Rumah sewa, tak semua berkemampuan untuk mendapatkan rumah sendiri. Harga rumah sekarang pun boleh dikatakan agak tinggi dan belum lagi bayaran bulanan yang perlu dilunaskan di bank.
Kalau dikira dan dicongak balik, macam tak berbaloi pula bila beli rumah, harga mahal belum lagi termasuk ‘bunga’. Rasanya sampai tua pun belum habis hutang rumah.
Tidak hairanlah ada yang rasa lebih mudah dan untung dengan tinggal di rumah sewa. Tak perlu fikir pasal bunga, hanya bayaran bulanan saja. Masing-masing ada pendapat tersendiri.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Beli RUMAH Kena BERSEDIA, Hutang 35 Tahun Ke Depan, Sanggup Atau Tidak?
Elak Membeli Rumah Terlalu Mahal, Jangan Beri Beban Pada ‘Future Income’
Ada orang yang tinggal di rumah sewa berpuluh tahun sampaikan ada yang cakap, ruginya sebab kalau rumah sendiri dah tentu habis bayar pinjaman di bank.
Jangan terus mengata, setiap orang ada pendapat tersendiri. Masing-masing punya pilihan. Menariknya perkongsian daripada Dzuriasikim Dzulkefli ini tentang kisah viral seorang pelakon yang sudah 32 tahun menyewa.
Saya ambil tangkap layar ini dari akaun Instagram milik seorang pelakon veteran yang memberitahu dengan jujur beliau akhirnya akan berpindah setelah 32 tahun menetap di rumah sewa.
Beliau juga ada menjawab pertanyaan dari salah seorang pengikut bila dikatakan tempoh 32 tahun itu adalah lama dan jika rumah itu dibeli pasti sudah habis dibayar.
Kata aktor itu, “Kalau bank benarkan pelakon buat pinjaman”…
.
Saya bukanlah pakar penasihat ekonomi. Jauh sekali dari bijak dalam hal hartanah.
Namun sangat suka untuk berkongsi kata-kata dari salah seorang sepupu saya…
Katanya….
“Aku sangat cemburu tengok orang yang tinggal di rumah sewa. Setiap bulan mereka hanya perlu bayar sewa rumah tanpa meminjam dengan bank. Dan tanpa perlu membayar bunga. Tidak ada hutang. Aku ada rumah dan kereta. Tapi semua ini hutang. Aku sangat takut kalau aku mati dalam keadaan berhutang dan belum habis bayar hutang aku semua ni termasuk segala bunga. Sedangkan orang yang menyewa rumah, kalau dia mati hutangnya mungkin hanya satu dua bulan sewa sahaja…”.
Barangkali kita berasa sedih apabila melihat orang susah mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah, lalu mereka terpaksa menyewa rumah. Sedangkan apa yang menyedihkan adalah apabila ada orang yang terpaksa mengambil pinjaman yang besar untuk tinggal di rumah yang lebih besar.
Selalulah memandang dari sisi yang indah bagi setiap perkara. Segala ketentuan Allah adalah sangat sangat baik. Tidak ada satupun yang tidak baik.
Sebagai seorang wanita yang berusia, saya tidak hidup dengan mengumpul kekayaan dan harta. Ketenangan dan kesihatan adalah jauh lebih berharga buat saya.
Saya juga pernah menulis begini….
Segala harta yang kita ada ini hanyalah pinjaman yang tidak ubah seperti buku yang kita pinjam di perpustakaan sahaja. Apabila cukup masanya, kita perlu menghantar buku itu, nama kita akan dipadamkan. Kemudian akan dituliskan dengan nama peminjam baharu pula.
Begitu kita semua hidup di dunia dan menganggap segala yang kita ada adalah milik kita. Sedangkan semua hanyalah pinjaman semata.
Sungguh kita sangat mudah terleka dengan dunia. Sedangkan kehidupan yang satu lagi adalah lebih kekal.
Boleh jadi ada orang yang kelihatan miskin di dunia ini, akan lebih kaya di akhirat kelak.
Mingguan Wanita : Setiap orang ada pendapat tersendiri. Jangan mengutuk kalau belum diberikan rumah sendiri dan jangan rasa hebat dapat tinggal di rumah yang mewah. Sebab hidup ini sementara dan pinjaman. Nikmati kehidupan dengan tenang dan bahagia.
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita