Selain menjaga kebersihan kawasan rumah bagi mengelakkan pembiakan nyamuk, rupanya mak-mak juga boleh menggunakan cara semulajadi dengan menanam beberapa jenis pokok penghalau nyamuk di sekitar rumah.

Memetik perkongsian daripada Public Health Malaysia, terdapat 9 senarai tumbuhan di Malaysia yang boleh berfungsi sebagai penghalau nyamuk.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan agar pihak masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah-kaedah lain untuk mencegah berlakunya jangkitan demam denggi iaitu sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.

Antaranya adalah penggunaan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh ditanam berhampiran kawasan perumahan.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati tumbuhan ini bukan sahaja boleh menghalau nyamuk malah berkemampuan untuk menghalau serangga-serangga lain.

Berikut antara pokok-pokok penghalau nyamuk yang boleh ditanam di kawasan rumah:

1. Pokok Serai Wangi

IKLAN

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!2. Pokok Tongkat Ali

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!3. Pokok Bunga Tahi Ayam

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!4. Pokok Mambu

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!5. Pokok Jeremin

IKLAN

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!6. Pokok Lidah Buaya

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!7. Pokok Selasih

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!8. Pokok Akar Wangi

IKLAN

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!9. Pokok Floramaster

Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!

Baca Lagi Di Sini: DIY: Cara Mudah & Berkesan Untuk Perangkap Nyamuk

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, nak halau nyamuk secara semulajadi tanamlah pokok-pokok yang disenaraikan di atas. Semoga dapat kurangkan nyamuk di kawasan rumah sekaligus mengelakkan penyakit berbahaya seperti denggi.

Sumber: Public Health Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI