreen supaya boleh guna untuk tempoh yang lama dan tak nampak ketinggalan.
Terutama jika simpan dalam beg plastik sampah. Ini kerana menurut Che Ta, beg plastik akan memerangkap lembapan dan boleh mengakibatkan kulat.
Ia bukan bermaksud merendahkan beg tangan tapi berkaitan isu kebersihan. Lantai mempunyai banyak kuman atau bakteria yang boleh melekat pada beg tangan dan boleh menyebarkan pula jangkitan pada keluarga.
Jangan sesekali simpan beg tangan dalam keadaan kosong. Letakkan suratkhabar atau bahan-bahan asal yang ada dalam beg tangan masa baru beli. Ini bagi mengekalkan beg tangan pada bentuk asal dan kekal nampak seperti baru!
Menurut Che Ta, jika beg tangan dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warnanya.
Tambah Che Ta, adalah penting kenal pasti jenis material beg tangan yang dimiliki.Kena tahu jenis kulit ke, PVC ke PU ke.. Kena ambil tahu dan sangat penting kerana setiap jenis material ini memerlukan penjagaan yang berbeza.Tak boleh dilayan sama semuanya. Ada yang memerlukan extra care, ada yang perlu dicuci, ada yang jenis manja dan ada juga jenis yang tak perlukan perhatian sangat.
Nasihat che ta, peganglah beg tangan dengan tangan yang bersih bagi mengelakkan segala bakteria berkumpul.
Pesan Che Ta, kena simpan beg tangan dalam kain pelindung. Biasanya akan dapat sekali masa beli beg tangan. Pastikan ia bertutup (jangan tutup dengan plastik). Ini untuk mengelakkan beg tangan tu daripada berhabuk dan debu ‘bermaustatin’ dari luar dan dalam beg tangan kita. Dan juga untuk elakkan dari dicakar kucing!
Semoga perkongsian tip daripada Che Ta ini bermanfaat!
MW: Jadi buat para wanita, sebelum nak beli, gayakan dan simpan beg tangan tu, boleh jadikan tips daripada Che Ta ini sebagai panduan! Selamat Mencuba!
Sumber: Rozita Che Wan