Chandelier atau lampu gantung memang cantik dijadikan penyeri hiasan rumah. Nak
dekorasi rumah pula tak semestinya kena beli barang-barang yang mahal. Jika kreatif
dan rajin dengan kos bajet, guna sudu plastik dan botol minyak masak terpakai pun
boleh hasilkan lampu gantung yang cantik.
Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Sufi-ya Diana Azman, DIY lampu gantung di rumahnya.
“Chandelier kos murah. Suami DIY lampu nenas atau lampu gantung buat dengan sudu plastik. Saya pandai tambah diamond je bagi nampak elegant. Boleh la ye. Rasa puas hati simple dan still comel.
Saya pakai jarang-jarang saja. Mahu cantik kejap. Lampu harian guna kalimantang. Lampu ni Insya Allah tak lembik. Lagipun guna mentol yang ada filamen, pakai mentol led tak panas.
Bahan-Bahan Diperlukan;
2/3 paket Sudu plastik
Botol minyak 5kg (cari yang bulat eg. minyak cap buruh)
Glue gun
Diamond kedai eco
1 Spray can warna gold
Suis lampu eco
Mentol
Cara Membuat:
1.Gunting sudu.
2.Lekatkan guna glue gun.
Ads
3.Yang ni lampu tanpa spray.
4.Guna suis kedai eco.
Ads
Kalau nak bagi nampak gantung-gantung kristal boleh tebuk sudu paling bawah dan sangkut juntaian kristal. Shopee ada jual.
Kos agak-agak RM 25+-
Cuba dulu..ringkas saja. Wiring yang mencabar sikit. Lain-lain senang je.
MW: Tahniah, rajin dan kreatif sungguh DIY lampu gantung guna sudu plastik dan botol minyak masak ni. Boleh dijadikan inspirasi, kalau nak dekorasi di rumah. Paling penting puas hati dan jimat bajet bila buat sendiri.
Jika selama ini mak-mak buang saja kulit telur selepas memasak, apa kata kali ini cuci bersih dan simpan. Bila dah penuh sebakul, bolehlah tumbuk untuk dijadikan baja organik tanaman yang menyuburkan pokok di kediaman mak-mak.
Sebagaimana yang dikongsikan Jatye Atie Christie ini, tentang aktiviti paginya membuat baja organik dari kulit telur.
Katanya lagi, “Kulit telur mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit. Baja kulit telur bagus.
“Jangan tanya kenapa tumbuk kita memang rajin orangnya.”
Ada juga yang mengisar kulit telur dalam mesin pengisar, cuma risikonya blender akan jadi sedikit bercalar. Mak-mak yang rajin boleh juga menyangai kulit telur terlebih dahulu, dan kisar menggunakan blender (mesin pengisar).
Mak-mak yang ada dapur masak menggunakan tong gas, pasti ada masalah bunyi gas yang keluar tanpa disangka setelah memasang kepala tong gas baru, kan?
Apabila dengar bunyi gas keluar sudah pastilah ada gas yang keluar daripada tong gas tersebut. Kalau dibiarkan bahaya. Apa kata kita cuba buat sendiri cara menghilangkan bunyi gas keluar itu.
Boleh baca Ilmu Tong Gas yang dikongsi oleh Arm Ika di Grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).
“Saya sekadar ingin membantu apa yang saya tau. Sebab tadi saya ada terbaca posting dari group lain hadapi masalah nie. Lepas tu terdetik nak berkongsi kat rakan #BIKMM. Saya nak kongsi ilmu mengenai “Tong Gas” bila pasang kepala gas untuk gas yang baru, lepas tu ada bunyi gas keluar.”
Step 2
Keluarkan getah tu guna pisau ke apa-apa saja benda yang tirus,yang boleh cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tuu..
Step 3
Step 3
Apabila dah keluar terbalikkan getah hitam tu, lepas tu masukkan semula
Step 4
Step 4
Tekan terus bagi rapat guna jari pun boleh
Nota pendek:
*kalau tak ada getah langsung dalam kepala gas tu boleh ambil dari tong gas yang lain masukkan dalam tuu
*Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yang sepatutnya untuk tengokkan…
#staysafeOK
Edit:
Ramai jugak yang guna cara lilit getah di kepala luar tu ye…Itu pun memang membantu dan berkesan. Tapi kalau ikut kata suami saya dia tak galakkan saya pun tak tau la kenapa
*suami saya bekerja bahagian gas memasak.
MW: Bolehlah cuba ini terlebih dahulu. Tetapi kalau cara yang diajar ini tak berkesan, bolehlah minta tolong daripada penjual tong gas.
Memang geram bila beras yang baru dibeli, tapi dah bersarang dengan kutu beras. Jika tak dibuang kutu beras ni, beras boleh rosak dan berhabuk, tak boleh digunakan lagi.
Jangan risau, sebenarnya ada beberapa petua semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk mengatasi masalah kutu beras ini.Menariknya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je.
Berikut 8 cara untuk hilangkan kutu beras yang boleh dilakukan di rumah.
1. Daun Limau Purut
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
2. Asam Keping
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak selesa.
3. Daun Pandan & Daun Bay
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras.Boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
4. Cili Kering
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras.Rasa pedas dan panas ini tentunya membuatkan kutu beras ini rasa tidak selesa. Namun, pastikan gantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
5. Kulit Kayu Manis
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras.
6. Jemur Bawah Matahari
Jika dapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik.Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
7. Guna Kain Lembap
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Kutu-kutu ini akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.
Boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.
8. Masukkan Beras Dalam ‘Freezer’
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Ini kerana mungkin ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.
Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.
Simpan beras dengan betul
Bukan itu sahaja, paling penting praktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan kutu beras ini. Kalau tak selalu memasak, beli beras paket kecil saja. Atau, boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu beras di rumah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...