Cegah Jangkitan Koronavirus, Cara BETUL ‘Handrub’ Ikut Saranan (WHO)

Share

Ramai yang bimbang dengan jangkitan virus NovelCoronavirus atau 2019-nCoV yang kian menular serta mampu meragut kematian ini.Sejak Disember 2019, wabak misteri pneumonia atau radang paru-paru menular secara tiba-tiba di Wuhan di timur China. Virus korona Wuhan itu dikatakan mempunyai persamaan dengan wabak SARS-CoV pada 2002-03. Malah difahamkan tiada vaksin berlesen atau rawatan khusus untuk merawat virus baharu tersebut.

Oleh yang demikian, sentiasa mengutamakan kebersihan diri adalah penting sebagai langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada virus berbahaya ini. Salah satunya dengan menjaga kebersihan tangan. Ada langkah-langkah yang perlu diikuti bukan main cuci je.

Berikut langkah demi langkah, cara yang betul dikongsikan oleh Puan Salinda Sopian untuk lakukan ‘handrub’ sebagai rujukan kita.

Antara langkah penting dalam mencegah jangkitan 2019-nCov adalah menjaga kebersihan terutamanya tangan.

Tangan boleh dibersihkan dengan cara handwash atau handrub. Jom tengok 8 langkah mudah handrub mengikut saranan World Health Organization (WHO).

1️. Letakkan hand sanitizer pada tapak tangan dengan kuantiti yang secukupnya.

2️. Gosok kedua tapak tangan.

3️. Gosok atas tangan kiri dengan tapak tangan kanan dan sebaliknya.

4. Gosok tapak tangan dengan jari bersilang.

5️. Gosok belakang jari dengan kesemua jari digenggam.

6️. Gosok sekeliling ibu jari kanan dengan tangan kiri dan sebaliknya.

7️. Gosok tapak tangan kanan secara bulatan dengan jari kiri dan sebaliknya.

8️. Biarkan kering.

Nota kaki:
Handrub memerlukan masa dalam 20-30 saat sahaja, berbanding dengan mencuci tangan (40-60 saat).
Handrub juga boleh dilakukan di mana-mana tempat.
Mudah kan?
Belajar sesuatu?

Salinda Sopian
8 langkah mudah boleh menyelamatkan nyawa.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan berada di tempat terbuka sementara waktu dan utamakan kebersihan bagi mengelakkan diri daripada virus NovelCoronavirus ini. Keraplah mencuci tangan dan melakukan handrub menggunakan hand sanitizer ikut cara betul yang dikongsikan ini.
Sumber: Salinda Sopian

Published by
Suhaidah Abd Wahab