Cepat Marah Kesalahan Kecil Anak, Tanda Isteri Penat Mental & Emosi

Share

Menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukan kerja yang mudah. Sekuat dan secekal manapun seorang wanita adakala, emosi dan mental cukup penat dan lelah. Lebih-lebih lagi jika suami tidak berusaha untuk memahami, segala urusan diserahkan pada isteri, kena tanggung sendiri.

Sebenarnya, jika isteri dah mula marah-marah walaupun hanya kesalahan kecil yang anak-anak lakukan, itu merupakan tanda-tanda dirinya dah penat mental dan emosi.

Jemput fahamkan dan hadam betul-betul perkongsian catatan Firdaus Shakirin ini.

Tanda-tanda isteri kita dah penat mental dan emosi…

Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki banyak disebabkan oleh kegunaan anggota badan untuk melakukan sesuatu kerja… Itu penat fizikal, penat yang boleh dirawat dengan mendapatkan rehat yang secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yang sihat, penjagaan pemakanan ataupun tido…

Penat Orang Perempuan

Tapi penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi…

Penat yang macam ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya… Ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yang ada didalam hati dan akal fikirannya yang berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan untuk menjaga hati orang lain especially pasangannya

Memendam perasaan inilah yang menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…

Isteri Cepat Marah Kesalahan Kecil

Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara untuk kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak… Contohnya, anak-anak tertumpahkan minuman, anak-anak terjatuhkan barang, anak-anak tersilap buat keje sekolah, anak-anak tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…

Isteri Cepat Hilang Sabar…

Apabila kita dengar isteri dah mula meninggi suara pada anak-anak, ketahuilah yang bukan kesalahan anak-anak itu besar, tapi dirinya dah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak

Mungkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dengan anak-anak… Kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil makan popcorn atau main hp.

Isteri hilang mood untuk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri banyak menjauhkan diri dari kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…

Dia cepat sensitive kerana dalam hatinya bergelora, fikirannya serabut, banyak perasaan bercampur aduk…

Rawat Penat Mental & Emosi Isteri

Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yang dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yang dia dah lakukan dalam rumahtangga itu, bawak dia keluar atau bercuti seketika untuk menjauhkan dirinya dari persekitaran yang sama yang hari-hari dihadapnya…

Jangan biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika kita masih perlukan kehadiran dirinya dalam hidup kita…

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Memang ada benarnya, penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi… Pihak suamilah kena main peranan, dalam memahami keadaan isteri dan perubahan yang dialami. Jangan buat tak tahu sahaja.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Suhaidah Abd Wahab