
Apabila imbas kembali perbuatan pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk, hati mak-mak mesti rasa macam disiat-siat.
Apa lagi kalau mak-mak itu memang keluar bekerja seperti ibu si mangsa, yang terpaksa meletakkan anak di bawah jagaan orang lain. Pasti ada secebis kerisauan membalut di hati walau sudah biasa letak rumah pengasuh.
Hari ini Noor Aqilah Abd Rahman, 33, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa.
Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah
Namun apa yang mengejutkan dia tetap mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala kanak-kanak berkenaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa dan menyebabkannya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.
Info: Berita Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MaelToteyTheMovie Apa Yang Kami Buat Sekarang, Adalah Untuk “Kita Lain, Mereka Sama”

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka tanpa bersandarkan barisan pelakon popular, jalan cerita yang simple, namun sarat dengan pengajaran dalam tawa, filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM)mencatat rekod tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta dalam tempoh lapan hari ditayangkan.
Namun disebalik kejayaan tersebut pastinya ada pahit getir yang perlu dilalui pengarah ini dalam menghasilkan karya tersendiri. Pendirian “Kita Lain, Mereka Sama” dan berani mempertaruhkan golongan istimewa sebagai antara barisan pelakon utama, sekaligus membuktikan karya mereka memang luarbiasa dan berbeza daripada yang lain.
Berikut antara momen belakang tabir disebalik pembikinan filem ini yang dikongsikan oleh isteri Pengarah Mael Totey The Movie, Puan Anissa Faizul;
“KITA LAIN, MEREKA SAMA”
Ayat ni paling tepat dengan Mael Totey The Movie sekarang. First time dengar ayat ni, Nissa masih belum paham apa maksud sebenarnya sebab Nissa memang tak ganggu lansung bosMi buat skrip. Tanya pun tak, jeling-jeling skrip pun tak sebab Nissa paham bosMi bila dia berkarya memang sign “DO NOT DISTURB” akan menyala.
Tapi, semasa sesi penggambaran bermula kat situ barulah Nissa nampak apa yang jelas pada “Kita Lain, Mereka Sama”.
– Disaat orang mencari bintang (terkenal), kami pula mencipta bintang.
Ayat ni sesuai untuk semua pelakon under Syahmi Sazli Production terutama empat orang yang betul-betul istimewa (Nissa lebih suka panggil istimewa berbanding OKU) Empat tahun lepas kami bermula dari Youtube & mencari siapa yang sudi berlakon di bawah arahan seorang lelaki yang berjiwa besar.
Isu yang terjadi sekarang : isu kritik dari sahabat-sahabat 1 platform, isu tumpang populariti, isu berat sebelah, isu tak hargai, semua itu dah kami lalui empat tahun lepas. Dan sekarang, kami sudah melangkah teramat jauh dengan berbekalkan satu sahaja ; “Allah swt”
Tidak akan terjadi, andai Allah swt tidak izinkan. Semua terjadi disebabkan Allah swt yang izinkan
Buat sahabat semua, maaf andai kami tak pernah menyambut undangan sebelum ni. Maaf andai kami tak pernah memberi salam terlebih awal & maaf andai kami terlampau jauh meninggalkan kamu. Tapi ketahuilah, apa yang kami buat sekarang, adalah untuk “Kita Lain, Mereka Sama”

Doakan.
Info Ekstra!
- Mael Totey The Movie merupakan karya sulung Syahmi dalam bentuk filem. Selain Syahmi sebagai watak utama, MTTM masih mengekalkan bintang YouTube iaitu Asif dan Yoe Parey.
- Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Banyak kisah pengajaran yang dikongsikan namun dalam cara yang cukup santai dan lawak yang tersendiri.
Sumber: Anissa Faizul
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Saiz Luar Biasa, Dua Orang Kena Sambut Baby.’ Ibu Tak Sangka Anak Seberat 5.69Kilo

Isi Kandungan
Toggle‘Saiz luar biasa, dua orang kena sambut baby.’ Ibu tak sangka anak seberat 5.69kilo ketika dilahirkan. Nasiblah bayi dilahirkan secara pembedahan, jika tidak azab ibunya meneran.
Besar sungguh bayi ini sampai dua orang jururawat diperlukan untuk sambut kerana beratnya yang hampir enam kilogram.
Artikel Berkaitan: Pelbagai Ujian Hamil, Penghujungnya Dipermudahkan Nadya Bersyukur “Keluar Baby Terus Hilang Segala Sakit Bersalin”

Saiz Luar Biasa
Ibu ini tidak menyangka anak keduanya mempunyai saiz badan yang agar besar, seberat kira-kira 5.69 kilogram (kg). Oleh kerana saiznya yang luar biasa, tubuh si kecil itu perlu disambut oleh dua orang!
Walaupun ibu berkenaan Amy Smit, 27, dari Cheddington, Buckinghamshire, England disahkan doktor perlu bersalin menerusi pembedahan Caesarean kerana saiz bayi yang besar, dia tidak pernah membayangkan permata hatinya sebesar itu.

Dua Orang Kena Sambut Baby
“Kami tahu dia akan menjadi bayi yang tinggi, kerana semua imbasan menunjukkan dia agak panjang kerana saya dan bapanya (Zac) mempunyai ketinggian enam kaki. Tetapi kami langsung tidak menjangka anak kedua kami akan menjadi sebesar itu,” kata Smit kepada The Sun.
Saiz si comel Zagrys yang sepanjang 60.96 sentimeter (cm) melebihi jangkaan doktor hingga memerlukan dua orang untuk menariknya keluar semasa pembedahan.
Ibu Tak Sangka
Difahamkan, Zagrys tidak muat alat penimbang bayi baru lahir kerana mempunyai ukuran tubuh luar biasa berbanding bayi normal. Malah si kecil itu juga tidak muat pakaian bayi baru lahir yang dibeli.
“Saya terpaksa meminta Zac keluar untuk membeli pakaian enam bulan untuknya,” tambah Smit.
Sebelum Zagrys dilahirkan, pasangan itu menjangkakan saiznya mungkin sama dengan anak pertama mereka, lola yang seberat 4.13 kg ketika dilahirkan pada september 2018.
Bagaimanapun, Smit berkata dia mempunyai simptom yang berbeza secara semasa kedua-dua kehamilannya.
Baca Di Sini:
Doktor Ini Jelaskan 2 Sebab Tidak Galakkan Minum Air Selusuh Untuk ‘Mempercepatkan’ Proses Bersalin
Wanita Ini Kongsi Tip Bagi Mudahkan Proses Bersalin, Buat Ibu Yang Bakal Hadapi Detik Getir Ini
Deruan Ombak Menenangkan, Wanita PILIH Bersalin Sendiri Tepi Laut Ditemani Suami!
Anak Seberat 5.69 Kilo
Semasa kehamilan pertama, wanita itu gemar makan sepanjang hari. Namun berbeza keadaannya apabila mengandungkan Zagrys semasa pandemik.
“Ketika hamilkan Zeik (nama timangan Zagrys) saya langsung tidak berselera. Saya terfikir, bayangkan betapa besarnya dia jika saya makan banyak ketika itu,” katanya.
Ketika berusia dua bulan kemudian, Zagrys mencapai berat 6.9 kg.
“Zac mempunyai darah Afrika Selatan dan sangat meminati sukan ragbi. Saiz Zeik yang besar menyebabkan Zac memanggilnya pemain ragbi kecil,” tutur Smit tentang bayinya.

Walaupun Zeik sudah cukup besar, dia masih tidak dapat merebut tahta bayi terbesar di UK yang diberikan kepada George Joseph King. King yang dilahirkan pada Februari 2013 di Gloucester Royal Infirmary, dengan berat 7 kg.
Guinness World Record merekodkan bayi paling besar semasa lahir ialah seberat 22 paun, 8 auns (10.2 kg). Bayi berkenaan dilahirkan di Aversa, Itali pada tahun 1955.
Menurut Info Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia, wanita yang mengalami diabetes yang tidak terkawal semasa hamil berisiko melahirkan bayi melebihi 4 kg.
Mingguan Wanita : Bagi mak-mak, tak kisahlah anak yang dilahirkan besar atau kecil, yang penting anak sihat.
Sumber : sinarplus
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hilang Selepas DiHantar Bapa Ke Stesen Bas.” Selepas Tiga Tahun, Anak DiTemui Kebingungan

Isi Kandungan
ToggleHilang selepas dihantar bapa ke stesen bas, selepas tiga tahun anak ditemui dalam keadaan kebingungan. Apalah yang dilalui wanita ini sepanjang kehilangannya masih menjadi tanda tanya.
Berbaloi usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarga dan akhirnya membuahkan hasil pabila anak yang selama ini hilang daripada pandangan mata ditemui masih bernyawa.
Selepas Tiga Tahun
Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan.
Wanita berusia 26 tahun itu yang dilaporkan hilang sejak 2019 lalu, ditemukan di sebuah rumah yang turut dihuni oleh seorang lelaki dan wanita yang sudah berusia.
Difahamkan, laporan kehilangan wanita berkenaan telah dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Ketereh, pada 2019 selepas mereka gagal mengesannya yang keluar dari rumah lalu menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.
Hilang Selepas DiHantar Bapa Ke Stesen Bas
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pada November 2019 wanita berkenaan telah dihantar oleh bapanya ke stesen bas untuk ke Putrajaya menggunakan pengangkutan awam itu.
“Selepas itu, wanita berkenaan telah gagal dikesan oleh ahli keluarga walaupun ahli keluarganya hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh tersebut,” katanya.
Menurutnya, susulan itu bapa wanita berkenaan pernah ke Putrajaya untuk mencari namun dimaklumkan dia tidak pernah datang ke premis tersebut.
Beliau berkata, bapa wanita berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu.
Jelas Mohd Suhaimi, hasil maklumat dan risikan yang dibuat, wanita terbabit berjaya dikesan sebelum menemuinya di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas.
“Kami dimaklumkan wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia sekitar 60-an sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.
“Polis kemudian telah menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun lelaki tersebut tiada di rumah, sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa,” katanya.
Artikel Berkaitan:
Selepas Dengar Pengumuman Anak Hilang Di Pasaraya, Isteri Jatuh Cerai Talak Tiga
“Saya Maafkan Semua, Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak!”
Anak DiTemui Kebingungan
Menurutnya, polis sedang membuat siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan masih mendapatkan kenyataan daripada wanita berkenaan.

Beliau berkata, keadaan wanita terbabit masih kelihatan agak celaru serta bingung.
“Kami sedang menunggu masa sesuai untuk mendapatkan kenyataan darinya seterusnya mengambil tindakan lanjut,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga pesalah yang menjadi punca kepada kehilangan wanita ini dapat ditangkap segera.
Sumber : Sinar Harian
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI