Berita

CCTV Masjid Rakam Aksi Biadap Kanak-Kanak, Buat Aksi Luc*h Terhadap Wanita Bersolat

Share

CCTV rakam aksi biadap kanak-kanak, buat aksi lucah terhadap wanita bersolat. Tular di media seberang seorang remaja berusia 13 tahun  yang membuat aksi lucah terhadap seorang wanita yang sedang bersolat di Masjid Agung Praya, Lombok Tengah.

CCTV Masjid Rakam Aksi Biadap Kanak-Kanak

Dalam rakaman CCTV yang viral di media sosial itu, kelihatan dirinya cuba menyentuh bahagian tubuh belakang seorang wanita yang sedang solat seorang dirinya termasuk cuba menciumnya, barangkali kesan dari menonton video-video lucah yang boleh ditontoni di media sosial.

Dalam video berdurasi 1 minit itu kelihatan dirinya melakukan pelbagai aksi lucah walau tidak menyentuh wanita tersebut tetapi nyata ia mengundang kemarahan orang ramai yang bengang dengan aksi biadapnya.

Buat Aksi Luc*h Terhadap Wanita Bersolat

Menurut Imam Masjid, dari CCTV masjid yang dipertontonkan selepas ianya tular, kejadian ini terjadi ketika solat dhuha.

“Kita sudah hantar ke video ini ke pihak berkuasa kerana perbuatan anak ini tidak baik diikuti. Malah untuk memastikan kanak-kanak ini tidak lagi mengulang perbuatannya, kita sudah memaklumkan kepada orang tuanya.

“Ia satu perbuatan yang tidak boleh diikuti langsung.

Malah suara orang lelaki dewasa yang hanya mentertawa melihat video berkenaan menerima kecaman orang ramai.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Mahkamah Syariah Lulus Tuntutan Fasakh Wanita Koma Dibelasah Suami, Jahidah Sah Bercerai

Isteri Meninggal Dibelasah Suami Guna Tukul Besi, Baru Setahun Kahwin & Tinggalkan Anak Kecil Berusia 3 Bulan

Suami Tegap Pukul Isteri Hingga Lunyai, Tular Video Anak Menangis Ketakutan Saksi Mak Dibelasah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Poligami; Suami Happy, Isteri dan Anak Yang Depresi
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros