Tiada siapa yang menduga dari seorang yang normal kini pemandangan Ameera Ramlee sudah gelap. Salah seorang aktivis seni yang kini berusia 32 tahun tidak menjadikan dunia gelap itu sebagai halangan untuk dirinya bangkit. Semua kisahnya dikongsikan sebentar tadi sewaktu siaran secara langsung ‘Mingguan Wanita Talkshow’. Bersesuaian dengan isu hari ini yang bertajuk, ‘Ku Gapai Bintang’ sahabat baik kepada hos Sherry Alhadad ini akui dirinya berasa sedih pada awalnya.

“Saya menjadi buta dek kerana penyakit diabetes yang dialami sejak tahun 2007. Saya cuma mengetahui hida penyakit ini ketika hendak masuk UM dan lakukan pemeriksaan kesihatan pada waktu itu bacaan gula saya 17. Sejak itu saya wajib makan ubat tapi disebabkan saya ni sejenis yang workaholic pada kerja dan pelajaran jadi saya skip ubat, rawatan setiap bulan.

“Tahun lepas bulan April saya baru dapat tahu masalah kegagalan buah pinggang. Dan sejak itu saya mula jalani dialisi. Kemudian saya kena jangkitan kuman dan mata saya mula kabur. Saya pergi ke pakar mata namun mata saya semakin teruk. Pada bulan Mac tahun ini mata saya dibedah.  Kemudian penglihatan saya terus kabur,” ungkap Ameera yang punya keyakinan diri tinggi.

Sibukkan Diri

Walaupun berhadapan dengan dugaan yang sangat besar ini namun Ameera memujuk diri dan reda.

IKLAN

“Saya pujuk diri dan paling penting diri sendiri kena reda. Pada saya kita sebenarnya manusia yang paling perfect tanpa kita sedar. Saya sangat positif menerima keadaan diri. Saya tak boleh putus semangat memandangkan saya anak sulung dan saya pernah berjanji dengan arwah ayah akan menjaga dan bantu keluarga dengan baik. Mama pun merupakan seorang cancer survivor jadi saya perlu kuat. Tak boleh hanya terperap dalam bilik. Saya masih diperlukan di luar sana. Saya nak bantu orang yang perlukan saya dan mahu semangat dari saya. Ada yang nak tolong dan saya perlu bangun semula.

“Saya sibukkan diri untuk melupakan kekurangan diri, pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu akan ke pusat rawatan untuk lakukan dialisis. Hari lain duduk di rumah bersama mama. Saya dulu suka nonton TV, sekarang saya hanya dapat mendengar TV. Saya suka mendengar TV kerana sudah tak boleh bermain telefon,” kata Ameera.

IKLAN

Celik 32 Tahun Tiba-Tiba Buta, “Pujuk Diri, Reda Dengan Ketentuan Ilahi” Ameera Ramlee

Celik 32 Tahun Tiba-Tiba Buta, “Pujuk Diri, Reda Dengan Ketentuan Ilahi” Ameera Ramlee
sumber ig ameera ramlee

 

IKLAN

“Mula-mula Allah ambil Ayah. Selepas itu buah pinggang saya. Kemudian dua penglihatan saya. Benar, tiada apa yang kekal di dunia ini. Semuanya hanya pinjaman. BUTA selepas 32 tahun celik. My life has changed upside down. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul macam-macam saya rasa. Tapi saya REDHA. This is not the end of the world. Its just my beginning. OKU card is on the way. BRAIL school is next. Hari ini saya didatangi oleh seorang sahabat baik yang saya kenali sejak ditingkatan satu lagi (1999). She brought me walking stick. She said “Aku tahu kau jalan langgar dinding dalam rumah sendiri. Kau jangan ingat aku BUTA macam kau. Nah ambil ni (walking stick). Aku tak nak kau jatuh longkang pulak kat luar sana nanti”. Walaupun mulut dia macam LONGKANG tapi hati dia baik. Terima kasih Onie @nunibahari . Aku akan jaga walking stick ini till the end of my life supaya berpanjangan pahala sedekah kau.
P/s…Sesapa yang nak berkenalan dengan orang BUTA ini boleh dm saya and say hi. Kemudian kita mungkin boleh pergi lepak minum di Chawan/ Alexis Bangsar. Mamak buruk tak main ah beb (lelaki) / babe ( perempuan). Posted by @amalynaramlee

Bagi mengetahui lanjut kisah sedih ini bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 5 petang sebentar nanti. Selain Ameera beberapa tetamu jemputan lain juga memberi motivasi terbaik buat golongan OKU.

Hanya di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

#MingguanWanitaTV
#AstroPrima

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI