Tak dinafikan bahan-bahan kisar seperi bawang, cili dan halia merupakan bahan asas, yang memudahkan serta mempercepatkan mak-mak memasak di dapur. Namun jika salah cara membuat dan menyimpannya ia menyebabkan bahan kisar ini mudah rosak, masam dan berkulat.
Ada caranya untuk membuat bawang, cili dan halia kisar ini supaya tahan lama sehingga 3 bulan dan tidak berkulat. Tip yang penting adalah dengan mencedok bahan kisar tersebut dengan hanya menggunakan sudu yang bersih dan kering, secara berasingan.Tidak menggunakan sudu yang sama.
Tip Simpan Stok Bawang Kisar Tahan 3 bulan
Mai cikdayang nak share sikit cara-cara cikdayang simpan cabai, bawang, halia bagi tahan lama. Senang la bila nak masak lauk pauk ka mee goreng ka bihun goreng ka keytiau ka. Teruih cedok ja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2, 3 kali. Sebab tu kalau tetamu mai umah cikdayang. Sat saja cikdayang masak. Macam pelesit.
Stok cikdyg buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pon tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.
Gunting cabai kering kecil-kecil lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikit sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.
Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.
1 kilo bawang besaq dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pon boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais.
Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecil-kecil.
Blender bawang bersama ayaq bertapis Anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.
Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik-kecil. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar.Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdayang blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis.
Halia ni jenis banyak ayaq. Jangan gatai-gatai letak ayaq banyak tau.Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.
Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!
Kalau nak guna cabai, senduk guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing.Tu lah tip yang tokma bagi kat cikdayang. Untuk elakkan cepat berkulat.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:TIP Simpan CILI KISAR Tahan Lama Tak Rosak Berkulat, Senang Guna!
Baca Lagi Di Sini:Rebus Dengan Bawang Putih CILI KISAR Tahan Lama, Seminggu Tak Berkulat!
Artikel Menarik:Lepas Guna, Kisar Blender Dengan 3 Bahan Ni Segala Bau Semua Hilang!
Mingguan Wanita: Begini caranya nak buat bawang, cili dan halia kisar tahan lama sehingga 3 bulan. Paling penting nak cedok kena guna sudu yang kering dan bersih.
Sumber: Cik Dayang Zuhaili
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.