Cepat ubah diri! Wanita tolonglah bersiap walaupun di rumah, jaga kecantikan untuk diri & suami. Sebagai seorang wanita apatah lagi yang bergelar isteri tak kisahlah yang bekerjaya atau suri rumah penampilan diri perlulah dijaga.
Jangan biarkan diri selekeh dan terlalu selesa dengan keadaan diri yang polos. Apatah lagi bila suami ada disisi. Jangan malas ya untuk berhias.
Cepat UBAH DIRI! Wanita Tolonglah Bersiap Walaupun Di Rumah
Walaupun kadangkala suami tidak kisah dengan penampilan anda namun perlu dititik beratkan aspek kebersihan diri. Bersiap tu tak semestinya bersolek tebal tetapi cukuplah nampak bersih dan elok di mata suami tercinta.
Ikuti 10 Tip ini yang dikongsikan oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang boleh dijadikan panduan berguna buat golongan wanita.
“Pernah ketika saya berbual dengan seorang sahabat.
“Beliau sedang mengandungkan anak ketiga. Katanya dia tak ada mood langsung untuk menjaga diri. Malas nak bersiap. Apa lagi untuk memakai skincare mahu pun berhias. Hendak tengok muka sendiri di cermin pun terasa malas katanya.
“Terus saya nasihatkan dia supaya cepat-cepat ubah diri dan jangan sampai nanti menjadi tabiat pula.
“Benarlah kadang ketika mengandung kita mudah berasa lesu dan tidak bermaya. Tetapi jika kita biasakan diri dan tidak mahu melawan rasa malas, lama kelamaan perkara yang tak biasa itu jadi kebiasaan pula.
“Kadang wanita yang tidak mengandung pun ada yang berasa tidak sempat untuk bersiap. Kerana terlalu banyak kerja rumah yang seakan tak pernah habis. Jika bersiap pun nanti akan comot lagi jadi dibiarkanlah saja. Begitu.
“Jadi Malas Nak Sikat Rambut”
“Jadi malas nak mandi dan tukar baju selepas memasak. Hingga baju kadang berbau bawang ketika suami pulang pun kita dah terbiasa.
“Jadi malas hendak bersiap kerana kita fikir kita tak keluar rumah atau tidak ke mana-mana.
“Wanita Juga Mudah Berasa “Selesa”
“Suami saya tak kisah…”.
Orang perempuan mudah “take for granted” kerana menganggap hal begini sangat remeh untuk difikirkan. Dan hanya rajin bersiap ketika keluar rumah sahaja. Berada di “comfort zone” begini adalah salah satu dari punca “silent killer” dalam rumahtangga.
“Pernah Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya berkata, kadang ada isteri yang sambut suami pulang. Sisik ikan pun masih ada lagi di muka. Ianya hanyalah perumpamaan betapa wanita ini ada yang tidak ambil kisah untuk merapikan diri sewaktu di rumah.
“Saya beritahu sahabat saya… dulu waktu baru kahwin mesti you nak cantik-cantik selalu kan untuk suami. Jadi, kenalah macam tu sampai bila bila. Cantik untuk diri dan cantik untuk suami.
“Sebenarnya, rasa malas untuk bersiap itu boleh hilang kalau kita amalkan beberapa perkara ini sahaja…
- Pernah tak dengar ungkapan “No matter how you feel, get up, dress up, show up and never give up…”. Buat exactly begini. Tak kira apa pun yang anda sedang rasa (down atau stres), perkara pertama kena buat setiap pagi adalah mesti bangkit dari tempat tidur dan terus mandi.
(Jika boleh, saya mahu ulas dengan lebih panjang tentang ini).
- Malas macamana pun, cubalah sikat atau sisir rambut anda. Jangan terkejut ada orang yang malas nak sikat rambut sendiri. Habis mandi, terus ikat dan pakai tudung. Tahukah anda dengan hanya menyikat rambut sahaja pun boleh buat kita “feel good” dan nyaman.
- Sapu lah losyen pada tangan dan kaki selepas mandi. Seharian di dapur dan menguruskan rumah sekurang-kurangnya tumit tidak terasa kasar walau terlanggar kaki sendiri.
- Pakai pakaian dalam yang bersih dan dalam keadaan baik. Dalam erti kata lain, pastikan pakaian dalam kita masih elok (walaupun orang tidak nampak). Ingat, kita pakai untuk diri kita.
- Pilih pakaian yang bersih. Kita akan berasa selesa bila kita habis mandi dan pakai pakaian yang bersih. Usah pakai jeans atau jubah atau tudung tanpa dicuci berulang kali walaupun tidak ada orang yang tahu.
- Boleh gunakan solekan tipis walaupun hanya untuk di rumah. Sekurang-kurangnya kita mahu kelihatan lebih bermaya untuk diri sendiri dan suami atau anak-anak.
- Gunakan wangian badan untuk tambah kesegaran diri. Pastikan kita pakai deodorant juga. Wanita perlu pastikan bahagian bawah lengan kita terhindar dari sebarang peluh dan bau (walaupun ketika berada di rumah).
- Setiap pagi amalkan begini dan anda akan berasa sangat selesa dan bahagia dengan diri. Suatu “feeling good” yang hanya anda sendiri akan rasa berbanding jika anda bangun pagi dan tidak mandi, lalu terus ke dapur.
- Amalkan begini selama sekurang-kurangnya 3 minggu untuk “create habits”.
- InsyaAllah jika sudah terbiasa anda sudah tidak mahu jadi malas untuk bersiap lagi.
“Kita buat bukan untuk orang tapi untuk kita sendiri.
“Kita pun akan rasa lebih sihat dan bermaya kalau kita selalu bersih, kemas dan bersiap begini.
“Pagi bersiap. Malam hendak tidur pun bersiap.
“Bersiap bukanlah bermaksud mesti bersolek tebal dan berhias. Tetapi bersihkan diri agar terjaga rapi dan manis dipandang selalu.
“Jika anda dapat lakukan ini, minda anda juga akan terasa lebih bahagia dan positif!” kongsi Puan Dzuriasikim.
Baca Sini Lagi : Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen
Mingguan Wanita: Berhias untuk keselesaan diri tak salah. Buanglah sikap tak kisah dan malas untuk berhias ya.
Sumber : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
Sumber Foto : Instagram Nad Zainal (Drama Dendam Seorang Isteri)
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Betul ke wanita bekerja kerana bimbang bebankan suami?
Pulang berhari raya tapi tidur di hotel jangan sampai ada yang berkecil hati ya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI