Chandelier Kos Murah, DIY Lampu Gantung Guna Sudu Plastik & Botol Minyak Masak!

Share

Chandelier atau lampu gantung memang cantik dijadikan penyeri hiasan rumah. Nak
dekorasi rumah pula tak semestinya kena beli barang-barang yang mahal. Jika kreatif
dan rajin dengan kos bajet, guna sudu plastik dan botol minyak masak terpakai pun
boleh hasilkan lampu gantung yang cantik.

Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Sufi-ya Diana Azman
, DIY lampu gantung di rumahnya.

“Chandelier kos murah. Suami DIY lampu nenas atau lampu gantung buat dengan sudu plastik. Saya pandai tambah diamond je bagi nampak elegant. Boleh la ye. Rasa puas hati simple dan still comel.

Saya pakai jarang-jarang saja. Mahu cantik kejap. Lampu harian guna kalimantang. Lampu ni Insya Allah tak lembik. Lagipun guna mentol yang ada filamen, pakai mentol led tak panas.

Bahan-Bahan Diperlukan;

2/3 paket Sudu plastik
Botol minyak 5kg (cari yang bulat eg. minyak cap buruh)
Glue gun
Diamond kedai eco
1 Spray can warna gold
Suis lampu eco
Mentol

Cara Membuat:

1.Gunting sudu.

2.Lekatkan guna glue gun.

3.Yang ni lampu tanpa spray.

4.Guna suis kedai eco.

Kalau nak bagi nampak gantung-gantung kristal boleh tebuk sudu paling bawah dan sangkut juntaian kristal. Shopee ada jual.

Kos agak-agak RM 25+-

Cuba dulu..ringkas saja. Wiring yang mencabar sikit. Lain-lain senang je.

Sekadar berkongsi.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Diy Kusyen Kerusi Lama Jadi Baru Tak Perlu Buang Dan Jimat Belanja

MW: Tahniah, rajin dan kreatif sungguh DIY lampu gantung guna sudu plastik dan botol minyak masak ni. Boleh dijadikan inspirasi, kalau nak dekorasi di rumah. Paling penting puas hati dan jimat bajet bila buat sendiri.

Sumber: Sufi-ya Diana Azman

Published by
Suhaidah Abd Wahab