“Cepat-Cepat Naik Pelamin Tau, Yang Penting Anak-Anak dan Shuib Happy” netizen. Begitulah antara komen netizen menerusi foto hantaran Instagram Shuib yang tular.
Menerusi foto tersebut menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai wanita yang pernah digosipkan dengan Shuib iaitu Watie Hanifiah pada cermin sebuah restoran mewah.
Rupa-rupanya ramai yang mengambil berat tentang jodoh Shuib dan salah seorang netizen mendoakan agar Shuib dan Watie cepat-cepat naik pelamin.
Shuib Sahkan Sedang Berkawan Dengan Watie
Tidak menafikan hal tersebut, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengesahkan sedang berkawan dengan Watie Hanifiah.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, pada foto berkenaan Shuib bergambar bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Ads
“Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan,” begitulah luahan ringkas dari Shuib.
Hantaran Shuib itu ternyata menjadi perhatian ramai sekali gus mencetuskan spekulasi mendakwa mereka sedang bercinta.
Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Kerap Dikaitkan Dengan Beberapa Selebriti Wanita
Sejak pemergian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya.
Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
“Kumpul sikit demi sikit, untuk kegunaan terdesak.” Alhamdulillah akhirnya barang kemas ditemui semula oleh pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Prai.
Atas kegigihan mereka, barang kemas yang hilang ditemui semula. Benarlah jika masih rezeki tuannya, ianya akan kembali semula. Syukur Alhamdulillah.
Alhamdulillah
“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail.
Rohaya, 31, yang juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil mengandungi sejumlah emas miliknya yang dibeli dan disimpan sejak berusia 18 tahun.
Akhirnya Barang Kemas DiTemui Semula
“Barang kemas itu sangat bermakna kerana saya bukan berasal dari keluarga senang. Ayah meninggal dunia masa usia saya 14 tahun dan saya cuba mengumpul emas itu sedikit demi sedikit semasa bekerja kilang untuk kegunaan masa terdesak.
“Saya tidak tahu macam mana boleh terbuang, sebaliknya sedar beg kecil itu hilang pada 7.45 pagi semalam dan masa itu memang rasa hendak menangis sebab emas itu begitu berharga.
“Kebetulan abang saya ingin pergi buang sampah pada 9 pagi hari sama dan saya minta dia tolong cari, tetapi tidak jumpa. Abang pergi berjumpa lori MBSP tidak jauh dari kuarters yang saya didiami yang mereka (pekerja) minta pergi ke depo pembersihan di Tasek Gelugor,” katanya lagi.
Menurutnya, dia tidak menaruh harapan tinggi sama ada barang kemas miliknya itu ditemui semula, tambahan pula bukan mudah untuk mencarinya disamping tidak boleh sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut prosedur.
Katanya, dia reda jika tiada rezeki serta serahkan semua urusan kepada Allah.
“Saya tidak sangka MPSP dari pihak atasan sehingga bawah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk turun mencari dalam timbunan sampah yang begitu banyak.
“Tidak lama kemudian (1.30 tengah hari) abang saya menghubungi menerusi panggilan video menunjukkan barang kemas saya ditemui semula dalam satu beg plastik hitam. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat sekumpulan Wira Oren dan perasaan ini tidak terungkap dengan kata-kata.
“Walaupun pekerjaan mereka (Wira Oren) ada yang pandang serong, tetapi bagi saya mereka adalah wira negara yang ikhlas serta jujur apabila sanggup berkorban mencari barang kemas saya sehingga jumpa,” katanya yang merahsiakan nilai keseluruhan barang kemas miliknya itu.
Untuk Kegunaan Terdesak
Terdahulu, hantaran wanita itu tular di media sosial dengan mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi ratusan pengguna FB.
Menurut posting itu, wanita terbabit turut memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja MBSP berkenaan sebagai tanda penghargaan selepas bertungkus lumus menggeledah, mengorek dan mencari emas miliknya dalam timbunan sampah sehingga ditemui.
Membeli emas sekarang mudah, kumpul duit sikit-sikit dan bila sudah cukup duitnya boleh beli online kalau malu nak ke kedai emas. Pastikan seller tersebut dipercayai barulah order. Pilih mana satu yang berkenandi hati dan ikut bajet, kemudian bayar. Mudah sungguh.
Mingguan Wanita : Terima kasih kepada wira oren yang memahami situasi yang dilalui oleh wanita ini. Bayangkan barang kemas yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hilang, sudah tentu timbul perasaan ralat dan kecewa. Syukur akhirnya ditemui juga.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Tinggal dalam hutan.Tanpa eletrik dan air, dia mampu hidup bahagia dalam hutan di temani haiwan dan unggas. Bukan tempoh yang sekejap tapi hampir 32 tahun lamanya.
Dia seperti Real Gandalf, cara hidup lelaki yang memegang watak Gandalf dalam filem ‘The Lord of The Rings. Sangat terinspirasi dengan cara hidup lelaki ini. Sanggup berdegil dan tak pernah sekali berubah untuk menghabiskan masa 32 tahun tinggal di hutan tanpa eletrik dan air.
Friedmunt Sonnemann, 56 tahun yang tinggal di pondok lumpur dalam hutan di Longkamp, Jerman Barat selama 32 tahun bukan sesuatu yang luar biasa. Dia sudah terbiasa dengan kehidupan ini dan sesekali tidak akan mengubahnya.
.
.
Terkenal dengan janggut yang panjang, Friedmunt telah menjadi selebriti tempatan di kawasan itu dan sering dilihat membongkok di dalam hutan. Tidak kisah dengan tanggapan orang dan pernah mengatakan inilah cara hidup yang diam mahu dan tidak pernah rasa kekurangan apa-apa pun.
Rutin setiap hari dia adalah dengan mendapatkan bekalam minuman dari mata air yang berhampiran dan menadah air hujan untuk memasak serta mencuci.
.
Dilengkapi hanya dengan tandas kompos kering dan menjaga kira-kira 100 spesies tumbuhan yang jarang ditemui di tanah empat hektar miliknya.
.
Tidak dinafikan Friedmunt dikagumi dalam dunia perkebunan kerana kelebihannya menanam pelbagai jenis tanaman termasuklah herba-herba luar biasa yang jarang ditemui. Dia menanam tumbuh-tumbuhan itu melalui kaedah semula jadi.
Tiada Rasa Kekurangan Diri
Biarpun pada mata orang lain hidup di hutan itu kelihatan serba kekurangan, namun bagi Freidmunt tidak sedikit pun rasa kekurangan apa-apa. Ini kerana cara hidup seperti itu adalah pilihannya.
Pendirian Freidmunt itu bukan sahaja dihormati malah dikagumi oleh orang ramai. Menariknya dia kini mempunyai lapan orang rakan serumah dari Taiwan, Mexico dan tempat lain yang turut sama membantu menjaga ladangnya.
.
“Kami bukanlah mengasingkan diri daripada dunia luar terus, cuma dunia luar itu hanyalah pengaruh kecil buat kami,” kata Freidmunt.
Walaupun dia mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanamnya sendiri, Freidmunt masih mendapatkan bekalan beras dan mi dengan membelinya dari dunia luar.
Kehidupan Freidmunt ini turut diterima oleh masyarakat setempat dan Datuk Bandar Longkamp menyifatkan, kehadirannya boleh diterima orang lain di sini.
Baru-baru ini juga, tempat tinggal Freindmunt selama 32 tahun telah dibekalkan dengan solar yang dipasang di bangsalnya suapay dia dapart menggunakan mesin basuh dan mengecasnya tanpa wayar.
Mingguan Wanita : Setiap orang ada cara kehidupan sendiri. Hormati pilihan masing-masing.
3 cawan tepung gandum
1 sb yis
1 sb susu pekat (boleh skip)
1 sb gula
1 1/4 cawan air
1 sk garam
1 sk Rfb atau apa2 pelembut roti(bread improver)
4 sb olive oil / minyak masak
Uli semua bahan hingga agak licin, perap hingga naik 2 kali ganda, buang angin dan canai. Rehatkan dalam 5 minit sapu Garlic Butter dan tabur daun ketumbar atau parsly.
Letak atas kuali non stick tutup dengan penutup periuk, bila dah perang terbalikkan kebahagian sebelah lagi.
Kemudian garlic dicincang, Butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan.
Nota:
Kalau takda pelembut roti (bread improver) boleh ganti dengan 1 sk baking powder / double action baking powder untuk dapatkan roti yang lembut walaupun sejuk.
Cheese Nan
Lebihan doh buat garlic nan tadi pagi, simpan dalam chiller. Petang canai dan letak cheese, masak dalam non stick pan dengan api perlahan hingga masak. Jangan lupa tutup pan biar masak sekata. Buat juga Cherry Tomato Salsa sebagai pelengkapnya. Resepi ni memang best, lembut dan gebu.. Alhamdulillah..
Resepi Cheese Nan
3 cawan tepung gandum
1 sb yis
1 sb susu pekat (boleh skip)
1 sb gula
1 1/4 cawan air
1 sk garam
1 sk Rfb atau apa2 pelembut roti (bread improver)
4 sb olive oil / minyak masak
Uli semua bahan hingga agak licin, perap hingga naik 2 kali ganda, buang angin dan canai.
Rehatkan dalam 5mnt canai dan tabur mozarella cheese, tutup kemas dan leperkan.
Letak atas kuali non stick tutup dengan penutup periuk, bila dah perang terbalikkan kebahagian sebelah lagi.
Mozarella cheess untuk isian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.