Ceroboh balai, insiden serang anggota Polis berlaku lagi. Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato’ Keramat, George Town pada Ahad.
Kejadian dikatakan berlaku jam 4.45 pagi tadi apabila lelaki tempatan berumur 35 tahun menunggang motosikal memasuki balai polis itu dan secara tiba-tiba menyerang anggota sentri yang sedang bertugas.
Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Suspek dilaporkan cedera sewaktu anggota polis cuba menahannya dan dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)
“Suspek berjaya ditangkap namun mengalami kecederaan kecil semasa proses tangkapan dibuat dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, keadaan suspek stabil,” kata sumber itu.
Difahamkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian via Awani
Baca artikel lain juga: Polis Langgar Pelajar SPM Gara-Gara Bunyi Ekzos
Kes pegawai kanan polis didakwa bunuh pelajar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Makcik Kemboja Minta Ampun Pada TMJ, Terima 14 Laporan Polis Hina Melayu Malas