Pernah tak dalam bahagianya anak-anak meriahkan suasana rumah, tetiba dia buat cawan pecah. Apa reaksi pertama yang kaum mak-mak buat?
Terus marah atau peluk dan nasihat anak dengan penuh kasih sayang ya? Mungkin ada mak-mak yang boleh kontrol marah tetapi kebanyakannya confirm terus meletup dan marah anak tanpa fikirkan apa perasaan anak.
Buat renungan dan baiki kesilapan yang pernah anda buat, cuba selami perkongsian daripada seorang ibu anak empat, Puan Fauzan N Siti…
Cawan atau anak?
Saya pernah nampak bersama mak saya ada bapa yang pukul anaknya sangat teruk selepas anaknya tercalar kereta.
Masa ini saya anak 1.. apa yang mak saya cakap itu sangat memberi kesan pada saya.
“Allah… bila harga kereta lagi mahal dari nyawa anak..” dan mak saya diam, mak saya ni wisdom dia bagi sikit-sikit sahaja lain anak fikir sendiri.
Pagi di bulan ramadhan beberapa tahun lepas…
Pang!
Situasi pagi… bila ibu ini dalam tandas hasil makan tah hapa2 post puasa.. haih!
Memang tahu kaca pecah, tahu ada anak kecil.. risau.. sakit pulak perut ni. Urusan tak habis lagi.
Di dalam situasi ini.
Ads
Saya boleh pilih…
1. Meraung dari dalam tandas marah, dan salah kan semua orang sebab tak hati-hati sampai kaca pecah dan membebel ” Mama nak **rak pun tak senang dan paksa diri **rak cepat-cepat dan keluar bilik air muka macam singa, jegil mata pada semua. Bebel pulak pasal mak bukan ada kilang cawan dan lap tumpah tu… kemas kaca tu.
* Agak-agak macam mana muka anak-anak*
2. Kuatkan suara dari dalam tandas, panggil anak yang besar, tidak dengar..plan B…pesan jangan bergerak…play patung-patung mama akan keluar in 5 min. Percepatkan urusan dalam bilik air. Keluar dengan muka risau, terus tanya.. is your feet hurt? any blood? any pain?
Setelah di scan semua kaki chomel dengan tangan dah clear.
Cakap
Alhamdullillah… Allah save u from any calamities.
Oh dear.. its spills dan the cup is broken.
Ads
What should we do now?
“We need kain.” kata maryam.
Since saya tidak tahu kaca sampai di mana. Saya dukung dia letak di sofa.. saya cakap:
“I will do this time because broken glass, dangerous.”
Saya selesaikan dan pesan pada Maryam…
“Glass can break, can be dangerous if it fall on your feet. We put it here ( atas lantai ) after drink.”
Salah saya pun, masa bagi minum saya segera ke tandas. Tak dan nak pesan-pesan.
Ads
Maryam angguk-angguk.
Saya lap sambil cakap..“we remove the big glass first, use alot of tissue to dry it… and clean the small glass pieces.”
Selesai..
Kesimpulan:
Situasi 1: Anak akan rasa , cawan lagi penting dari dia, dia akan rasa dia gagal, dia akan rasa dia menyusahkan ibu ( orang yang paling dia sayang) dia tidak belajar apa-apa dari situasi tadi. Mak tolong kemas tanpa explain.. dia pun tak faham kenapa cawan tu pecah. Dia pun tak tahu nak buat apa untuk elak situasi tadi jadi lagi. Dan yang paling dasyat, dia jalan belajar. Kalau benda ni jadi, respond nya adalah “Marah dengan gaya ini.”
Situasi 2 : Anak akan rasa mama concern sangat pasal safety dia, rasa di hargai, walaupun mama sayang cawan tu. Mama sayang dia lagi. Anak belajar cara nak handle situasi dengan lebih baik, anak belajar cara nak kemas balik. Anak belajar kaca boleh pecah, anak belajar dan belajar.
Ibu pun belajar yang ibu pun silap… belajar lepaskan ego, belajar lepaskan sayang harta dunia.
Ibu-ibu marah mengamuk macam mana pun, benda dah jadi. Kaca dah pecah, air dah tumpah… bukan lagi kuat marah cawan bercatum balik, air kering sendiri kan? Dah kenapa nak masukkan unnecessary stress dalam badan… dalam anak-anak?
Kalau yang pecah royal delton, royal albert, potmerrion… adakah harga anak lebih murah darinya?
Kita mahu win win situation.. bukan nafsu win akal lose situation.
Antara cawan dan anak… kita pilih yang mana?
“Cawan boleh beli, air tumpah boleh lap, tapi hati dan emosi anak luka akan berparut dan kekal tak terhakis.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila sudah selamat jadi ‘orang rumah’, jangan sampai terseret dalam golongan isteri derhaka. Sekali pun ada ahli keluarga kita rasa kurang puas hati dengan sikap suami, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah tetap bersama suaminya.
Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Paling penting, kena selalu ingat bahawa syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
Jika pernah buat silap dan mungkin tak langsung tak sedar, jemput berlapang dada dengan perkongsian Hajjah Rohana Saad ini.
Ciri-ciri Isteri Derhaka Menurut Rasulullah
Tanggungjawab adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh di abaikan. Isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya dikhuatiri senang mendapat laknat dan diketegorikan sebagai isteri derhaka.
1) Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”~(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud..”Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya” ~(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”
2) Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.”~(Riwayat Ibnu Majah)
3) Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” ~(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4) Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali. ~(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
5) Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga” ~(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
6) Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” ~(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang ibu muda dilaporkan meninggal dunia enam hari selepas melahirkan anak lelakinya. Fozia Hanif, 29 hanya sempat menatap gambar anak yang baru dilahirkannya tetapi tidak boleh menghampiri anaknya kerana dia disahkan positif covid-19. Sebaik selesai melahirkan anak lelakinya; Ayaan, Fozia segera dipindahkan ke unit rawatan lanjut merawat mereka yang dijangkiti covid-19.
Apa yang menyedihkan, wanita ini akhirnya meninggal dunia di Hospital Birmingham Heartlands, United Kingdom selepas enam hari beliau dirawat. Keluarga Fozia dimaklumkan mengenai pemergiannya, dan mereka amat bersedih kerana Fozia hanya dapat melihat gambar anaknya sahaja tanpa sempat mencium serta mendukung bayi yang dilahirkannya.
Wajid Ali, suami kepada Fozia ketika ditemu bual wartawan memaklumkan dia terkilan kerana isterinya tidak dapat mendakap anak lelaki mereka seperti ibu lain.
“Saya takkan lupa riak wajah gembira Fozia sebaik menatap gambar anak kami, sebaik dikongsikan oleh jururawat. Fozia teruja melihat gambar bayi kami dan memaklumkan kepada saya, kita akan sama-sama pulang ke rumah selepas dia selesai menjalani rawatan covid-19. Dan itulah kali terakhir saya bercakap dengannya,”jelas Wajid.
Tragedi Covid-19
Tahun lepas, Wajid dan Fozia kehilangan bayi perempuan mereka. Tahun ini Fozia pula menyusul pergi.
“Tahun lalu, kami diuji dengan kehilangan bayi perempuan kami. Kali ini saya pula diuji kehilangan Fozia akibat pandemik ini. Fozia sebelum ini menunjukkan tanda-tanda awal terkena jangkitan covid-19. Ketika membuat pemeriksaan kehamilan dia disahkan positif covid-19, tetapi dibenarkan pulang kerana keadaanya dilaporkan tidak serius.
“Walau bagaimanapun, keadaan Fozia semakin serius dan mengalami kesukaran bernafas. Dia kemudian segera dikejarkan ke hospital serta bergantung dengan alat bantuan pernafasan,”kongsi Wajid.
Ibu muda ini meninggal dunia tiga minggu selepas disahkan positif covid-19 pada 8 April lalu iaitu enam hari selepas melahirkan anak lelakinya. Fozia melahirkan Aayan, ketika kandungannya berusia 31 minggu menerusi kaedah pembedahan.
Selepas selesai melahirkan anaknya dan hanya sempat melihat gambarnya, Fozia kemudian koma dan bergantung sepenuhnya alat bantuan pernafasan. Keluarganya tidak dapat menemani Fozia disaat akhir hidupnya dan mereka berjanji akan menceritakan kisah perjuangannya melahirkan Aayan, sebaik anak itu dewasa kelak.
Ayaan walau bagaimanapun disahkan negatif Covid-19. Selain Fozia, dilaporkan juga seorang lagi wanita hamil juga meninggal dunia selepas melahirkan bayinya dan disahkan positif Covid-19. Rakan-rakan arwah Fozia kemudian mewujudkan satu tabung iaitu https://www.gofundme.com/f/memory-of-fozia-hanif bagi membantu Wajid membesarkan Aayan.
MW menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ibu ini. Benarlah Covid-19 ini memberi kesan kepada emosi manusia. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, hilang ahli keluarga ada juga suami yang kehilangan isteri dan anak kehilangan ibu. Sesungguhnya pada Allah SWT tempat kita mengadu, mohon lah padaNya agar pandemik ini selekasnya pergi.
Shuib dapat sentuh dan kucup Ayash, syukur alhamdulillah itulah hadiah paling bermakna buat hari lahir yang ke-37 pelakon dan pelawak itu.
Selepas kehilangan isteri kesayangan, Shuib yang juga bergelar usahawan berjaya, meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan permata hati keempatnya, Ayash Affan.
Shuib Dapat Sentuh & Kucup Ayash
Walaupun sambutan ulang tahun kelahiran kali ini berbeza namun Shuib memanjatkan rasa bersyukur dapat menyentuh dan mengucup anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah… di hari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan.
“Ia akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” luah Shuib melalui Insta Story miliknya.
Ayash ketika ini masih ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas dilahirkan tidak cukup bulan pada 6 Ogos lalu.
Dalam hantaran berbeza, Shuib, 36, berkata, dia teringat kata-kata yang berulang kali diucap isterinya itu ketika mengandungkan Ayash.
“Masih ingat lagi ibu (Siti Sarah) selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby keempat ini you jaga dia tau, you jaga okay”
“Insya-Allah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh, anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat,” luahnya.
Seperti yang diketahui umum, Siti Sarah, 36, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat Covid-19.
Sebelum itu Allahyarham telah menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan. Selain Ayash, Allahyarham turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Shuib
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.