Sebelum ini berat badan pelakon Catriona Ross atau lebih senang disapa Cat pernah mencecah 75 kg. Bila beratnya turun 17 kg kisah diet eat clean Cat jadi viral sekitar Februari dan Mac lalu. Bila ada netizen DM tanya pasal berat badannya yang makin kurus itu adakah disebabkan pembedahan atau suntikan ubat. Ini jawapan balas Catriona.

Menerusi instagram miliknya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross yang juga selebriti berwajah kacukan Melayu dan Scotland ini rajin berkongsi menu diet harian, aktiviti kecergasannya yang memberi inspirasi kepada followernya.

Daripada perkongsian Cat ini anda boleh kesan caranya mantain berat badan dan rahsia kurus Catriona. Tak adalah macam yang netizen tu tanya macam dekat bawah ini.

Tak baik uols DM sis tanya sis operation apa nak kurus, tanya kalau sis inject ubat or lipo .. ??? Gigih sis makan healthy food, yang tak ada minyak and lemak tau.

Pastu korang tanya sis procedur apa sis buat and hospital mana sis pergi … ???? Uols… sis jaga food and exercise je dari tahun lepas tau. Dari zaman sis rupa anak dugong sampai rupa orang sekarang ???

Sekarang pun bukan la cantik tapi sekurangnya kalau sis nak keluar lift ramai-ramai, tak lah tersekat kat pintu lift ????” Jawapan Catriona Ross ini memang win.

Kalau ada yang masih tak percaya itu,  lihat perkongsian Cat di instagramnya. Dari menu harian, aktiviti workoutnya sampailah macam-macam acara yang memang boleh suntik inspirasi dekat kita yang nak kembali langsing.

Catriona Ross amalkan gaya pemakanan sihat menerusi diet eat clean. Diet cara eat clean yang Catriona Ros praktis ini tak membuatkan seseorang terseksa berlapar. Malah menu-menu makanannya memang nampak menyelerakan. Diet eat clean ini.. resepi penyediaannya makanannya kebanyakannya tak menggunakan minyak. Sebab itu hidangannya sihat dan selamat malah sedap.

Antara Menu Eat Clean Catriona Ross Yang Mengancam

Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat
Too pretty too eat but so good for the body. Mashed avocados with feta cheese on sourdough bread.

 

IKLAN
Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat
Lengkaplah hari pertama diet eat clean Cat. Dada ayam panggang tanpa minyak, Dengan perapan rempah morocco dan pak choy celur.

 

Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat
Menu untuk ibu-ibu yang nak cepat ini; scrambled egg tanpa minyak, roti pelbagai bijirin (multigrain) dengan kepingan romaine lettuce. Tambah secubit garam dan lada sulah.

 

Hari Ketiga

Walaupun makan di luar, Cat masih mengutamakan menu sihat. Katanya, walau makan di luar tak perlu mencari yang sukar. Tak bermakna juga ketika berdiet anda tak boleh menikmati makanan enak yang sihat.

Sarapan : Avocado lenyek disapu atas roti bakar dengan scramble egg. (dinikmati ketika di rumah)
Makan Tengah Hari : Kebab kambing panggang. No fries no lebanese bread
Coffee with no sugar.
Makan Malam : – Salad Avocado Greek.

IKLAN
Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat
Hari Keempat: Tembikai dan epal, tambahkan yogurt Greek. Taburkan granola dan sedikit madu organik.

 

Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat

Fasa 1 Eat Clean

Eat Clean ini pun ada fasa-fasanya. Ini menu Cat masa fasa 1. Cat sediakan nasi beras perang masa makan tengah harinya. Menu ini Cat siapkan quinoa dengan kacang hitam. Dada ayam stim dan lettuce.

Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat
Menu makan malam Catriona Ross yang paling ringkas. Sup cendawan dengan kubis cina dan telur.

 

Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat

IKLAN

Hari Keenam

2 biji telur rebus ( 1 biji telur kuning asingkan). letakkan atas roti pelbagai bijirin bakar. Letak juga salad lettuce, lada sulah dan herba.
1 biji epal dan air.

Katanya, menu sebegini memberikan Catriona Ross tenaga macam dulu-dulu.

Workout Dan Aktiviti Outdoor Yang Adventures

Cat banyak travel. Dalam perjalanan itu, dia akan hiking di dalam mahupun luar negara. Catriona juga aktif dengan aktiviti outdoor. Yang terkini Cat main Dodgeball. Acara ini walaupun untuk memberi sokongan kepada temannya, Dr Nadzirah Abdullah dalam masa sama Cat dapat manfaatnya.

Sebab lepas aktiviti ada juga penerangan daripada coach tentang makanan bernutrisi.

Ini team Workout Cat

Jawapan Catriona Ross Pada Netizen, Siap DM Tanya Beratnya Turun Sebab Pembedahan Ke Suntikan Ubat
Cat gelarkan gaya posing ini sebaga ‘The Glam Squad!! ?? Post workout’

 

Haa.. dah tahukan sebab-sebab Cat makin cantik, kurus dan makin berseri-seri. Bukannya pembedahan, suntikan ubat atau liposuction. Tapi cara pemakanan eat clean Catriona Ross yang sihat, work out dan aktiviti outdoor. Anda pun boleh cuba.

Sumber/Foto : Instagram Catriona Ross

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI