Che Ta Boleh Tidak Bersolek, Nafi Hanya Terima Watak ‘Control’ Cantik

Share

Figura jelita Che Ta akui dirinya terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh tampak ‘buruk’ sebagai pelakon.

Pemilik nama sebenar Rozita Che Wan yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan ini pernah tiga kali membuktikan dirinya tidak hanya sentiasa cantik di dalam skrin TV semata mata.

Che Ta Tidak Kisah Tidak Bersolek

 Che ta juga berkongsi dirinya pernah melakonkan watak yang tidak memerlukan dia bersolek.

Ia termasuk telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar tahun 2011. Menerusi watak Halimah dalam telefilem berkenaan, Che Ta tidak bersolek dan menjadi pengemis.

“Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS.

“Terbaru saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru baru ini di Astro Citra terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon,” kongsinya.

Baca Disini Juga:

Ulang Tahun Ke-48, Che Ta Sambut Kesyukuran Berbentuk Kuliah Dhuha & Jemput Pendakwah

Tu Dia! Che Ta Ajar Teknik Hentakan Tumit Tinggi Dekat Intan Liana

Che Ta Kongsi 6 Tip Nak Pilih Handbag Sesuai & 7 Pantang Larang ‘Haram’ Dibuat Pada Beg Tangan!

Cabar Dengan Dengan Apa Saja Watak

Wanita yang juga ibu kepada tiga cahay mata ini menafikan dia hanya menerima watak ‘control’ cantik atau disolek tebal semata mata.

“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak. Siapa kata saya nak berlakon jadi  cantik saja?,” soalanya.

Sentiasa Cantik Kerana Kerja

Duta produk Mylea ini juga menegaskan, dia perlu sentiasa cantik sebagai memenuhi keperluan kerja dan tanggungjawabnya mempromosikan sesebuah produk.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

 

Published by
Norhayati Suboh