Cekodok Roti Mudah, Lelaki Pun Sambil Pejam Mata Boleh Buat!

Share

Cekodok diperbuat menggunakan roti? Pernah dengar tak? Roti adalah antara makanan yang selalu ada di setiap rumah. Sangat memudahkan. Tak sempat nak masak,makan roti pun dah kenyang.

Selain itu, macam-macam hidangan lain boleh dibuat menggunakan roti seperti puding roti, sardine roll dan macam-macam lagi. Pendek kata roti banyak kegunaannya. Sebab itu ia teramat berharga terutama ketika PKP ini. Ramai merungut sukar nak mendapatkannya.

Dikongsikan satu resipi yang tak kurang sedapnya; Cekodok Roti atau jemput-jemput roti. https://www.facebook.com/jaki.mizuno

Pernah cuba tak? Memang sangat mudah, bahan pun tak banyak guna. Gerenti yang sedia ada di dapur rumah kita. Mesti anak-anak suka.

Cekodok Roti, Bahan-bahannya!

8 keping roti putih – carik-carikkan

1 labu bawang besar – potong dadu

Sedikit ikan bilis – tumbuk kasar

Sedikit lobak merah – racik halus memanjang

2 biji telur

Sedikit daun sup – racik

Sedikit garam

½ kiub ayam

Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

Masukkan roti yang dicarik-carik ke dalam mangkuk. Masukkan pula bawang, sayuran yang telah dipotong/racik dan bilis tumbuk. Seterusnya pecahkan telur dan masukkan kiub ayam. Gaul semua sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Panaskan minyak dalam kuali, sudukan sedikit adunan tadi dan goreng. Setelah masak dan berwarna keemasan, angkat dan toskan.

Ulangi proses hingga selesai. Sedia dinikmati panas-panas bersama sos. Boleh tambah cili padi jika anda suka pedas.

Tapi seeloknya bahagikan adunan kepada dua bahagian; untuk anak-anak yang tidak mengandungi cili padi.

https://www.mingguanwanita.my/mak-boleh-main-masak-masak-dengan-anak-cuba-resipi-berasaskan-telur-ini/

https://www.mingguanwanita.my/resipi-penkek-souffle-jepun-gebu-gebas-guna-enam-bahan-saja-anak-anak-gerenti-suka/

Published by
Nurul Azwa